14.1.10

perkara paling penting dalam bandar

Hi, aku baru balik dari pangkor untuk kajian lapangan. Boleh kata seronok juga. tapi aku dengar ramai orang cakap pangkor tak best sebab takde apa-apa kat sana, bagi aku yang menentukan best atau tidak ialah menurut kepada apa yang kamu carik.

Macam aku , aku carik culture bila pergi ke suatu tempat, aku memang suka tengok culture orang lain. Culture bukan maksud pakai baju melayu dan nyanyi lagu dondang sayang. Tapi budaya orang lain contohnya perkara yang dibuat selalu dan cara orang lain fikir dan rasa.

Jadi menurut pemerhatian aku, Pangkor ini sudah ada identity yang sepatutnya tapi dirosakkan oleh pembangunan tepi pantai yang ala kadar oleh kerajaan.

Pembangunan kedai-kedai tepian berkonsep batu dan simen sangat merosakkan pandangan.

Ia sepatutnya kayu supaya lebih feel pantai. Sepatutnya lebih biar buruk, biar penduduk tempatan yang membina sendiri kedai mereka tapi dibekalkan bahan dan peruntukan supaya binaan tepian pantainya akan 'reflect' penduduk setempat.

3 perkara paling utama dalam pembangunan bandar ialah sustainability, mobility, dan identity. Benda ni mungkin aku akan terangkan di entri yang lain(kalau rajin).

Pangkor mungkin dilihat sebagai tak seronok kerana banyak pelancong mahu rekreasi atau jenis "mass tourism", tapi untuk aku yang enjoy culture, aku rasa pangkor boleh tahan best juga.

p/s : maaf, agak sibuk sekarag, jarang sikit update.

4 carutan balas:

[z@ck] 15 Januari 2010 pada 2:26 PG  

pekena seafood kt pangkor..
terbaiklah.

kizzy t.fauzi 15 Januari 2010 pada 8:52 PG  

kursus kat pangkor 2 tahun lepas.pusing pulau sekejap je. naik feri yg teruja =p

encikzamru 15 Januari 2010 pada 1:17 PTG  

bila nk guna kayu as raw material..kos mahal dan kayu bila terkena air laut..senang hancur dek kerna ejen2 penghakis yang ada dalam laut mcm marine borer..kayu yg keras sangat mahal dan kalo ade lah lagi banglo dibina dengan kayu..memang aku respek ah..memang pemilik bamglo tu sangat kaya..tapi mesti cantik pangkor tu kalo semuanya berasaskan kayu..

betol kata ko..kerajaan bina pangkor dengan ala kadar..demi perlancongan sampai org2 kampung main ikut je..sedih2..tak natural.

'Cikgu Padi' 15 Januari 2010 pada 4:15 PTG  

pangkor tebaik ma...hehehe...lepak je, tak la ramai mat salleh..tapi mungkin laut die tak cun sgt...huhu

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP