nasihat keibu bapaan : budak-budak masa hadapan
semalam aku borak-borak dengan akak aku, akak nadiah, dia sedang mengandung, dia cakap betapa risaunya perihal budak-budak zaman sekarang. bukan pasal kurang ajar dengan ibu bapa, suka mencuri atau apa. tapi perihal seks yang makin berleluasa.
Dia cakap pasal kes budak baru umur 12 tahun sudah buat three some dengan kawan-kawan. Umur 8 tahun sudah kantoi main. Ini gila ni. Sebab aku fikir, masa aku kecik-kecik dulu. Takda pon benda-benda macam ni semua jadi.
Jadi hasil perbincangan dengan akak aku, dan dengan hana. Aku keluarkan dengan beberapa konklusi. Sebab aku betul-betul risau.Serious, tak tipu. Termenung jugaklah aku memikirkan apa akan jadi pada budak-budak masa hadapan.
1. Bagi aku masalahnya ialah konflik. Konflik nafsu dan batasan. Nafsu yang membuak dalam diri kanak-kanak dicampur dengan batasan oleh masyarakat menjadikan perkara lebih teruk. Kira sebagai contoh, aku nak cium di khalayak ramai tak boleh, jadi aku cium di bawah tangga, jadi bila cium di tangga, takkan kiss je kot? Batasan masyarakat menjadikan nafsu lebih meluap-luap.
2. Jangan jadi bodoh. Aku tak cakap batasan tu salah. Nafsu tu yang salah.
3. Nafsu itu normal. Cara melepaskan nafsu yang mereka(budak-budak) belajar menjadi masalah. Terutamanya dari televisyen. Dan perangai ibu-bapa.
4. Asingkan tempat tidur, kalau boleh sejak dari umur satu tahun. Sebab kalau budak tu tidur sekatil dari kecik, sampai ke besar la dia tidur sama dengan mak bapak. Dah tu mak bapak pon buat projek. Nanti anak tengok. Bila kat tadika. Nak test dengan kawan-kawan.
Kononnya budak kecik tak paham. Yang tak paham tu lah kita takut.
5. untuk ibu bapa, Tunjukkan kasih sayang dengan percakapan. Bukan dengan perbuatan berunsur seksualiti. seperti berciuman, tepuk bontot atau memegang kemaluan di depan anak-anak yang masih kecil. Bukan sebab tak manis. Tapi bahaya.
6. Tv merupakan pengaruh terbesar. Potong astro. Astro hanya ada di bilik ibu bapa. Kat ruang tamu tengok tv1,
7. Yang paling penting kawalan. Aku sangat takut melihat kanak-kanak sekarang. Aku dengar jiran aku, budak kecik, borak-borak cerita pasal spender dan panggil kawan dia sebagai 'sarah bogel'. Aku rasa baru 4 tahun budak tu.
8. Aku teringat khutbah jumaat itu hari, "kalau kita tak peluk anak kita, orang lain peluk anak kita, kalau kita tak cium anak kita, orang lain cium anak kita"
9. Sayangilah anak anda, terutamanya yang masih kecik dan tak paham.
5 carutan balas:
Even kerajaan pun dah keluarkan about Seks Selamat dekat budak-budak or remaja.
Me, tahu pasal ehem masa umur 5 tahun tak silap, terlayan porn dengan abang sedara. Haha, zaman dah berubah, dunia dah maju. Wakaka.
And paling tak best bila nak belajar Science Form 3 nanti. Aiseh, malu kot nak belajar pasal bab ehem tu --' Padahal dalam hati haha, dah fuck habis dah.
By the way, I'm 13. HAHA
betul, sekarang budak kecik-kecik pun dah pandai cakap blue. kadang-kadang rasa nak lempang tapi bila fikir balik, "dia faham tak benda ni salah sebenarnya? dia faham tak kenapa aku marah? atau mungkin dia fikir aku sorang je yang marah, so tak salah la".
tapi kalau kau perasaan.
semua ni memang mula dari mak ayah.
mak ayah di tempat kerja pun banyak buat gangguan seksual.
malah, masa anak ada sama (contoh: hari keluarga) masih tak boleh kontrol.
jadi, bayangkan masa di rumah.
last-last, kena budak itu sendiri berfikir.
macam mana nak berfikir???
banyak banyak kan lah membaca.
Betul, terutama bab mengasingkan tempat tidur dari ibu bapa. Parents starter kepada segalanya, on how they treat their children or how they behave infront of their kids.
Rasanya, cara hidup ibu bapa yang agak liberal perlu diubah kepada lebih conservative sikit untuk elak masalah macam ini.
ok,itu pasal kanak2.yg kita boleh lihat,punca permasalahan dia adalah pendidikan dari keluarga.bila meningkat remaja,makin teruk perangai.and ada jugak remaja yg act nak kawin awal,bina family,salurkan nafsu ikut jalan yang benar,tapi terhalang dgn persepsi msyrakat kita yang mcm kwin awl ni x bgus,x matang,lepas tu sistem pendidikan yg menjadikan org muda kita lambat kawin,then budaya msyarakat kita yg kalau bab kawin je nak yg grand2 je..materialistik.so,semua ni,bg tekanan kt remaja yg sepatutnya da boleh kawin,tapi terhalang,so diorang end up dengan 'kawin tanpa nikah'...'seks sebelum kawin..'
so itu la,dah la dari kecik asuhan family x berapa nk betol..bila besar,nak kawin,kekangan persepsi masyarakat plak..
our society is sick,rite ?
Catat Ulasan