1.9.10

Pasal taman dan rekreasi

Siapa yang pernah keluar dengan aku pasti tahu yang aku sangat suka dengan taman, melihat orang lalu lalang dan menghabiskan masa minum berjam-jam. Aku tak tau apasal. Memang bosan. Tapi ia seronok untuk aku. Duduk dan bercerita.

Tapi ini aku mahu cerita pasla taman, bukan pasal diri aku.

Taman ialah ruang yang paling demokratik sekali dalam dunia. Di situ kita boleh lihat budak-budak main sesuka hati, orang tua buat tai chi atau aerobik, orang muda dating dan beromen atau melepak, keluarga berpicnic. Masing-masing ada hak untuk diri sendiri, untuk melakukan benda-benda yang mereka suka.

Dalam taman ada ruang yang peribadi, yang separa peribadi dan awam. Susun atur ruangan tersebut serta sirkulasi dan aksessibiliti dan juga pemandangan yang ada yang akan menarik orang untuk lalu atau tidak di situ. Maka menjadikannya ruangan-ruangan peribadi, separa peribadi dan juga awam. Pembahagian ini akan menambahkan suasana dalam taman.

Ok,

Taman ini menghidupkan bandar, dimana ia menjadi tempat pengumpulan satu komuniti, kenal tidak perlu hingga ke dalam, sehingga kisah peribadi semua tahu. Cukup sekadar kenal. 2 cara yang aku kesan untuk menghidupkan komuniti ialah ; 1. lebihkan rekreasi ; 2. kurangkan masa dalam kenderaan.



Taman ini ialah tempat untuk budak bermain dan belajar. Penyediaan taman rekreasi kepada budak-budak secara tidak lansung menentukan masa depan generasi kita.

blog comments powered by Disqus

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP