pasal facebook dan yang berkaitan
1. Hari tu aku memandu, ingin bawa nabila farhana keluar makan yang sudah terlampau lapar. Jalan sesak nak mampos macam sial. Sepatutnya dari UIA ke ampang dalam 20 minit jadi 1 jam setengah. Nabila farhana sudah tak keruan kerana lapar, macam baby. haha.
2. Aku dengar ramai orang cerita, kawan-kawan, boyfriend girlfriend, laki bini, jiran sebelah rumah, rakan sekelas, rakan se ofis bergaduh sebab facebook, twitter atau blog.
Jadi, apakah kuasa yang ada pada laman sosial maya ini?
Facebook ini semua bagi aku cuma membuka keaiban. Terutamanya pada bahagian status. Lihat soalan facebook di bahagian status. "What's on your mind?"
Jadi dengan menjawab soalan tersebut akan membuka keaiban lah. Itu yang jadi semua orang bergaduh. Biar aku kasi contoh. Dalam kepala aku sekarang aku bengang dengan jiran aku, dan aku tulis di facebook, "celaka orang sebelah ni memekak", tanpa kau tahu jiran kau berkawan dengan kawan kau yang lain, yang mana kawan kau yang lain itu terbaca status kau dan akhirnya dia beritahu jiran kau, akhirnya disebabkan jiran kau jenis ego, jiran kau akan lebih memekak dan menyampah kat kau. Terus jadi gaduh dan mungkin akan berlarutan.
Dulu aku pernah tulis pasal konsep terdengar dalam semua cerita drama bersiri untuk mewujudkan konflik. Sama lah dengan konsep facebook ini.
Di facebook itu kita tulis apa kita rasa, kalau kau bengan dengan laki kau atau bini kau atau kawan kau atau girlfriend, kau nak tulis kat facebook atau mana-mana laman web sosial. Konon untuk dapat simpati dan mahu orang dengar. Tapi kau sedar tak yang kau sedang membuka aib keluarga kau atau kawan kau atau awek kau sendiri?
Orang tahu cerita pasal kau, orang tahu cerita pasal keluarga kau dan kawan-kawan kau. Lebih teruk cerita-cerita itu semua agak-agak je dari clue yang diberi dengan sedikit yang sumbernya ialah status bodoh kau sendiri.
Sebab itu dalam islam cakap, jangan buka aib orang.
Sebab itu semua kasi gaduh antara kita.
Kalau nak tulis, tulis lah benda yang baik2. Tulis lah benda yang tiada kena mengena dengan peribadi. Masalahnya banyak aku baca yang tulis perkara peribadi.
Jadi aku selalu tolak apa yang aku tulis disini dari berunsur peribadi. Kadang-kadang aku tulis, tapi aku rasa kamu semua susah ingin faham sebab aku akan tulis sehingga ianya jadi berunsur nasihat atau aku ingin cakap benda merapu sahaja.
3. Dalam menyelesaikan masalah selalunya ada dua cara iaitu jujur dan tidak secara tidak jujur atau menipu sahaja. Tapi selalunya yang tak jujur tu akan kantoi tapi masalahnya yang jujur tu selalunya perit.
Jadi paling mudah ialah jangan buat masalah yang akhirnya kau perlu pilih untuk jujur atau tidak jujur.
9 carutan balas:
lama xkomen blog ko.
jauh benar kau pikir.tapi aku setuju.dan salute!hee
twitter jugak buat aku tekejut mcm nk mati bila dgr Jonny Depp dh mati..tp lastlt tu juz rumors..demn!f
fb ni mampu buat org bercerai berai..xbf xmasal gaduh dgn current gf dia sbb gf terjumpak page xgf bf dia lalu skodeng bg tambah lg sakit hati..hahaha tak paham tak paham
macam `tut` sume itu..
FB menguji tahap kesetiaan dan kejujuran seseorang kot. ;)
yeah.well said.hakikatnya semua orang nak kan perhatian (ok,bukan semua)
emm...betol la tu...kekadang kita tidak sedar dan perasaan perlakuan kita yang mengaibkan dan membuka pekung sendiri mahupon org lain....terima kasih atas peringatan...isu blog plak, kekadang kite menggunakan laman ini sebagai satu terapi hati dan jiwa, iaitu terapi tulisan...penulisan boleh meluahkan pe yang terbuku di jiwa...tapi biase la semua ini de pro dan kontranya...tq..
kerana status..badan binasa
fesbuk memang cilaka(tapi aku main gak)
setuju ngan diloz.
Catat Ulasan