6.3.09

penulisan sejurus membuang tahi

Maaf ya, entri ini agak panjang. sama panjangnya dengan tempoh masa aku membuang air besar tadi, memikirkan pasal benda ini. selepas keluar dari tandas, terus baring, dan menulis benda ini. jadi tajuknya penulisan sejurus membuang tahi. isinya mungkin sedikit bersepah.maaf.

1. aku tengok, pelajar luar negara ni dia outspoken, suka nak betul, susah mengaku salah, cakap direct. Bila keluar ke kota kuala lumpur pon, foreigner-foreigner ni semua kalau nampak dan tengok, diorang nie macam ada satu macam perangai. Apa yang membuatkan diorang jadi macam tu. Darahnya ke?sistem pendidikannya ke?kerajaan ke?Atau bulunya?oh. sedikit racist. maaf foreigner.Jika anda tahu bahasa melayu.

2. Melayu ini selalunya yang senyap, lemah lembut, sedikit lambat, tidak agresif, bersifat berserah dan segalnya yang perlahan. Bagaimana agaknya jika satu dunia ini perangai macam melayu? Aku rasa pasti tiada perang, tiada penjajahan. tapi mungkin banyak negara yang jual tanah kepada negara lain kerana mahu kaya cepat.

3. Dahulu, isu melayu ini sebagai sesuatu yang sensitif,tidak boleh disebut selalu, sebenarnya malu dengan kelemahan sendiri. Hatta, melayu minimalis pon menggunakan perkataan minimalis di akhir perkataan melayu untuk menunjukkan betapa beliau kurang kemelayuannya. Siapa lagi yang malu mengaku melayu? aku pasti ramai. sila sedar, sifat malu menjadi melayu itu adalah sifat teratas dalam senarai kebodohan seorang melayu.

4. Siapa cakap kat aku ntah aku tak ingat. Cara paling mudah membuang budaya, sifat semulajadi satu bangsa itu mudah. Bunuh sahaja semua dan bina bangsa melayu yang baru. Mudah betul.

5. Aku tak malu menjadi melayu. Malah aku suka bercakap bahasa melayu. Aku suka dengan budayanya, sifat lemah lembutnya. ok. itu yang baik. yang buruk tu aku tak suka la.

5. Lihat betapa konsep siapa kuat dia menang mempengaruhi pemikiran semua. Orang melayu yang malas mahu cakap banyak, lemah lembut dianggap bangsa lemah. Kerana melayu tidak melawan, tidak agresif, tidak suka menakluk orang lain. Kita dianggap lemah.

6. tapi mengapa kita tak membangun? biar aku jelaskan, membangun itu bagi aku bukanlah hanya aspek fizikal, bangunan tinggi-tinggi, ibu kota moden gila babi, tapi kalau penduduknya berfikir seperti menggunakan kepala zakar tidak guna jugak. Lihat new york, nampak gah. Isinya hancur.

7. Kita dicanangkan dengan pembangunan dari segi fizikal, dari segi wang, ekonomi. Sifat melayu dengki satu sama lain bukan sebab apa pon. Selalunya sebab harta, cemburu orang lain dapat harta lebih. dapat pangkat lebih. sebab kita dah diajar, dari sekolah, siapa yang kuat, siapa yang kaya, die pemenang. siapa yang tak mahu menang?

8. Ketamadunan china, yang paling tua sekali. Adakah sistem kapitalis digunakan masa itu? tamadun islam pon tak macam tu. Semua orang dapat hak masing-masing. Konsep kapitalis ni betul-betul menghancurkan dunia. Bila menjadikan wang sebagai objektif utama sesebuah negara, bukan pembangunan insan. Percayalah, dengan pembangunan sosial, barulah fizikal itu berkembang. Seperti tamadun islam lah.

9. akhirnya melayu, aku tak percaya malaysia akan maju semaju Jepun dan rakyatnya sehebat cina atau jepun. Tapi cukuplah dengan melayu itu sendiri aman.

23 carutan balas:

Alone 6 Mac 2009 pada 4:10 PG  

wahah.

jangan salahkan bangsa lain.. klu satu hari nanti melayu hilang di dunia.

yaNa moReLLo 6 Mac 2009 pada 4:24 PG  

melayu! malayu! melayu!......erhmmmm......

Ruhil Rosley 6 Mac 2009 pada 4:43 PG  

takkan melayu hilang di dunia.

mynncinonet 6 Mac 2009 pada 7:21 PG  

uhum. hebat.
maksud sy care kamu dapat ilham menulis.

penulisan juga.:)

Tukang Carut 6 Mac 2009 pada 7:33 PTG  

oh. tersangat ah betul apa yang kau ckap ni. aku sokong 100% and pasal "selamt kan bahasa kita" pun aku rasa kau betul and aku baru perasan. hurmmmmm.

miss juju 6 Mac 2009 pada 9:30 PTG  

perkara pertama - betul2 bernas idea yang ko dapat selepas membuang hajat.. selalu ker mcm tu?
>foreigner outspoken...aku rasa itu betul..pastinya kerana sisitem pendidikan d negara mereka, cara hidup juga. kerana itu mereka sedemikian.
>melayu lemah lembut..sememangnya melayu begitu. aku kadang terfikir
kerana itukah malaysia agak lambat dalam segala hal..?
ekonominya
pembangunannya
sahsiahnya
segalanya la....
dan dulu orang melayu cuma menoreh getah tapi tidak di suruh berniaga?
kenapa?
melayu lambat? lembap?
aku pun melayu dan aku mengaku aku melayu cuma...mengapa yer?
tapi jgnlah bunuh semua melayu..
huhuhu aku gurau tu
sory kopi..bukan nak buat pos baru tapi aku suka idea ko...
make's people think twicelych

zaRain 6 Mac 2009 pada 9:34 PTG  

utusan malaysia hari ini ...
sultan selangor : "tidak ada gunanya melayu kekal di dunia tetapi tidak bertamadun, tidak dihormati dan boleh dipermainkan serta diperalatkan."

zinnia zenith 7 Mac 2009 pada 12:22 PG  

.semua sama sebenarnya.
.manusia.
.yang membezakan kita.
.agama.
.bangsa.
.kan?.
.walaupun sama.
.setiap individu tu.
.bawa personaliti.
.bawa personaliti gadis melayu.
.bawa personaliti lelaki kasanova.
.bawa personaliti bangsa melayu.
.apa-apa pun.
.ntahla.
.tanya diri masing2 la.
.kan?.
.kalau rasa nak berjaya.
.terus menapak.
.perlahan-lahan pon.
.lama2 sampai.
.kalau rasa da tak buat pape.
.mati lagi bagus kan.
.hahaha!~

deennasour 7 Mac 2009 pada 6:58 PG  

melayu itu layu.
melayu mudah lupa.
melayu kuat dengki.
melayu itu lemah.
melayu itu lembab.
melayu itu dijajah.
melayu itu melayu.
melayu jerk keje nye.

p/s : boleh tuan meng"klik" setting komen tuan utk anonymous, supaya ada option utk name/url.
bagi sesapa yang menggunakan wordpress berbayar boleh komen.

♥CHU♥ 7 Mac 2009 pada 7:20 PG  

melayu itu sendiri kena berubah.
lemah lembut xsemestinya kena diam.
kasar xsemestinya kena mbunuh.
semuanya dari melayu itu.

tapi,
jan risau.
melayu dah mula berubah.
dah makin tamak.
mcm negara barat.
tggl cket lagi,
melayu itu akan jaD mcm US~

xlma lagi peralihan kuasa~
lihat sahaja apa akn terjadi~


ps:bkn niat utk politiking~!

wordlesslive 7 Mac 2009 pada 11:13 PTG  

Aku nak tambah satu benda dlm bab budaya ni..

Klu kita leh tengok, negara yg tgh berkembang n negara yg sedang membangun sgt berbeza..

Aku ambik cnth 2 negara je... xpayah banyak2..

Jepun n Indonesia..

Jepun:
diorg buat sesuatu benda dgn memikirkan banyak benda.. contohnya berbasikal.. diorg bukan saje2 nak naik basikal, tp disebabkan kesehatan n ekonomi negara, diorg guna basikal..

Bayangkanla berapa banyak petrol yg diorg leh jimat klu satu hari, sesorg akan save minyak sbnyk 10 L..

Klu Indon plk..
Mereka banyak merasuah sana sini.. Org miskin, dek kerana terpaksa bersaing, mereka sanggup jual anak.. sanggup gadai tanah.. menipu sana sini even si pembawak beca..

Indon n Malaysia xjauh beza pun..

Malaysia dgn budaya melayu..

Aku xkata melayu bodoh..
tapi org melayu yg selalu membodohkan diri... xyah tengok org lain.. kita renung diri sendiri pun dh cukup sbnrnye..

Tapi, nak wat cmne.. tu sbgn dr sifat org Melayu...

klu tengok skrg, org melayu yg memang sllu terikut2 budaya org.. kenapa?? sbb kita sendiri yg merasakan budaya kita kuno n kolot..

Aku dh banyak kali tengok org duk mengutuk member sendri ttg kekolotn n kekunoan mereka..

so.. aku sgt2 suka & sokong entry ko kali ni..

asks 8 Mac 2009 pada 7:28 PG  

melayu satu2nya bangsa yang mahu melenyapkan bahasanya sendiri.

zaRain 9 Mac 2009 pada 1:46 PG  

kenapa sume org bg komen mcm bertauliah gile (huhu)..maksudnye mcm semua mahu nampak hebat..guna ayat yg ganas2..dan ada jugak yg mcm bersajak.. ko ni suke je wat topik yg buat org jadi cmni.. (haha)

anyway..

shi.. kau tahu tak..org jepun tuh kebanyakkan free thinker.. dorang asalnya tkd agama..mmg,diorang genius dn lebih kedepan.. org barat pon akui kehebatan org jepun...tapi, sekarang bila jepun mcm dah capai tahap yg tinggi sgt..smpai life diorang dah takde matlamat lain.. (bebanding kita..klau kita dah kaya nk mampos pon, ada matlamat lain iaitu hereafter)..so, mereka ni skng dah buat mcm2 bende pelik.. cthnye dorang buat pesta petandingan pijak binatang..dan masokkan anjing dan kucing dlm botol utk bantotkan pertumbuhan dorang..dan byk lg ..(boleh anda cari sendiri)..so kesimpulannya.. mereka ialah tamadun yg tahapnya dari segi fizikal..dr segi ketamadunan fikirannya..mereka semakin merudum dan menju ke tak-tamadun..dan lagi, Jepun mencatat angka kes BUNUH DIRI PALING TINGGI DI DUNIA... ha..

oh dan lg..mereka sgt pentingkan ekonomi dan teknologi sbb..itu saje yg mereka ada..diorang takde natural resource mcm kita..

org kita walaupun lembab... walaupun mungkin dah tepengaruh dgn byk pengaruh luar.. tp akhirnya kita ttp akan pegang pd tradisi dan agama kita.. mmg kdg2 org melayu tekenal dgn sifat malu dan tolak ansur..(smpai kena buli ngn bangsa lain).. tp bila smpai waktunya .. org melayu selalu akan bersatu semula..dan pertahankan hak kita..

kan lebih baik dr bangsa yg maju,rajin,dedikasi dan semualah..tetapi tiada pegangan hidup..

mmgla kelemahan2 lain tuh.. dah byk kali dan dah berjuta org dah ckp..tp mmg takkan berubah.. cube sume org tgk diri sendiri..ada ke tak sifat2 melayu tuh dlm diri korang sndiri..mesti ada kan..

aku cuma mahu tgk dr positifnya kaum melayu.. cube utk tak terlalu mengutuk dan kata melayu perlu berubah ..sdgkan sbg melayu sendiri..aku belum tentu berubah dan jadi yg terbaik..

betulkan jika saya salah..

Basuh Baju 9 Mac 2009 pada 2:34 PG  

Aku kurg bersetuju dengan pendapat:

1) melayu malas.
Cuba pergi ke pasar malam, jalan TAR- lihat betapa gigih dan rajinnya orang melayu mencari rezeki.

2) Melayu lemah lembut.
ada yg kata sbb lemah lembut- kita ketinggalan. Ini salah. Orang Jepun juga berbudi bahasa. Sama macam kita. Tetapi maju je..

so kenapa kita tak boleh maju?

Mengenai budaya melayu:

- aku setuju tentang orang melayu selalu terikut dengan budaya lain. macam kau pernah ckap- kalau merempit itu dtgnya dari barat- konfem semua anak muda akan ikut.

- aku juga rasa budaya melayu cool. dan xperlu malu mengaku diri melayu. Yang malu itu jenis yang cakap sesama melayu guna bahasa omputih. Aku hairan.

Foreigner yg xnak kalah bila bercakap- ini perkara yg bagus. Kerana dowg percaya dn berpegang ttg apa yg dowg faham. Cuma yg xbgsnya bila kebenaran sudah terserlah, ttp masih xmau terima.

apapun, aku baru membaca blog ko. Satu blog yg cool.

bakrihafizhisham 9 Mac 2009 pada 5:11 PG  

kalau kau nampak header aku senget,
kau rasa senget tak?
sebab aku rasa tak senget.
sebabnya?
cara kau tengok tak sama dengan aku.

melayu dan segala isu sensitif ini sama sahaja, aku rasa.
semua tamadun mengalaminya.

tapi sebab kita melayu, memanglah kita nampak kelemahan kita, dan segala galanya.

eleh.
yang aku tengok, banyak melayu je yang tiru identitit dan tipu diri sendiri.

tempek pemutih muke, padahal sah sah aku tahu bontot melayu memang hitam.

colourkan rambut, padahal aku tahu juga sah sah rambut memang hitam.

malu konon.

fuh.
emo plak.
haha

apeklowek 9 Mac 2009 pada 6:15 PG  

melayu mungkin jadi begini kerana terlalu selesa sebab ada 'kuasa'.

mungkin melayu malaysia akan maju selepas rasa kesusahan macam melayu indonesia.

wordlesslive banding indonesia dengan jepun..tapi aku nak banding sedikit pemerhatian aku tentang melayu indonesia dan melayu malaysia.mungkin boleh kita pelajari dari mereka.
1. melayu indonesia tidak malu menjadi melayu.
2. melayu indonesia kekal dengan budaya mereka.
3. mereka mungkin menggabungkan semua dan bersatu atas satu bangsa iaitu indonesia, tapi suku suku dan kaum kaum yang ada tetap kekal dengan imej lama.bersatu cuma dari semangat dan bukannya budaya, dan situasi di malaysia agak lain kalu diperhati.
4. disebabkan susah, melayu di indonesia berdikari. tidak segalanya subsidi.
5. walaupun banyak suku di indonesia, tapi semua mengaku melayu. di sini kalau jawa itu jawa.padahal rasa aku jawa itu jugak melayu.maaf aku kurang arif sejarah melayu.
6. pembangunan masyarakat/ community di sana lagi nampak banding kita. kita masih kurang terbuka dengan 'term BERDIKARI' kalau diambil satu persatu POWER yang melayu ada, dikata yang ambil power itu tak sayang melayu. padahal sebab power itu la kita jadi lemah, lalai, dan terlalu mudah selesa.

haha..tu je kot perbandingan yang aku nampak..yang positif di sana lah..untuk kita pelajari..

omarkhayam 9 Mac 2009 pada 9:34 PG  

berkelahi cara melayu
menikam dengan pantun
menyanggah dengan seyum
marahnya dengan diam
merendah bukan menyembah
meninggi bukan melonjak

......

jadilah bangsa bijaksana
memegang tali memegang timba
memiliki ekonomi mencipta budaya
menjadi tuan di negara merdeka!!

Melayu
oleh Allahyarham Usman Awang

http://www.scribd.com/doc/9438260/Sajak-Melayu

Shemmi 9 Mac 2009 pada 6:13 PTG  

aku fikir tak semua org ada kebolehan melakukan hajat hebat tu dgn mudah & berjaya sekali..
pasal apa berjaya? pasal dpt pulak 'diantaranya' fikirkan benda2 hebat yg lain..

ngehngeh

* melayu?..kdg2 org hebat berdebat sampai nk tercirit2 kononnya pertahankan jati diri melayu tp..diri sendiri pun x macam melayu..yang aku tau..inilah rupanya Melayu...

sEsuki xD 9 Mac 2009 pada 6:28 PTG  

aku sedey bile org melayu bgado dgn org melayu pade mase skang nih
sdgkan, kalau ikotkan
melayu = Islam
Allah xajr hamba2Nya untuk jadi racist
Allah lebih utamakan saudara sesama Islam
bile melayu = Islam
bukan ke otomatik da jadi saudara sesama Islam jugak
kenape mesti bergado?
berlainan pemahaman politik bkn alasan konkrit untuk bergado
yg non-muslim sengih sampai ke tinge je tgk peel xmasuk akal org melayu yang sinonim dgn Islam
iskkk3

p/s:
hanye berdasarkan pndangan neutral aku sbg org melayu yang beragama Islam.
diam xmaksud lemah.
melayu bukan lemah.

AkuKopiKauSiapa? 10 Mac 2009 pada 6:16 PG  

zarain:
aku tak kutuk melayu pon. ko nie cakap macam aku mengutuk melayu pulak.

bak :
sbb itu aku cakap, taraf palaing tinggi dalam list kebodohan seorang melayu ialah malu menjadi melayu.

shemmi :
aku tak paham ape kau cakap.

AkuKopiKauSiapa? 10 Mac 2009 pada 6:21 PG  

apeklowek:
haa..betul! taraf istimewa tu menghancurkan sebenarnya. terlampau selesa. tapi kalau takde. aku tak dapat bayangkan.harap generasi melayu sekrang maju supaya dapat membantu generasi melayu akan datang.

zaRain 11 Mac 2009 pada 6:35 PTG  

aku tak tujukan kat kau..

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP