formula drama bersiri
Mula-mula aku patut cakap selamat tahun baru kali ke 2010. Seperti biasa tahun baru aku tak kemana-mana. Malas, kereta banyak, orang ramai. Parking susah, public transport takde sampai pukul 3 pagi. Jadi aku decide untuk duduk di bilik dan main game PES dengan daus.
Aku rasa banyak orang suka tengok cerita bersiri, cerita-cerita macam gossip girl, atau nur kasih. Jenis aku, tengok cerita bersiri sekali jalan. Takde stop-stop. Baru ganas.
Jadi aku simpulkan formula drama bersiri yang wajib ada dalam semua cerita bersiri kat atas dunia ni tak kira cerita venezuela, cerita bersiri indon yang bodoh, spa q atau apa-apa cerita sekalipun.
Pencetus
Pencetus ini ialah macam starting untuk cerita. Kiranya watak pencetus ni akan menyebabkan keseluruhan cerita bergerak. Kiranya dengan kehadiran pencetus, tindakan pencetus atau apa-apa yang berkaitan pencetus menyebabkan pembentukan jalan cerita. Sebagai contoh, pencetus dalan gossip girl ialah masa serena van der woodsen tu balik, dalam nur kasih masa bapak dia suruh kahwin tu, dalam leverage pencetus ialah masa job dia yang curik plan aeroplane tu.
Penyebab
Penyebab atau kata lainnya ialah batu api. Penyebab ini merupakan watak yang menyebarkan konflik kepada semua orang. Seperti biasa, drama bersiri sarat dengan konflik. Jadi penting watak penyebab. Kalau tiada penyebab, tiada konflik akan berlaku, maka tak jadilah cerita.
Terdengar
Konsep terdengar ni ialah formula drama bersiri paling bangsat sekali. Konsep terdengar ni tujuannya ialah untuk menyebarkan konflik juga. Contoh macam Mamat A bercakap dengan Mamat B pasal Mamat C. Dan Mamat C terdengar perbualan tu, lalu Mamat C akan bengang dan jadi konflik. Aku rasa dalam hidup sebenar, jarang ada konsep terdengar ni.
Konflik setiap watak
Katakan watak utama ada 4 orang. Setiap orang akan mengalami satu benda yang aku gelar sebagai ' putaran konflik". Konflik ini akan berputar untuk setiap watak, mula-mula cerita pasal watak A punya konflik, kemudian B, lepastu C dan seterusnya. Jadi penonton akan pilih satu watak yang dia suka. Akibat dari konflik ini.
Penyokong
Penyokong ini ialah orang yang tidak kena mengena dalam drama bersiri, dia selalunya mempunya konflik yang ringan, dan tujuan kehadiran penyokong dalam drama bersiri semata-mata untuk menasihatkan watak utama, atau melengkapkan karakter watak utama.
Ending setiap episod yang macam sial
Ini formula paling perlu dalam mencipta drama bersiri, buku novel bersiri, komik bersiri, atau apa-apa yang bersiri. Ending setiap episod macam sial perlu supaya orang nak tengok episod seterusnya.
Jadi apa lagi? pergi tulis drama bersiri cepat.
5 carutan balas:
hahahaha...ending episod yg cam sial. yeahh aku suka!
memang camtu pon.tp kbanyakan sekual tak best berbanding cerita asal.hehehe
end selalu cmtu sial . haha .
tk pernah tengok hero kalah asyik menang je .
layan cte tamil besh juga
gado terbang2 weh
haha !!
hahah ending mestilah sial. hero mesti menang, sebab dia kan herooo. haha
agree2. hahahah
saje je nak bagi cerita tuh panjang berjela-jela. lagi2 kalau cerita indon n mexico tuh.
sampai beratus2 episode. penat gile nak tgok. tv pulak duk asyik tunjuk.
lepas abis. sanggup lagi ulang tuh.
macam ape je. bnci betul
i hate bawang putih bawah merah. huh!
setiap citer bersiri kene ader watak yg senyap jer tak byk cakap tapi cool. dan ader watak yg overact, menonjol, hensem/cun, tapi hampeh. dan setiap citer bersiri, klu ader 5-6 season, stat seson 3 dan seterusnya mesti cam haram. seperti smallville.
Catat Ulasan