15.9.10

Perubahan nilai atau turun naik nilai

Nilai kehidupan berubah-ubah. Ia berubah mengikut fahaman kau tentang dunia dan sekeliling kau. Jadi ia membezakan antara kau dan orang lain. Mungkin ada orang lain yang tidak kisah jika bontotnya dijolok dengan besi, orang yang normal seperti aku pastinya akan marah jika bontot aku dijolok dengan besi. Mestilah marah. Sakit kan?

Nilai ini berubah mengikut kebiasaan.

Jika hari pertama bontot aku dijolok dengan besi pasti aku marah. Cuba bayangkan selama setahun, bontot kau dijolok dengan besi setiap hari, lama-lama jadi biasa, sudah tak marah. Siap tadah. Inilah perubahan nilai.

Itu perihal nilai terhadap diri sendiri, benda yang paling penting pastinya nilai satu komuniti. Kerana selain diri kau sendiri untuk sedar apa yang kau buat, ialah komuniti atau orang sekeliling kau.

Kerana mungkin menjolok bontot dengan besi kedengarannya agak kotor. Jadi aku beri contoh lain.

Ok,

Contohnya, setiap hari kau mengikat kemaluan kau di besi panas. Kerana mungkin ia suatu sensasi bagi kau. Dan mungkin ia keji untuk orang lain. Bagi kau, tiada masalah nilai pun dengan mengikat kemaluan di besi panas. Kau takkan sedar, sehingga orang sekeliling kau menyedarkan kau.

Tapi jika makin ramai orang di dalam satu komuniti itu mengikat kemaluan di besi panas, maka semua orang akan rasa biasa, dan akhirnya nilai akan berubah. Dan perkara itu akan dipandang biasa. Malah ada pula perkhidmatan mengikat kemaluan di besi panas. Perlu bayar pula tu.

Nilai-nilai berubah ini perlu dipandang dengan serius.

1 carutan balas:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP