11.11.10

konsep pengambilan gambar baru


keadaan aku sekarang ni ialah.

setiap minggu aku ada ambil gambar, sabtu ahad.takde cuti. kadangkala 4 hari berderet.jumaat sabtu ahad isnin. Aku sedar bukan sebab gambar aku cantik sangat. tapi sebab servis bagus dan murah.kot? aku tak kisah amik gambar, sebab aku suka. Masalahnya aku ni student. sibuk. Kang lambat kang tak best la pulak.

jadi,

Target aku dalam tahun depan aku nak mula ambil gambar dengan betul-betul. Tak mahu lagi main-main. Sekarang ni aku ambil gambar main-main. Ikut suka hati aku.

aku rasa kalau fotografer gila babi profesional tengok style aku, dia gelakkan je. mamposlah sama mereka. pro kedekut ilmu baik tak payah.

ok,

Jadi petang tadi aku fikir-fikir bagaimana aku nak buat supaya ia kelihatan macam main-main. tapi serius sebenarnya.

1. Aku fikir kunci utamanya adalah di sebalik lagu. kalau kau masuk sukasukaphoto. ada lagu vampire weekend. itu tujuan utama aku letak lagu. supaya ia kelihatan seronok sambil tengok gambar..orang kata baru feel.

Jadi aku mahu letak lagu yang macam main-main untuk cover keseriusan aku. ini contoh lagu yang aku dah cari.




dan




comel tak? comel kan?ok

2. Kemudian aku mahu buat flash punya website. sekarang ni aku sedang usha-usha harga atau aku mahu belajar sendiri macma mana nak buat. aku nak dia jadi macam ni fotologue

3. aku mahu buang sukasukaphoto.. akan jadi hafizhamdan dot com

4. aku mahu website tu berunsur tidak masuk akal. kiranya aku tengok banyak website photoblog orang lain semuanya terlampau serius. aku mahu ia kelihatan main-main dan tidak nampak profesional. kalau boleh kelihatan macam kebudak-budakan.

5. aku juga cuba tambah pembantu untuk memudahkan kerja.

6. jadi dengan ini aku mahu beritahu.

tempahan januari ke atas untuk wedding ialah RM1350, apa yang korang akan dapat benda biasa macam frame, album la apa jadah ntah lagi yang orang biasa buat tu.

untuk outdoor akan jadi RM130, tak masuk transport. yang ini takde frame ke apa-apa. dapat cd je.


sekian terima kasih



sebarang tidak puas hati..boleh tulis di komen. layan tak layan lain cerita.haha

7 carutan balas:

kadri azmi 11 November 2010 pada 6:16 PTG  

wahhh..bukan main lagi skrg, tp takpe hasilan ko memang memuaskan hati..aku satu hari akan ingin mengambil outdoor photoshoot dengan ko nanti..syabas syabas

Tanpa Nama,  11 November 2010 pada 6:23 PTG  

nnt aku kawen aku nak pakai ko la tukang ambik gmbr.

admin@blogdiloz.com 11 November 2010 pada 9:27 PTG  

Nanti pun nak start serious bila balik msia nanti.sekarang pun tengah kumpul meterial untuk buat portfolio. balik terus ON!

Harap kau pun sukses dengan plan kau ini. menarik dan simple.

Kau ada plan shoot wedding/event video?

fotologue memang stylo dowh.
dah lah free.
hehe.

AkuKopiKauSiapa? 12 November 2010 pada 2:14 PG  

arek:
haaa..sila2..

cehq:
boleh2..email aja


diloz:
oh..bila kau balik eh?

aa..fotologue memang stylo.samapai aku beli cd flash sebab nak belajar mcm mana nak buat.haha

karatz 12 November 2010 pada 11:17 PG  

wahh.ko dah makin....haha
aku doakan ko berjaya.nampak perubahan step by step ko buat.
moga success bro,insyaAllah.

Asrulsani 13 November 2010 pada 7:58 PG  

bagus bro.. tak kan nak duk takat tu je. berhijrah kepada yang lebih baik. apa-apa yang aku mampu tolong, aku tolong.

semoga sukses!

AkuKopiKauSiapa? 13 November 2010 pada 9:14 PG  

karatz:
terima kasih banyak2..tunggu website kelua dulu.sekarang sedang berusaha buat ni..

asks:
tolong kasi duit boleh? haha

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP