20.11.09

sikit pasal 'first impression'

7


Tanggapan pertama atau lebih mudah dalam bahasa inggerisnya yang pastinya kau akan lebih faham ialah 'first impression'. Ia adalah bagaimana kau membaca dan mengandaikan seseorang itu buat kali pertama kau melihat orang tu tanpa analisa mendalam atau pemerhatian menyeluruh, hanya berdasarkan pandangan sahaja.

Sebenarnya, apa yang kau lihat dan anggap, itulah yang orang itu akan jadi bila berada dengan kau.

Sebagai contoh, kau melihat Ahmad sebagai seorang yang sangat sombong dan berlagak berdasarkan first impression kau. Bila Ahmad cuba dekati kau, kepala otak kau sudah ada set yang Ahmad ini seorang yang sombong dan berlagak, jadi bila kau cakap dengan dia, kau hanya akan nampak Ahmad sebagai seorang yang sombong dan berlagak. Padahal, Ahmad ialah seorang pengacara TV yang tidak berlagak dan sombong lansung.

Atau mungkin kau 'refuse' untuk mendekati Ahmad, sebab kau sudah anggap Ahmad sebagai seorang yang sombong dan berlagak, tapi hanya berdasarkan mata kau sahaja.

Memanglah untuk masa sekejap sahaja kau akan anggap Ahmad seorang yang sombong dan berlagak,sebab nanti makin lama kau cuba cakap dengan Ahmad kau akan nampak diri Ahamad yang sebenar. Tapi ia tetap memberi kesan sebab, Ahmad kau dapat kesan kebaikannya, orang lain mungkin baik juga tapi kerana first impression, kau 'refuse' walau untuk kali pertama.

9 carutan balas:

semut_atas_carpet 20 November 2009 pada 11:05 PTG  

semua org x boleh lari dgn first impression,dan kebanyakannya yg bersifat negatif.mungkin boleh aku ckp 80% negatif.sbb ia dinilai dr segi luaran; sama ada mimik muka,percakapan,atau penampilan org itu.
tp masalah ini,negatif impression,dapat dikurangkan atau dihindar 90%, dgn ada satu nilai;iaitu murahkan senyuman..er..maybe la..

hans 20 November 2009 pada 11:21 PTG  

owh,macam aku...kalau ada peluang aku cuba kenal2 sebab melalui tu baru aku bleh tahu hipotesis aku betul2 tepat atau tak

karatz 21 November 2009 pada 8:24 PG  

hidup mesti bersangka baik kan.first impression pada aku tidak membawa kemana2.kenal dahulu.kita nilai sendiri la selepasnya.

lagi,kita pon ada kekurangan.kalau betul mahu jadikan kawan.terima la baik buruk pun.walau ada satu kebaikan je,itu yang patut dikenang dari sebanyak keburukan.

pada pandangan aku lah.

popsoda,  21 November 2009 pada 8:45 PTG  

betul. bagi aku first impression memainkan peranan yang paling penting. tapi kalau dalam konteks sombong dan belagak (first impression) biasa lah. dari pengalaman aku, pada first impression aku terhadap orang yang sombong dan belagak ni, bila kenal dorang punya baik dan peramah gila babi. so, aku setuju gak dengan kata-kata "dont judge a book by its cover".

tapi kalau contohnya pompuan yang lawalah kononnya. cun meletup. pandang pertama. sekali tiba-tiba dia pegi korek idung depan aku. mak aih konfem aku reject terus. sumpah terus takde hati. tu first impression tu!

karatz 22 November 2009 pada 6:56 PG  

popsoda.1st impression pada pmpuan lawa.nampak sgt cun bejalan jalan depan aku.tetiba kaki tersangkut kat jalan terus terkeluar ayat mencarut gila babi.terus ilang selera kepada perempuan lawa tu.

bagi aku,penting nya 1st impression ni cuma utk parents yang nak mengawal pergaulan anak2.si jejaka yg nak pilih calon utk buat isteri/suami.

kalau nak berkawan.1st impression kadang2 jadi tak penting.sebab apa?kalau kita jumpa yang perangai tak elok pada mulanya.tp kita tetap nak buat kwn sebab kita rasa dia ada samting yg menarik kita kepada dia.dah kenal elok baru tau seseorang tu mcm mana kan?

AkuKopiKauSiapa? 22 November 2009 pada 8:25 PG  

alau jumpe pompuan lawa,,,pedulik hape first impression. hahaha

karatz 23 November 2009 pada 6:08 PG  

maknanya kau sudah tewas dgn mata mu sendiri.hahaha

apekzer 25 November 2009 pada 2:32 PG  

bagaimana pula dengan kumpulan impression? yang pernah dinaggtotai oleh norman hakim, eizlan yusof dan juga sani united bus company?

lebih kurang sama ke? atau mereka ni sekadar bad impression?

aku bingung...
tolong...tolong..

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP