9.11.10

hari ini 49 : update kehidupan akukopi

kau perasan watermark aku dah tukar kepada yang lebih serius?itu maknanya harga pon akan lain. Mulai dari januari.

1. Aku akan ke kota london minggu depan. Trip studio aku selama 10 hari. Untuk buat comparative study. Orang kata sekarang dekat sana sejuk. Aku dah siap-siap beli benda-benda untuk panaskan badan di sana. Aku singgah UNIQLO di Fahrenheit itu hari. Babi barangnya mahal nak mampos. Dah la buruk.

2. Jujurnya aku excited. serius tak tipu. Mula-mula tak excited sebab masalah kewangan, kemudian kerana pakcik Hamdan yang hensem dan kacak bergaya menyelesaikan segala permasalahan aku. Aku rasa begitu teruja.

3. Sebenarnya aku suka kalau ramai orang ikut aku untuk ambil gambar, supaya aku boleh share segala apa yang aku tahu, dan aku ambil segala apa yang kamu tahu. Supaya aku boleh share trick-trick dan cara melayan client, cara bagaimana nak suruh orang pose dan segalanya. Dan aku mahu belajar cara kamu pulak.

4. Sebenarnya aku sangat suka share. Tanya orang yang aku pernah lepak sama diorang. Semua benda aku share. Sampai cara editing, cara pakai lampu, cara nak bercakap dengan client. Semua. Semua free. Tak tinggal pon. tak payah kau tak tanya aku dah beritahu macam mana nak buat.

5. Aku teringin betul mahu lepak dengan ramai orang yang suka ambil gambar, yang tidak tua dan berlagak, yang bukan seorang yang technical dan perfectionist, yang tidak berlagak dengan kamera besarnya, yang tidak bawak lens sampai 8 semata-mata untuk ambil gambar kucing mengandung.

Tapi yang main-main macam aku. Yang gambarnya mengarut-ngarut dan ikut suka hati, dan paing penting mahu share segalanya.

Aku teringin betul

6.Siapa nak?

19 carutan balas:

skinnyjeens 9 November 2010 pada 4:18 PG  

saye xde ape2 utk dishare, ilmu kosong psl photography, tp tringin nk blaja! :))

sweetpearl24 9 November 2010 pada 4:25 PG  

wow!! nak!! mesti best!!!
tapi...encik kopi jauh.. -_-

Tanpa Nama,  9 November 2010 pada 5:56 PG  

NAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!

Tanpa Nama,  9 November 2010 pada 6:26 PG  

betullah tu
sejuk sikit sekarang
jgn lupa bawak baju hujan dengan kopi secawan naah.haha

AkuKopiKauSiapa? 9 November 2010 pada 3:18 PTG  

takde lelaki ke? aku prefer lelaki.

kadri azmi 9 November 2010 pada 5:44 PTG  

aku nak tp cam tak mampu je..series aku cakap aku memang tabik mereka-mereka yang terer amik gambar ni

admin@blogdiloz.com 10 November 2010 pada 7:12 PG  

seriously,balik nanti aku nak jumpa kau.
kita borak!

Shariff Jafri 11 November 2010 pada 1:24 PG  

serius aku nak la gile!!!
haha..weh, kalau aku hire ko jd photographer nak?
contract la..ko amik gambar-submit-amik payment..amcam?

AkuKopiKauSiapa? 11 November 2010 pada 4:14 PG  

diloz:
wajib!! aku kalu jumpe ko akubawak laptop..suh ajar edit gambar.huhu

sharif:
ok..boleh..msg aku kat fb

anwaric 11 November 2010 pada 4:54 PG  

aku sangat nak!
dan aku juga lelaki. aku suka tengok gambar ko yang gila cool! selalu sakit hati tiap kali kau update gambar kau d sukasukaphoto. damn. nanti aku turun kl aku contact ko. boleh?

Asrulsani 11 November 2010 pada 8:10 PG  

kalau aku dah ada kamera yang sesuai nanti confirm aku join.

AkuKopiKauSiapa? 11 November 2010 pada 9:15 PG  

anwar:
boleh..tarak hal punya..ko ada number aku kan?

asks:
boleh aja..

~nisshuQin~ 11 November 2010 pada 4:21 PTG  

uh kalu bule juin kan besh~
dpt blaja~!

liyana mohamad 11 November 2010 pada 11:24 PTG  

nk jgk..!!
tp seyes mmg xtau pasal photography...
nk blaja jgk sbb nmpk intersting sgt...

Nadzirah Idris 12 November 2010 pada 4:36 PG  

Perempuan, kemera murah murah, akai lens standard, guna CS3.

Boleh?

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP