24.2.09

surat minta maaf semua

assalamualaikum,
oh mungkin ini kali pertama aku memebri salam kepada semua pembaca. sebelum ini hanya salam. bukannya sepenuh-penuhnya.

minta maaf,
kepada rakan-rakan kumpulan aku. mungkin semester ini aku tidak begitu menonjolkan prestasi aku sebagai ketua kumpulan. aku sendiri terasa perbezaannya dari bagaimana aku mengendalikan kekuningan consultant dahulu.

sebetulnya aku tak tau. Farah diyanah dah berkali-kali sound aku suruh menjadi ketua yang betul-betul sikit dan mempersoalkan apesal kesan yang aku beri tak sama macam semester lepas. maaf lah farah, aku tak tau. walaupun kau comel. tapi aku tak tau jugak.

tidaklah seteruk yang disangka, tapi aku sedikit blur-blur semester ini. aku cuma harap keputusan yang memberansangkan bila akhir semester nanti.

aku tahu sebagai pengurus projek semester ini juga aku kurang memberikan impak untuk satu studio aku. rasa berat sedikit, terutama sebelum ke Kedah tempoh hari. Sekarang, kurang sedikit.

tapi jangan risau rakan seperjuangan studio aku. Portfolio kali ini kita akan buat SERANTA. Semua orang datang, kita pangil orang sungai petani sekali datang. Pastinya lebih hebat dari Jabatan Arkitek di kuliyyah ini. Setakat "journey" yang bertulisankan budak-budak itu. apalah sangat. Dengan exhibition budak-budak archi yang setiap semester sama cara presentationnya.

setakat gantung-gantng gambar dalam perjalanan ke kafe KAED. gamabr yang hitam putih diwarnakan sedikit bahagian. kemudian muka sehabis bangga.

Muaklah. aku mahu utopia!

dengan rasminya, SERANTA kita, atau portfolio kita. temanya ialah mengutuk architecture. dan mengapa town planner lebih luas dari arkitek.

terima kasih dan minta maaf semua,

minta maaf kepada pelajar arkitek juga. saja-saja mahu motivate sahaja. bukan betul-betul kutuk pon.

12 carutan balas:

dLa 24 Februari 2009 pada 7:43 PG  

hye.
im new in blog arena.
d kurang tlg bg tnjuk ajar ye.

semut_atas_carpet 24 Februari 2009 pada 9:25 PG  

haha~kutukan yg serius tp agak berlapik di akhir cerita.haha~aku x fanatik pd architecture.tp kalu ko boley buat lg bagus dr dorg aku tabik ah..tp jgn terasa plk bile org kutuk keje korg plk..kutukan itu motivasi!haha
-seni itu subjektif-

Ims Imahtul 24 Februari 2009 pada 9:45 PG  

haha gila lah.
aku setuju weh!

random : aku dah lama en tak bagi komen kat blog kau.

bakrihafizhisham 24 Februari 2009 pada 12:35 PTG  

aku tak rasa provoked, sebab aku tahu town planner ada kerja masing masing.aku juga tahu bahawa kami sebagai archi student, bagai tidak berhak menukar atau mempelbagaikan lapisan urban di sesuatu kawasan;hanya town planner je yang menetapkan sektor2 nya.

asal semua orang buat kerja masing masing dan tidak sibuk untuk tunjuk hebat di kawasan oran lain, aku rasa boleh damai dan harmoni dunia bangunan nih.

omarkhayam 24 Februari 2009 pada 3:02 PTG  

ak tabik kat sketch diorg jer...mantap.tpi lain, biasa. marilah bersaing bersama. ~dengan aman...huu

revrie 24 Februari 2009 pada 6:30 PTG  

hidup macam roda. biasalah.

AkuKopiKauSiapa? 25 Februari 2009 pada 9:00 PG  

dla:
rupanya blog ade arena. baru tau.

fina:
ahaha. tanx.

semut:
sesungguhnya aku tau banyak lagi kawan-kawan aku yang lebih sangat idea dan pandangan tentang built environment berbanding pelajar arkitek.

imhs:
haha. terima kasih. tapi jangan setuju je. pastikan anda lebih dari pelajar arkitek.

bakri:
masalahnya bila arkitek buat keje planner jugak. engineer buat keje planner jugak. jadi lah macam sial. mungkin kalau semua orang bukan nak duit aje, dan buat untuk keharmonian masa hadapan ke arah sustainable development. baru semua orang buat keje masing2.

omarkhayam:
urm. sketch aku lagi tabik budak landscape.

apeklowek 25 Februari 2009 pada 9:48 PG  

haha..mari kawan kawan..ingat salah satu misi "integration!" ..aku harap perspektif orang pada kaed bukan sekadar kepada archi sahaja..tengoklah ia sebagai satu kuliyyah yang boleh mengamankan dunia..ilmu built environment ini penting..tapi ia juga perlu integrasi..bukan dalam kuliyyah ini sahaja malah dengan kuliyyah lain..economics, law , engineering..hmm..baru berguna diorang buat uia..kalau tak baik buat school of built environment je..hmm..anyway untuk perspektif orang berubah..kenelah department lain macam landscape , urp dan sebagainya menonjolkan diri jugak..mungkin tidak diberi peluang..mungkin sesetengah orang cakap bias..tapi tidak kisah itu semua..apa yang kau dapat dengan mengenang nasib sendiri? apa yg didapat? haaaa...motivasi dan semangat la kot..semangat seorang yang ditindas..ingin tunjuk dia boleh..itu aku rasa satu yang positif.. bersaing bukan tunjuk hebat..mungkin persaingan sihat untuk direcognised sekali bersama sama..smua penting..dan apa yang penting? kerjasama(nyanyi dalam nada wonderpets)

hmm..semoga berjaya la rakan rakan..mari kita berjuang sekali untuk kaed yang lebih memberi impak kepada dunia!

hans 26 Februari 2009 pada 1:20 PG  

moga ko berjaya lah...
sem nih masing2 malas jer...
aku pun tak tahu asal...
hahahah

bakrihafizhisham 26 Februari 2009 pada 4:06 PTG  

musyi:
dah skang ni memang macam tu lah kot.
kenapa orang nak bayar 2 orang untuk buat kerje planning ngan design building whereas orang boleh bayar seorang je dengan gaji yang sama untuk buat 2 bende?
bukan?
aku memang tak sokong lah yang macam ni, sebab aku tahu semua orang ada bidang2 yang mereka betul betul power.

owh dan pasal sketch tu, terlalu subjective, kan?
ada batch archi yang tak reti langsung sketch, dimana dala planner ada seorang je yang power gile babi sketch, and people tend to generalize.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP