28.10.10

hormat-menghorMATI

dalam bahasa melayu ada perkataan hormat-menghormati, sayang-menyayangi, bantu-membantu dan macam macam lagi. Juga kita ada perkataan tembak menembak, pukul-memukul dan maki-memaki.

Perkataan-perkataan ini menggambarkan tentang perbuatan yang saling buat antara satu sama lain. Maknanya bila kita hormat, orang akan menghormati kita, bila kita tembak, orang akan menembak kita semula.

Jadi senang cerita bila kit abuat baik, kita dibalas baik juga, bila jahat, kita dibalas jahat jugalah kan?

Bila kita terlampau ingin kan orang hormat atas dasar kuasa yang ada pada mereka seperti wang, dan hak mereka terhadap seseorang. Perlulah mereka fikir, apakah tahap penghormatan yang telah mereka berikan kepada orang lain?

Misalnya, seorang bapa yang cuma tahu memaki anak-anaknya, atas dasar kuasa dan hak yang terdapat pada bapanya, anak-anak tidak boleh maki balik. Jadi akan jadi pemberontakan. Maka jadilah kes lari rumah, atau tumbuk sahaja muka bapa mereka.

Sebenarnya, bagi aku secara sendiri,

Semua orang sebenarnya baik hati, cara kita melayan mereka yang membezakan perangai mereka.

3 carutan balas:

anwaric 28 Oktober 2010 pada 5:57 PG  

Aku selalu jugak buat baik. Tapi aku fikir balik, perbuatan baik aku tu tidak dibalas. Nevermind.

a . i . n 10 November 2010 pada 11:15 PG  

aku setuju soal pemberontakan.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP