misi hampir mustahil hafizudin
Ada dua misi hampir mustahil encik Hafizudin yang perlu dilaksanakan oleh tidak lain dari dirinya sendiri. Misi yang pertama adalah untuk menaikkan berat badan sebanyak 8kg dalam tempoh satu semester. Telah disenaraikan penterjemahan dalam bentuk perbuatan supaya matlamat dan visi encik Hafizudin akan tercapai.
Perlaksanaan yang perlu dilakukan dalam mencapai misinya ialah tidak merokok setengah jam selepas makan. Tanpa sebab yang munasabah. Encik Hafizudin merasakan mungkin ada sedikit faktor badan akan sedikit gemuk jika lambat sikit merokok selepas makan. Ini menggunakan konsep yang sama dengan makan ubat lepas makan. Mungkin. Encik Hafizudin pon tidak tahu.
Perlaksanaan kedua ialah minum susu tiap-tiap malam. Atas pengaruh Zul, Encik Hafizudin minum susu tiap-tiap malam sebelum tidur. Zul cakap boleh badan berisi. Encik Hafizudin pon percaya sahaja. Jadi dia buat.
Ketiga ialah melakukan senaman ringan tiap-tiap petang seperti tekan tubi, dan sedikit regangan badan dengan tujuan membentuk badan. Tidak perlu dijelaskan kesan melakukan senaman ringan kerana ia pastinya menyihatkan tubuh badan.
Keempat ialah makan dengan banyak dan tidak menentu. Walaupun begitu, Encik hafizudin cuba mengelakkan makan tengah malam walaupun dia tahu itu akan menggemukkan, kerana makan tengah malam membuncitkan, bukan beri isi. Buncit buruk sial.
Misi hampir mustahil kedua ialah belajar bersungguh-sungguh dan menggunakan blog sebagai salah satu medium pembelajaran. Maaf jika kamu akan kadang-kadang terbaca entri tentang apa yang aku belajar. Pasti sangat membosankan kamu. Entri tentang isu lelaki dan perempuan lambat sedikit mungkin sebab aku sedang bahagia sekarang. Tidak perlu cerita masalah.
P/s : tidka kira kamu muda, tua nak mampos, kaya gila babi atau miskin telanjang, hormat sikitlah.
4 carutan balas:
lama tak update?
haih..tak perlu ada masalah pun untuk tulis isu lelaki dan perempuan.cakap tentang pemerhatian n pngalaman masa lalu je.
selamat berjaya dengan misi mustahil!
percaya la mulai malam nie..
dia akan selalu update kerana benda idaman sudah mau smpai...hehehe.. :)
pesan akak : jaga barang tue elok2..seperti menjaga "barang" anda...bawa kemana sahaja..sama seperti di atas..okie..hheehhe.. :)
makan nugget spoloh ketul setiap hari n minum milo satu jug.. i guarantee u~!!
did that~!! ahahah~!!
aku bagi ko la lemak aku
weh mushi pumping seratus
Catat Ulasan