Hari ini 37 : Maaf short term memory
Entri ini ditujukan khas kepada kumpulan muzik short term memory kerana saya tidak dapat turut serta bermain kerana saya kena pergi kuching, sarawak atas tujuan akademik.
Janganlah kamu semua memarahi saya atau membenci saya kerana apa yang terjadi bukan kesalahan saya. Saya tidak dapat melakukan apa-apa. Ini keputusan last minute oleh pensyarah saya.
Saya pasti kamu semua akan berasa seronok pada malam itu dengan kehadiran ramai orang dan tepukan gemuruh.
Saya berharap lain kali kalau kita main di mana-mana lagi saya akan dapat turut serta dan berasa seronok bersama seperti biasa.
Untuk itu, saya ingin mengajak semua pembaca blog saya untuk melihat kumpulan my short term memory bermain secara akustik di LEPAQ Cafe@kelana mall@kelana jaya@belakang Giant Kelana Jaya pada 29/01/10 pada pukul 9.30 malam.
Malangnya saya tiada, jadi kepada pembaca blog ini yang ingin berjumpa saya, saya tiada di situ. Tapi Nabila Farhana akan ada, jadi silalah tegur dengan dia jika kamu datang ke persembahan ini.
Untuk menambah kehangatan semasa memandu pulang selepas menonton persembahan My short term Memory, belilah CD yang turut akan dilancarkan pada hari itu.
Search My short term memory di Facebook untuk dengar lagu.
Sekian,
maaf dan terima kasih.
4 carutan balas:
ni band anda ke? br tahu....all the best...tak bersama fizikal tapi hati masih ada....
band kawan-kawan..
terangkan sket..apasal nama short term memory?..hehe..
unik!
kerana dibarisi orang-orang lemah ingatan. huhu
Catat Ulasan