25.2.09

Town Planner

Jujurnya jika aku bukan dalan jurusan yang aku ambil sekarang, mungkin pemikiran aku lain. Aku mngkin kurang dalam menimbang rasa faktor sekeliling. Mungkin aku pemikiran aku tidak seluas sekarang. sekarang pon taklah luas sangat. tapi lebih luas dari sebelum ini.

Kawan-kawan aku, zaren, jannah, hanif, duan, aisyah aina, rock semua tuh antara budak-budak studio aku yang pemikirannya sangat luas. jujurnya mereka sangat luas. Mungkin aku perlu cakap terlebih kreatif dan terlebih kritis tentang banyak perkara.

Jurusan yang aku ambil banyak belajar tentang pengurusan, kerja kumpulan, justifikasi tentang perkara, dan kreatif.

Bukanlah aku terlampau banga dengan jurusan ni. tapi ia berjaya mengubah aku dari segi pemikiran aku tentang sesuatu perkara. Masuk UIA ni belajar banyak tentang agama lebih mengubah perspektif aku tentang pelbagai perkara. bukan aku seorang. aku rasa lebih ramai yang berubah pemikiran.

apa yang aku ingin cakap ni cuma benda yang aku fikir. aku terfikir-fikir sahaja. dan aku pelik mengapa architect dan engineer sangat dibangga-banggakan? mungkin town planner banyak makan duit rasuah, tapi sangat menjadikan kau seorang yang lain dari segi pemikiran.

apa-apa. jika yang membaca ini budak lepasan SPM. cuba pilih perancangan bandar sebagai pilihan pertama. dan jangan lupa masuk UIA. Lebih seronok.

32 carutan balas:

fina. 27 Februari 2009 pada 2:57 PG  

eh,kau planner uia ke?degree?
oh,aku ingt archi.
cuba apply town planning UTM jugak.
lagi best=)

haritu aku ade cntact bdk planner uia.tp tatau siapa.haha.
yelah,uia mcm banyak sumber.

kat sini budak archi gilagila org pandang tinggi. ^.^'

semut_atas_carpet 27 Februari 2009 pada 3:27 PG  

yeah~aku juga minat planning.sbb aku tgk site anlysis archi mcm ade benda yg x cukop je.aku perlu memahami lebih utk design bulding yg memenuhi citarasa semua org.terutama org keliling site~aku mahu
-planning itu penting-

secoklat tahi anda 27 Februari 2009 pada 4:18 PG  

ckgu aku kate,
UIA kureng sket.
& aku xprnh tpikir pon nk msk UIA.
xtaw pehal.
bkn aku hina,ak pon bkn
pndai sgt.
ape yg bes kt UIA?

Ims Imahtul 27 Februari 2009 pada 4:39 PG  

aku pn pelik wey.
kenapa orang anggap archi cm gempak gila.

lebih2 lagi bila time aku aku letak planning first choice. semua mcm "wey biar betul kau amik URP?tu bukan org slalu ltak last choice ke?"

haih.

kak dee 27 Februari 2009 pada 4:55 PG  

biasa lah mmg fitrah manusia
akn pndg tggi kerja2 yg femes je

aku pun igt kau archi..
ptt lah x penah nmpk kat studio archi

zAkiAh_AbDuL 27 Februari 2009 pada 6:21 PG  

aku rasa engineer pun kreatif. although cita cita asal aku pn nak amek smth related to archi/planner, tapi rezeki aku kt engineering. mungkin kedengaran tipikal jurusan aku ni but kalau aku (dan budak2 engineering lain) rasa kami betol-betol dalami course ni, kami mesti faham nape aku cakap engineer ni kreatif. :)

siapakah 27 Februari 2009 pada 6:33 PG  

Wah. Nama aku.
Walaupun pada dasarnya aku rasa fikiran aku taklah seluas mana.

budak kecik 27 Februari 2009 pada 7:34 PTG  

aku setuju dengan pendapat kau wey..

aku tatau langsung pape pasal planning. sekarang leh la, minda aku baru terbuka.

yang seronoknya, apabila aku melalui sesebuah taman perumahan, aku mula menilai dan mempertikaikan susun atur kawasan perumahan itu. seronok. kerana aku faham.

justifikasi adalah sangat penting.

tidak kira sebodoh mane idea kita, asalkan kita dapat munJUSTIFIKASIkan idea itu dengan baik, maka, mereka akan menganggap idea kita sangat bernas.

jujur, aku gembira sekarang.
kerana aku belajar banyak benda terutama dalam memberi JUSTIFIKASI dalam setiap keputusanku.

miss juju 27 Februari 2009 pada 11:06 PTG  

alasan kukuh untuk aku
>kenapa town planner?
>kenapa UIA
U laen?

bakrihafizhisham 28 Februari 2009 pada 6:26 PG  

hehhee.
always a hot topic in this blog eh kopi?
:)
aku pun nak bebel juga lah macam ini.
:D

AkuKopiKauSiapa? 28 Februari 2009 pada 6:55 PG  

fina:
planner uia degree.
UTM sekular lah.

semut:
aa..sbb tu orang amek archi degree pastu amek master town planning.

secoklat tahi anda:
aku penah cakap apa yang dipelajari kat UIA lain. cara islam. tidak sekular. jadi aku rasa seronokla. ada satu subjek nie tajuk die quran sunnah and built environment. macam mane die berkait. seronok. benda baru.

imah:
biasalah. archi nie benda yang orang nampak. boleh cakap bangunan tu aku yang buat. um. aku letak archi last choice kot. haha

kak dee:
aa. ko kenal aku ke? tak. aku bukan archi. kalau tak, takkan aku dok ngutuk archi.haha. aku planning.

zakiah:
aku tau sangat engineer kreatif. tapi dari segi penyelesaian masalah. seni mungkin kurang. lebih rigid dalam design, mungkin. aku tengok discovery channel, macam mane engineer setlekan masalah, gila babi pandai. hebat gile. penuh imaginasi. hebat.

jannah:
ko pandai putar belit. ahaha.

budak cher-kick:
justifikasi?haha. bread and butter tuh.


miss juju:
UIA tak sekular. seronok sbb dari sekolah kita beljar silibus yang sekular. masuk UIA tak sekular. rasa seronoklah.

bak:
ahaha. aku nak baca pendpat kau pasal archi jugak kat blog kau.huhu.

AkuKopiKauSiapa? 28 Februari 2009 pada 6:56 PG  

fina:
planner uia degree.
UTM sekular lah.

semut:
aa..sbb tu orang amek archi degree pastu amek master town planning.

secoklat tahi anda:
aku penah cakap apa yang dipelajari kat UIA lain. cara islam. tidak sekular. jadi aku rasa seronokla. ada satu subjek nie tajuk die quran sunnah and built environment. macam mane die berkait. seronok. benda baru.

imah:
biasalah. archi nie benda yang orang nampak. boleh cakap bangunan tu aku yang buat. um. aku letak archi last choice kot. haha

kak dee:
aa. ko kenal aku ke? tak. aku bukan archi. kalau tak, takkan aku dok ngutuk archi.haha. aku planning.

zakiah:
aku tau sangat engineer kreatif. tapi dari segi penyelesaian masalah. seni mungkin kurang. lebih rigid dalam design, mungkin. aku tengok discovery channel, macam mane engineer setlekan masalah, gila babi pandai. hebat gile. penuh imaginasi. hebat.

jannah:
ko pandai putar belit. ahaha.

budak cher-kick:
justifikasi?haha. bread and butter tuh.


miss juju:
UIA tak sekular. seronok sbb dari sekolah kita beljar silibus yang sekular. masuk UIA tak sekular. rasa seronoklah.

bak:
ahaha. aku nak baca pendpat kau pasal archi jugak kat blog kau.huhu.

mynncinonet 2 Mac 2009 pada 7:39 PG  

planner utm pon bezh dowh!!
heheh. pomot2...

urm.. siyes dulu aku kne kutuk amek planner ngn cekgu cikgi aku. aku pon tataw nape.. 1st sem mmg gile buhsan coz ni. n skarang aku bule time town plannin ni.aku pilih coz ni pon sebab UTM plg dekat ngan uma aku.haha.. sengal punye alasan.n aku tataw archi ad kt UTM..huh..

siyes jugak. ati aku lebey pade archi b4 ni, tgk artwork dyorg cam mantap gile barbish. mcm syok giler. sampai ade niat nak tuka coz beb.. tp cabaran tetap cabaran la. 4 sem aku dengan town plannin ajar aku banyak bende dan tanggungjawab. tp siyes jugak, niat aku tetap nk smbung study in architecture.

ko sem bpe da??

Nelza Rahim 2 Mac 2009 pada 9:21 PG  

UTM dgn UIA, bezanya UTM ni gila2 sgt..terlalu fokus kat satu2 course tu..contohnye, kalau archi, archi je..tak blaja benda lain..sekular, ada positifnya, lebih fokus..tp skil limited, kalau archi, kau bagus archi je la..benda lain, mungkin tak..

mmg la archi UTM gempak..budak2 nye pun macam dah takde life lain dah..lecturer nya pun nampak all out habis2..sbb rasanya, banyak lecturer muda2 dan semangat tinggi kot..haha

students UTM bukan all rounder..bukannya nak ckp UIA students die sume all rounder tapi...sbb UIA byk subject, so ilmu nye pun lebih la..

kalau UTM, archi kena ambik 4-5 subject je every sem tak silap..kan? kalau UIA, sampai 8-9 subjects pun ada agaknye..

macam byk je budak UTM comment blog ni...

pendapat je..

bakrihafizhisham 2 Mac 2009 pada 6:35 PTG  

nelza:
hehe.
sekular?
maybe orang kata itu lebih spesifik kepada jurusan masing masing lah kot.
kalau masa sekolah menengah atau matriks, memang lah tak ada jurusan yg khusus.
tapi kalau dah start buat degree pun masih tercari cari, aku rasa lah,
tidak patut berlaku.

budak tak ada life tu, aku rasa, sesetengah individu, dan juga definition seseorang terhadap ayat kenyataan "ada life".

adakah "ada life" tu bermaksud slalu beronggeng dan lepak di shopping mall, atau ada diversity seperti bersukan dan main musik, berseni sambil host event, belajar sambil bermain pingpong dalam studio, serta juga keluar untuk outing bergambar?

all rounder tu macam mana ya?
macam pandai duniawi serta ilmu akhirat? pandai belajar dan juga bermain? pandai melukis juga pandai menghafal? bersukan serta bermain dota?
aku sooo nooob dalam definisi yg cik gunakan ini.

ha ah archi hanyalah 6-7 subject je, tak lah sebanyak uia kot, tapi kadang2 it's the quality dan bukan quantity, aku rasa.

tapi ini semua personal preferences yang berubah dengan masa, umur, serta citarasa seseorang, serta persepsi manusia yang senantiasa berubah.

aku rasa lah.

a.n.y.s.s 2 Mac 2009 pada 8:39 PTG  

aku sokong ko bak.
die tak tengok life korang sini cane.
bz tahap dewa camne still ade event yang korang buat rite?? huu jelez2..~cinonnet~

Nelza Rahim 3 Mac 2009 pada 2:59 PG  

"tapi kalau dah start buat degree pun masih tercari cari, aku rasa lah,
tidak patut berlaku."

bukan maksudnya kita masih tercari, maknanya kita belajar benda yg khusus jugak..cuma bezanya ada tambahan bberapa subjek yg bukan khusus jugak..

so bonus la kiranye..

mmg bukan quantity jadi ukuran..
pointnye sama macam kat atas..bonus..

itulah bezanya..

takda life..tu ayat general je..kalau nak spesifik tu susah la nak terangkan..sbb sebagai org luar, aku tgk..korang ni mcm terlalu byk sgt kerja..so byk habiskan masa dkt situ je..lecturer pun byk fokus and mengambil tahu and rapat dgn korang kan..kenal jugak beberapa yg macam jaga students gila2..yuri, k..tp mmg bagus la macam tu..

penggunaan perkataan all rounder tu pun general je..sbb UTM terlalu khusus sgt dlm sesuatu bidang tu..

bukan nak condemn ke ape..kadang2 rasa macam nak masuk UTM jugak..boleh fokus lebih..hee ((:

tak boleh dibandingkan, sbb U masing2 ada misi dan visi lain2..

kesimpulannya, setiap U tu ada kebaikan dan keburukannya..

bakrihafizhisham 3 Mac 2009 pada 1:31 PTG  

nelza:
aku minta maaf kopi.
aku 'ter'buka semula page comment nih,
dan nak reply balik.

okeh.
mungkin kalau pengkhususan itu menjadi suatu bebanan, then apatah lagi kalau yang makin banyak subject tu, bukan?

banyak kerja?
apa itu? aku rasa memang tak ada term macam tu kot. we'll always try to find a way around it.

