1.11.10

mimpi aku semalam : tulisan mengubah dunia

nikon D90>>mounting board hitam>>assisstant photographer yang hot


semalam aku mimpi aku tulis blog.

Aku tulis benda yang terlampau hebat pasal dunia. Akhirnya tulisan aku tu diterjemah dalam begitu banyak bahasa sehingga akhirnya ia mengubah dunia dengan begitu hebat sekali.

Kononnya apa yang aku tulis tu menjadi rujukan ramai orang untuk memahami keadaan sekeliling dengan lebih mudah.

Lepastu aku menjadi begitu terkenal tapi aku rileks je dan rendah diri. Kira kalau setakat orang mintak sign tu perkara kecik je la. Tapi aku stay cool pakai kain pelikat lagi pegi masjid.

Bos time aku praktikal dulu, En. Nazri pon respek aku dalam mimpi tu. Dia cakap aku best. Dia cakap, "Hafiz, kamu ni best. kamu patut jadi perdana menteri".

Sebelum aku bangun, aku sedar yang tu mimpi je. Jadi dalam mimpi tu aku cepat-cepat baca balik apa yang aku tulis. Lepastu aku rasa kagum. Sebab ia memang betul-betul akan mengubah segalanya. Apa yang kau pandang. Dan apa yang kau rasa terhadap sekeliling kau.

Lepastu dalam mimpi tu aku cuba hafal. Lepastu aku ingat.

Bangun tidur aku tak ingat lansung. Melainkan aku ingat topik yang aku tulis. Tapi samar-samar.

Lepastu sebab pagi tadi ada exam, aku tak ingat lansung. Topiknya pon aku tak ingat lansung. Tak ignat apa-apa lansung. Tapi aku ignat macam mana keadaan mimpi tu.

Kalaulah aku ingat apa yang aku tulis, pasti aku dah tulis sekarang. Dan semoga ia mampu mengubah semua orang.

7 carutan balas:

Melle Abadi 1 November 2010 pada 9:23 PTG  

like part "perdana menteri" HAHA

apekzer 2 November 2010 pada 8:32 PG  

iye ke tak ingat bro, ke trick je ni. ahahaha.

stfuamie 2 November 2010 pada 11:08 PG  

slalu cmtu. tp mmpi aku xdela smpai blh mengubah segalanya. aku slalu mmpi aku buat lagu, lyric yg cantek (perasan blh? haha) then bla bgn, poof apa pun xigt! hahaha

mak sedara,  23 November 2010 pada 11:51 PTG  

u could read in your dream? i can never read in my dreams tho i tried very hard. x tahu kenapa. may be i have to wear my reading glass masa tidoq. tapi dari muda remaja tak pernah dapat membaca dlm mimpi.

Si Forever Alone 17 Februari 2011 pada 11:13 PTG  

kalau ingat boleh share..

share lah sket...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP