8.9.10

Tradisi membaca buku cerita

Tadi aku tengok cerita epilog syurga cinta dekat tv3. Sementara tunggu waktu berbuka, cerita-cerita macam ni memang layan. Sangguplah aku buang ego keganasan aku sekejap dan melayan drama tv3.

Ada satu scene tadi yang dia baca buku untuk budak-budak sebelum tidur. Membuatkan aku teringat pasal banyak cerita terutamanya cerita dari inggeris yang buat benda ni. Kononnya untuk menunjukkan sifat kasih sayang ibu bapa kepada anak, membacakan buku cerita kepada anak supaya mereka boleh tidur.

Bagi pihak anak, Aku rasa sepatutnya lagi tak boleh tidurlah kan? Mestilah kau tak boleh tidur sebab kau nak dengar cerita sampai habis. Dapat pulak cerita yang panjang, mestilah lagi tak boleh tidur. Macam tengok tv lah, aku kalau tengok tv sebelum tidur mesti aku tak boleh tidur, nak tengok cerita sampai habis. Lepastu tekan info, tengok next ada cerita best, lagi lah tak boleh tidur sebab nak tunggu. Kadang-kadang terbawak sampai pukul 9 pagi.

Bagi pihak bapa pulak, mesti tensen gila. Aku baca buku cerita, mereka boleh tidur pulak. Gila bengang. Gua nak cerita, lu tidur. Gila tak respek ibu bapa. Tidur semasa ibu bapa sedang bercakap. Bangang gila. Aku pulak cerita dah habis bersungguh-sungguh. anak aku tidur. Esok aku sebat pakai rotan.

Aku kalau ada anak, tanak tidur jangan harap aku nak baca buku cerita. Aku suruh dia baca sendiri je.

* sambil aku menulis aku sedang tengok berita. Ada orang kat perlis sambut syawal awal. siap ada semayang raya dengan khutbah. Aku pon tak puasa penuh jugak, tapi takdelah bangang nak sambut raya awal. Bodoh gila. Tak pasal-pasal siap masuk berita.

11 carutan balas:

Faizal Sulaiman 8 September 2010 pada 5:40 PG  

wohh

aku ada tengok gak tadi.klako ar..entah apa2 je.boleh raya sana je lah

Mimie Hamdan 8 September 2010 pada 5:59 PG  

dia nak masuk berita tue pasal dia raya awal... huhuhu..

Shahrul Yusof 8 September 2010 pada 11:18 PG  

Bacakan buku kepada anak sebelum tidur adalah salinan budaya secara terus dari filem-filem dan drama-drama Hollywood.

Aku belum pernah lagi dengar cerita kawan-kawan aku yang parent dorang kasi bedtime stories kat diorang sebelum tidur. Tazkirah Ramadhan pernah.

skinnyjeens 8 September 2010 pada 11:37 PG  

mungkin dorg da nmpk anak bulan? kte mane tau. last year pun, heboh sbenarnye da nmpk anak bulan, esok spatutnye da raye, tp krajaan mesia pg siarkan raye lusa pulak. padahal negara laen da raye. kte rakyat bpuasa pd hari raya, haram. tp krajaan la tanggung dosa. nk bwat cmne kn.

chempaka 8 September 2010 pada 3:46 PTG  

Semangat tul orang kat perlis tu sambut raya awal.. huhuuhu...

J 8 September 2010 pada 4:22 PTG  

dulu ayah aku bacakan cerita sblm kitorg tidur :) boleh je tidur. hahaha. aku susah nak tidur, tapi kalau ada tv kat depan cam senang :P

kadri azmi 8 September 2010 pada 4:50 PTG  

"Aku pon tak puasa penuh jugak, tapi takdelah bangang nak sambut raya awal. Bodoh gila. Tak pasal-pasal siap masuk berita"...da tua2 bawak2 la pose penuh hahahha..

Tanpa Nama,  9 September 2010 pada 12:10 PG  

weyh asal lak tak posa pnoh,dah besar memangjang ni weyh,hahah

AkuKopiKauSiapa? 9 September 2010 pada 12:16 PG  

faizal:
tapi sembilan org je.

mimie:
huhu

sylarius:
aa..tazkirah ok.

skinnyjeens:
ooo..ada penah eh macam tu??tak tau pulak..

chempaka:
tu la pasal..ikut ajaran lain.

j:
haha..boleh plak macam tu. patut ada tv ar susah.

arek:
taun ni memang teruk ar aku.haha

AkuKopiKauSiapa? 9 September 2010 pada 2:43 PG  

tanpa nama:
pengaruh rakan sebaya weh.

Tanpa Nama,  11 September 2010 pada 8:15 PTG  

sebetulnya dah habis bc baru masuk tidur..tp dah jd lain..belum habis dah tido...macam mengajar org jgn baca buku..tido laalgi best.tu yg time study kat universiti asal bukak buku mata jd ngamtuk.uhu

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP