11.2.09

hari ini 9 : Kebahagiaan

macam yang aku pernah cakap dalam entri hilang dan rindu. bila hilang baru rasa rindu. masa ada di depan mata tak pernah hargai. jangan tamak, jangan bongkak, jangan ego kononnya tiada perasaan.

bahagia ni tak boleh dibahagi-bahagikan. dia bukan macam kek coklat atau cupcakes yang sudah kurang menjadi trend sekarang. kalau boleh dibahagikan kebahagiaan tu, pasti ada satu orang yang dapat lebih. Kebahagian ni susah nak dibahagi. sbb die perasaan. perasaan pelik yang semua orang nak.

aku rindu perasaan keterujaan bila dapat call, perasaan teruja nak dating, siap shave misai, cuci rambut. kalau yang perempuan pastinya malam itu dah fikir esok nak pakai baju apa. dengar lagu pon sudah yang sedikit sentimental, tengok cerita pastinya membayangkan watak utama itu anda, masa menjadi perlahan bila bahagia. Macam jiwang kan? jangan nak tipulah korang tak pernah rasa macam gitu. ahaha

bila serabut semua jadi laju, masa seperti suntuk dan tidak cukup, semua tidak kena, takde yang betul. bahagia menenangkan.

Aku cuma rindu mak aku. aku harap dia ada supaya aku dapat cerita semua dan menyatakan segala permasalahan. Apa yang pusing dalam kepala aku, pasti dia akan memberi nasihat paling berguna yang tiada buku atau cikgu boleh tanding. aku rindu masa kecik dulu, semua bahagia dan dan sukahati aku nak buat apa. masa kecik masa bahagia. tiada masalah. hargai sahaja masa yang lepas.

jika kau rasa bahagia sekarang. hargai benar-benar. dia tak selalu datang.

Biar aku ulang lagi, jangan tamak, jangan ego konon tiada perasaan. Sebab bila keluar atau orang kelantan cakap tubik perasaan tu nanti, baru kau tau apa rasanya.

Secara terus terangnya, aku tidak kisah siapa baca, aku cuma rindu Nawwar, sila beri aku masa. tapi tolong tunggu, jangan lari.

sudah,

P/s: bawah kaed nie ada exhibition budak archi bertajuk journey. aku tak faham apesal diorang suka edit gambar yang black n white then macam ada sikit bahagian yang berwarna. cantik ke? mungkin perlu dibiarkan gambar tu berwarna sepenuhnya. lagi cantik agaknya. sukahati lah.

22 carutan balas:

farra 11 Februari 2009 pada 8:00 PG  

entry best. part, "tunggu aku, jgn lari"

thE^DuCheSs 11 Februari 2009 pada 8:05 PG  

yang selama ni jadik silent reader...tetiba aku rase nak nyibuk kat entri ko shi...

ok..pendapat aku, mungkin ko salah menggunakan 'words' bilamana ko mahu detik sendirian itu ...atau mungkin jugak ko memang bermaksud...kadang2 kite tak sedar hati kita berkata benar jika tak diselami...

so, i hope: u 'll be patient....kadang2 sabar memang sangat berguna dalam situasi begini...

chaiyo2!!

bakrihafizhisham 11 Februari 2009 pada 8:29 PG  

:)
owh dan pasal budak archi tuh,
itu trick lama yang orang melayu kita baru nak sesuaikan diri.
tahap yang lebih tinggi sket,
kena pandai bagi subject stand out,
tapi tak adalah obvious sangat sampai nampak terhegeh2.
tapi itu semua personal preferences,
sama seperti ada orang suka pakai boxer, ada pakai spender atau tights,
dan yang selebihnya,
koboi.

[ske] [tdo] [siang] 11 Februari 2009 pada 10:01 PG  

bahagikan kebahagiaan bersama² ibu bapa dengan bahagian yang melebih dari insan laen

insya allah bahagia teramat

thE^DuCheSs 11 Februari 2009 pada 12:03 PTG  

shi..sebab ko beria suh aku baca entri kali ni...aku nak nyibuk lagi skali eyh..tetiba aku rase nak cakap..

CUBA KO CAKAP FACE TO FACE...ko kan memang terkenal kat studio cakap straight to the point....

aku tetap+memang&sangat rase perisiwa itu adalah tersalah 'words'...compom!!kan2?

AkuKopiKauSiapa? 11 Februari 2009 pada 12:08 PTG  

kak noni :
taklah.. memang itu yg aku nak.

k|ree 11 Februari 2009 pada 7:34 PTG  

bila rindu...kena ckp...bukan diam...
bila sakit..pun kena ckp...spya akak2 boleh kongsi sakit tue...
bila suh tgu...kena cpt...jgn terhegeh2...
bila syg...kena sorg...jgn lebih2...
baru rasa bahagia....

arfahadnan 11 Februari 2009 pada 10:05 PTG  

ermmmmmmmmmm...




aku suka ler entry ni..






salam...

Shemmi 11 Februari 2009 pada 10:19 PTG  

ermm....

aku pun suka.

sunyi tapi bahagia..

tetiba suasana sekitar aku jadi sunyi...*emmm...

Atira. 11 Februari 2009 pada 10:33 PTG  

exhibition budak2 section aku.

meo188 11 Februari 2009 pada 11:28 PTG  

Taman Rashidah Utama

Pertama kali kau ku cinta
Pertama kali ku di luka
Kini aku menjadi tanda
Sebuah kubur cinta

Ku berjalan di dalam hujan
Mencari api yang terpadam
Namun sudah sekian lama
Hanyalah gelap gelita

Sebagai satu kenangan
Ku ciptakan satu taman
Rashidah Utama
Sebuah kubur cinta

Ku berpijak nyata di sini
Tak tercapai bintang di langit
Ku siramkan airmata
Pada darah cinta
Sebagai hiasan taman ini

Rashidah Utama
Sebuah kubur cinta
Rashidah Utama
Sebuah kubur cinta

Biarkanlah aku di sini
Menjadi nisan cinta ini
Izikanlah aku mengenang
Dirimu oh! Sayang

revrie 11 Februari 2009 pada 11:41 PTG  

kao memang jiwang. berkarat2 pula itu. =)

AkuKopiKauSiapa? 11 Februari 2009 pada 11:58 PTG  

menulis:
terima kasih

bakri hafiz:
aku tak kesahlah tu trick lama ke baru ke.
bila cara aplikasi tu betul mungkin lebih cantik..

bila aku tengok dekat2 gmbr yg kat exhibition bwh tu aku rasa.
silapnya dia buat gambar macam tu bila nampak terlampau contra.

contoh warna kulit muka orang terus jadi macam kene penyakit kuning.
mungkin die patut tak nampak terlampau contra.

mungkin die patut set kan opacity lebih rendah masa die padam time nak edit tuh. tak nampak contra sangat.

tapi macam kau cakap. taste org lain2. sukahati diorang lah.

nadzighah:
terima kasih sebab?

farhanalicious:
betul lain orag lain taste. setuju. aku cakap aje. huhu

sketidosiang:
setuju.sangat setuju

kiree:
memule sekali baca apis tak faham sangat. dah 3 kali baca baru faham makna tersirat tu. sangat bernas!! terima kasih..

arfahadnan:
jika kau tau cerita mungkin lebih best. tapi aku tak mau cerita.

shemmi:
bunyi sunyi memang seronok. rasa sunyi tak bahagia.

atira:
ouh. maaf jika kau buat gamabr macam yg aku cakap tu. huhu

meo:
aaa...siap paste lirik lagi. ahaha. aku pon suke lagu tu. lagu wajib karaoke. haha

revrie:
aku berperasaan je.

Shahriza 12 Februari 2009 pada 1:41 PG  

gwa mmg suker feeling2 nih jiwang nih hahahahahaha.igt aku lagik? -mok-

~zazza~ 12 Februari 2009 pada 1:51 PG  

so sweet hehhe..yeah kasih ibu tiada batasnye..right?
sayangilahnya seperti die mengasihi dan menyayangi kite..
sure..kite akan kecapi kebahgiaan..huhuhu.
terharu ah bro..

hmm...sesungguhnye kasih sayang seorang bernama ibu..di bawa ke hujung nyawanya?x percaya?hmpir semua ibu2 di dunia nie..inginkan melihat sinar kebahgiaan yg yerpancar dr raut wajah anaknye...trust me..i'm not say all..but more of them will..

(-_-)

wah..jiwang plak.....hahah..

:p

.:SeSwEeT LaVeNdEr :. 12 Februari 2009 pada 4:32 PG  

salam...1st time msk ur blog...then trus bc entry ni..ade kebenaran disitu...ramai org ske menyembunyikan prasaan n berbohong pada diri sdiri...include me..wink..wink ;p

Nadjighah 12 Februari 2009 pada 7:27 PG  

Terima kasih sebab..

"Jika kau rasa bahagia sekarang. hargai benar-benar. dia tak selalu datang.

Biar aku ulang lagi, jangan tamak, jangan ego konon tiada perasaan. Sebab bila keluar atau orang kelantan cakap tubik perasaan tu nanti, baru kau tau apa rasanya."

sebab ingatkan saya ini. :]

Diloz 12 Februari 2009 pada 8:05 PG  

ayat initial-D,
"bila kita laju,semua benda jadi perlahan".

masing-masing punya point untuk rasa bahagia.dan punca kepada kebahagiaan juga masih samar-samar untuk sesetengah orang.cuma,aku

kurang faham sebenarnya maksud tersirat entry ini.sebenarnya,bahagia ni tak boleh dibahagi-bahagikan atau 'susah' dibahagikan?.cuba fikir semula ayat kau tu.

AkuKopiKauSiapa? 12 Februari 2009 pada 9:26 PG  

nadzighah:
ouh..sama sama.

diloz:
maybe aku tersilap tulis kot.
sepatutnya ialah tidak boleh dibahagikan sama rata.

LIZ 12 Februari 2009 pada 6:39 PTG  

haha tabley bla bila kau ckp tubik :DD

pape pon aku stuju dgn entri ini :)

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP