hari ini 12 : kerajaan
tulisan yang ini tidak menggunakan sebarang rujukan. jika salah, harap maaf. kerana mungkin ini kali pertama aku bertulis berbaur sedikit politik.
pagi pagi lagi sudah bangun hantar Hana yang hot ke pudu(awak ni hotlah, tergugat saya, saya saja buat muke garang tadi, sbb sy ingat saya hensem bila buat muke garang.haha). pukul 8 pagi,hari bekerja, pastinya sesak lalulintas. kereta haiwan bertransmisi manual memang memenatkan dalam keadaan begini.
aku terfikir perkataan kerajaan. Perkataan kerajaan itu pasti asalnya dari perkataan Raja. kerana raja adalah yang paling atas sekali dalam perlembagaan Malaysia. Kalau perdana menteri yang paling atas, maka dipanggillah sebagai kementerian. takkan mahu panggil keperdanamenterian. kekok pula bunyinya. Jadi siapa yang paling atas sekali sekarang dalam Malaysia? perlukah dipanggil kekronian?
Semasa membuat sandwich Duan tanya aku, perlukah institusi diraja ini? tadi juga dalam kesesakan lalulintas aku terfikir. jadi, memang perlu, Raja ini simbol.(aku sudah terfikir tentang simbolisme, tapi belum masa untuk tulis lagi.) Simbol Melayu, Melayu tanpa raja sudah tak melayulah, mungkin.
jadi mungkin jawapan paling tepat ialah begini, konsep mempunyai ketua, atau pemimpin itu tidak pernah salah. tapi jika ketuanya tidak berfungsi sebagai ketua, barulah konsep mempunyai ketua itu seperti bodoh dan tidak diperlukan.
6 carutan balas:
aku sokong dari jauh
sokong dekat2 kang kne ISA
haha aku sokong komen diatas nih..
kerajaan di bawah pimpinan raja
lihat lah sejarah kembali
dan
ambil pedoman
kalo dulu2 mgkin institusi beraja ni menguatkan sst kerajaan..tp utk era skrg..aku pikir, fungsinya dah agak terhad..malah boleh jd tak digunakan lnsung..atau sekadar jd nasi 'tambah'..
(maafkan patik tuanku kalo x betul)
* maap le kalo ko x fhm apa aku ckp ye kupi...sbb kdg2 aku sndiri tak fhm apa aku ckp..hahaha..
mungkin institusi raja sebagai benteng orang Melayu?
akum...
kalu ckp hal raja n rajinnya raja..sampi bila2 tak abis..sbb kita ni picisan.. apa yg baik terima pakai..apa yg tidak..paham2 ja la.. penting sekrang kita rajakan diri kita daripada diri kita diraja nafsu
p/s:raja n menteri tuh nanti kat sana2 nanti pepandai la menjawab, kita rakyat ikut je
Catat Ulasan