"takada life" tu macam pointless.
habiskan masa kat belajar?
ha ha ha. meh jemput datang studio kami nanti ya. tak pun pegi lah skolah senibina yang lain.
:)
apa kaitan lecturer baik dengan tak ada life?kalau takat yuri je, sapa tak kenal.
orang kata, kalau dah minat architecture, then live your life around architecture.

generalizing "UTM terlalu khusus",
merupakan ayat tak munasabah. pernah datang utm?

utm fokus lebih?
-_-

ni semua ayat atas pagar atau ayat orang konfius.

senang cerita macam ni lah dik.
dont talk about something that you dont know.

omputih kata," biar senyap dan kelihatan bodoh, daripada bising, dan mengiyakan kebodohan mu".

it's better to remain silent and appear stupid, than to speak and remove all doubts"

salaam

Nelza Rahim 3 Mac 2009 pada 11:44 PTG  

ohh..dah byk kali dah dtg utm, every portfolio pun aku dtg..tak portfolio pun ada dtg jugak..saje2...

seronok....utm mmg best..
lagi2 studio baru yg korang pindah tu..mmg style gila

tapi rasanya macam pendapat2 yg aku ckp tu dah disalah fahamkan kot..

so, I rest my case :D

dude 4 Mac 2009 pada 4:39 PG  

"dan aku pelik mengapa architect dan engineer sangat dibangga-banggakan? "...

first time plak aku dgr statement ni..

apahal wehh??
bese je aku rasa...

sume manusia sama je..
amalan yang membezakan.
tq

budak kecik 4 Mac 2009 pada 8:13 PG  

to those yg bukan dr uia:

bg pendapat akula, menimba ilmu di sini is all about having a knowledge dengan different perspective. maksud aku ilmunya sama sekali tidak sekular. ya. tidak sekular.

aku rasa, korang kene faham dahulu maksud sekular dan baru pertikaikan isu ini.

rkalau ta faham jgk, sila tanya kopi erti sekular dan pandangan beliau terhadap ideologi sekular + ilmu sekular.

apeklowek 4 Mac 2009 pada 11:40 PG  

ya budak kecik..saya rasa saya stuju itu..
maksud sekular itu harus difahami dulu.mungkin perbezaan 'worldview' kurang dibincangkan di university lain dan di
uia ni pulak bak kata entah siapa aku tak ingat kat atas tadi berkenaan dengan misi dan visi, salah satu yg kita tuju adalah INTEGRATION, islamisation, and internationalization. perjuangan uia ini aku suka. dan aku rasa salah satu kesannya sudah nampak dlam blog ini sendiri, memikirkan dari perspektif islam. dan bukan sekular. dan sebab itu juga aku suka uia, pada pendapat aku ia boleh melahirkan satu dunia yg balance, kerana untuk sesuatu tempat itu aman bahagia , cantik architecturenya, tenang, terancang, dan segala yang baik.kerana aku bukan sekadar percaya buta tentang apa yang diperkatakan al quran, tapi pengetahuan yg berlandaskan al -quran ni lah yg perlu. kalau boleh semua benda in the lights of quran, be it engineering, archi,planning,law,economics, medic dan sebagainya kalu diamalkan dan dilaksanakan dengan pengetahuan dan pemahaman islam ia akan jadi bagus dan betul dan baik. itu extra point ntuk uia aku rasa. kalau boleh lahir semula arkitek macam sinan, planner yg berkebolehan macam rasulullah itu sendiri, pengkaji sosial macam ibn khaldun, kan aman dunia. bahagia. aku nak dunia yang bahagia tu. walaupun tak sekarang, at least uia ada usaha ke arah itu.

pensukebulan 4 Mac 2009 pada 6:08 PTG  

skrg aku sangat beminat ngn UIA

AiE bAhRi 5 Mac 2009 pada 9:53 PG  

belajar apa2 pon yang penting kita kena aplikasikan apa yang kita belajar..

ilmu ada di mana2.jd tak perlu dibandingkan tempat menuntut ilmu itu.cuma nk betulakn statement yg utm tu sekular, bagi aku TIDAK sama sekali.

Aku rasa...
Bila seseorang tu dh digelar mahasisiwa, semuanya kene berdikari.means, berdiri di atas kaki sendiri, nak cakap ilmu akhirat tak belajar kat UTM, aku rasa ada peluang untuk tuntut ilmu akhirat tu dengan menghadiri ceramah dan apa jua majlis ilmu yg dianjurkan.Bukan bergantung harap kepada subjek yang ditawarkan sahaja.

Erk..bukan nk backing UTM sgt tapi itulah hakikatnya...

Minister Of Mind 5 Mac 2009 pada 6:04 PTG  

it seems that sape2x yg masuk UIA, permikiran diorang akan berubah. ke...masuk sesetengah course tue macam town planning aje yang akan mengubah pemikiran.??

Atira. 5 Mac 2009 pada 6:22 PTG  

actually aku suka urban planning
(2nd choice), tapi interest aku dalam architecture lagi tinggi.

my dad is an urban planner. dari kecik aku tengok dia buat kerja, ikut dia pergi site sume. memang aku rasa urban planning ni interesting gila.

tapi bila aku masuk uia pj, aku sebenarnya tak paham jugak kenapa dorang cakap course urp ni macam 'last resort' la. kononya macam kalau dah tak dapat course lain kena 'campak' dekat urp.

eventho aku bukan student urp, aku tetap rasa offended.

actually aku rasa ramai yang tak exposed dgn this course. they dont know whats going on or what this course is all about.

:)

LIZ 5 Mac 2009 pada 6:29 PTG  

er, memandangkan aku belum lagi bergelar undergrad, aku snyap je lahh pasal planning ni sume :)

pape pn uia besh lah :D

budak kecik 5 Mac 2009 pada 8:59 PTG  

bagi pihak nelza:

ohh..
da menjadi topik yang sangat hangat.fyi, pendapat yang ditulis oleh nelza tu bkn die na compare, die pun da ckp uia dan utm berbeza caranya. jadi isu 'compare-mengompare" ni ta patut wujud.

Ims Imahtul 5 Mac 2009 pada 9:18 PTG  

Minister of mind dan semua:

UIA dia mnjadikan subject seperti islamic worldview, islamic knowledge and civilization,and other few subjects yg berkaitan dgn agama sebagai university requirement subject sebab nak buka minda mahasiswa on how muslim architects,planners,doctors,accountants etc integrate islamic values dalam real practice.
so automatically cara berfikir akan jadi lain sbb whatever we do, kita kena fikir dari perspektif dunia masa kini dan perspektif Islam. lepas tu compare and contrast apa yg baik dan buruk, then baru buat decision. :)

tu je.

budak kecik 5 Mac 2009 pada 9:25 PTG  

Aie Bahri:

"...nak cakap ilmu akhirat tak belajar kat UTM, aku rasa ada peluang untuk tuntut ilmu akhirat tu dengan menghadiri ceramah dan apa jua majlis ilmu yg dianjurkan.Bukan bergantung harap kepada subjek yang ditawarkan sahaja. ..."

memangla kite ta bley bergantung kepada subjek islam yang ditawarkan sahaja. tapi persoalannya, kalau ade majlis agama atau ceramah sekalipun, adakah kita akan sentiasa teruja dan menganggapnye satu kemestian dan kewajipan bagi kita untuk menghadirinya? tidak semua orang akan berasa begitu, bukan?
seolah2 ilmu akhirat ini dijadikan alternatif sahaja. tiada keperluan utama, kewajipan atau kemestian untuk mendalami ilmu itu.

aku rase kn aie, that is what we called liberalism..

ni cume pendapat aku je. mungkin bagimu, aku tersalah faham ulasan kamu.

betulkan aku jika aku tidak benar.

bakrihafizhisham 5 Mac 2009 pada 11:37 PTG  

hangat bangat.
aku rasa salah title entry kot.

cuba tukar kepada islamic worldview in uia,
atau uia,
atau the sekular world from the glass of a uia grad,
atau apa apa lah.
tapi bukan town planing.
mesti tak gaduh.

hehehe.
sajeje bagi tambah komen sebenarnye.
nampak meriah je

A E D A 10 Jun 2009 pada 3:56 PG  

dekat construction site, bukan architect, engineer mahupun planner yg dikagumi, tp encik2 buruh indon & bangla. percaya atau tidak.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP