28.11.10

perbandingan sosial dari sudut geografi-London


Lama gila tak update blog.

Aku baru balik dari UK setelah 10 hari di sana. Dengan kawan-kawan. Sepatutnya ia merupakan study trip di London, mana kitorang perlu baut comparative study antara Malaysia dan London. Tapi takkanlah skema gila babi kau nak buat study je kan, banyak jalan sebenarnya.

Jadi, macam biasa, setiap kali ke tempat baru aku suka melihat-lihat sekeliling, memerhatikan orang, dari segi fizikal dan juga sosial. Ekonomi dan alam sekitar aku tak begitu terer.

Dari segi fizikal, aku tengok mereka sangat mementingkan nilai warisan. bangunan tidak dipecahkan dengan sesukahati. Reka bentuk bandar yang begitu menarik, sangat mementingkan sudut pandangan dan vista terutamnya bagi pejalan kaki.

Rancangan guna tanah juga begitu baik, Central London merupakan pusat, dikelilingi oleh perumahan, dihubungi melalui public transport.tapi, setiap perumahan juga mampu berdikari, dengan penyediaan kawasan komersial di setiap kawasan perumahan.

Aku perasan orang di situ begitu lembut, terlampau lembut, lebih lembut dari orang Melayu. Sangat hormat-menghormati. Sentiasa beratur, sentiasa cakap minta maaf, cakap terima kasih yang melampaui batas, begitu menepati masa. Siapa yang didepan akan membuka pintu untuk orang di belakang, kemudahan untuk orang kurang upaya sangat dititikberat, orang panggil barrier free design.

Terlampau panjang kalau aku nak terangkan satu persatu,

aku juga dah buat kesimpulan mengapa mereka berperangai macam tu, setelah aku tengok-tengok, aku dah faham mengapa ada konsep "ladies first", konsep "bukakkan pintu untuk orang belakang", konsep "berjalan laju" dan konsep "toilet kering", konsep "pintu ada dua"

Tapi nanti aku terangkan, sebab panjang.

9 carutan balas:

yaya 28 November 2010 pada 12:56 PTG  

konsep pintu ada dua? konsep toilet kering. AHA. konsep budak zaman skg jgn advance sgt ada tak?

Sir Faiez Ali 28 November 2010 pada 4:08 PTG  

hawau. datang tak roger. wa kat birm, 2 jam je dari london.

Linlin 28 November 2010 pada 4:15 PTG  

sori mmg selalu. bagi naik tangga dulu.

ni penah jumpa ngan mat2 minah saleh.

AkuKopiKauSiapa? 28 November 2010 pada 10:37 PTG  

revrie:
gua email lu tak reply..haha..igt ko sibuk ke apa ke, mana aku tau..

admin@blogdiloz.com 28 November 2010 pada 11:55 PTG  

Aku nak dengar sudut pandangan kau tentang fashion .

Tanpa Nama,  29 November 2010 pada 9:27 PG  

konsep pintu ada dua? tak sabar nak kau terangkan. sebab tak paham. :)

Melle Abadi 29 November 2010 pada 7:53 PTG  

WOW serius teruja, cepat terangkan

Tanpa Nama,  1 Disember 2010 pada 9:13 PTG  

tertunggu tunggu ni...
haha.

[mugi]

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP