Pasal Kampung dan Perancangannya
Perancangan bandar ialah tentang susun atur ruang. Ruang-ruang yang disusun mengikut saiz dan tempat yang betul supaya tidka menerima padah masa akan datang. Ruang mempengaruhi sifat manusia kerana ruang yang sempit akan mengakibatkan tekanan dan tidak menyenangkan. Jadi ruang mempengaruhi bagaimana manusia bergerak sekaligus mempengaruhi perangai, sifat dan perangai manusia. Definisi mudah.
Jadi, perancangan yang bagus ialah bilamana ia menepati ciri 'sustainable development' iaitu pembangunan yang bagus dari ekonominya, sosialnya dan dari segi alam sekitarnya. Aku pernah cakap pasal ni sebelum ni. Cuba lihat-lihat balik entri sebelum ni.
Bandar ialah tempat dimana semuanya dirancangan atau lebih tepat lagi tempat yang sepatutnya dirancang. namun, kalau dilihat, paling jelas di kota kuala lumpur, perancangan dari segi alam sekitarnya perlu aku cakap menyakitkan. Bandar yang baru seperti Putrajaya juga dirancang dengan tidka memntingkan aspek alam sekitar. Bak kata Bro. Ali, Putrajaya itu dicedok bulat-bulat sikit-sikit elemen dari negara lain. Jadi kita dapat lihat banyak lantai keras yang digunakan berbanding rumput hijau. Jujurnya kalau lantai keras,atau bahasa inggerisnya 'pavement' akan kelihatan cantik dalam 'master plan'. Tapi kalau betul-betul tak cantik lansung pon. Ini Malaysialah, iklim sini panas, orang gila je nak jalan tengahari buta panas gila babi tanpa sebab. Bawah pokok lebih syiok.
Interaksi sosial di bandar juga tidka begitu bagus. Hal ini seperti aku cakap sebelum ni. Ruang mempengaruhi sifat manusia, ruang yang sempit akan akibatkan tekanan. Bandar ialah tempat yang sempit, dimana ruang sangat terhad. Jadi hubungan antara masyarakat juga semakin teruk. Jadi dari segi sosial, bandar tidaklah bagus sangat.
Kalau kita pergi ke kawasan kampung, lebih seronok. hijau dan semua orang macam kenal-kenal. Kurang tekanan kerana banyak ruang. Kesimpulannya, perancangan di kampung yang tidak begitu dirancang lebih bagus dari bandar yang dirancang untuk 10 tahun kononnya. Siapa cakap orang kampung bangang?
Pemikiran tidak cukup intelektual dan belum habis belajar aku terfikir sikit, Malaysia ni besar kan? Apesal semua pembangunan nak bertumpu satu tempat, asal tak sebar atau 'spread' kan sahaja, banyak sikit ruang.
14 carutan balas:
1st time dropped cmnt here..
btol... penah pk sal bnde yg sme jugak.
prancangan yg sbnrnya mcm tak terancang.
kusut.
Mana boleh tumpukan satu tempat. Itu pemikiran yang amat optimistik. Tapi orang perlukan kawasan tumpuan. Maka, ramai orang bertumpu ke bandar2. Contoh KL. Pusat segala2. Kerana disini juga bisnes lebih maju, peluang kerja lebih banyak. Maka orang datang sini.
Tak mungkin wujud negara yang semua bertumpu ke semua tempat. Tak mungkin. Dari segi ekonomi, sosial mahupun pembangunan. Semua perkiraan membuatkan idea itu jadi sesuatu yang amat optimistik namun tak logik.
Wuju bandar2 satelit keliling Key Ell. Maknanya makin spread. Namun sikit2lah spread.
rasa nak bsetuju dgn reverie.
agaknya baru dikatakan seronok balik kampong jika ade kelainan antara bandar dgn kampong.kan?
kalau kmpong pon da mcm bandar.panas,sesak,bising..urghh..tekanan..10 tahun skali kot org blk raya.kalau balikkk.....
g pon,klu namanya perancangan bandar.msti nak nampak gah dan menarik..ye tak?..
leg note:ko je la harapan untuk aku lihat "sustainable development"..baru indah malaysia ini..yeehaaaaaaaa
gua mmg setuju.kampung lebih bagus.sekian.
xper jap ag..
aku suh kerajaan wat bandar urban kt tnjg karang..
aku rasa benda ni jadi sebab "makanan" xckup utk dimakan dan tiada "seluar" utk dipakai.
hmm.. ini pendapat aku
sebenanye perancangan malaysia ini ada strateginye dan terspread juga sbenanye.. cume mungkin LEMBAB dan tak terlalu obvious..
perancangan tertumpu di satu tempat atau kaw urban.. cth pling snang ialah Kuala Lumpur.. sbb itu adalah pusat ekonomi malaysia..dan itu juga sumber connectivity malaysia dgn negara lain.. sbb byk org tatau malaysia tp mereka tahu KUALA LUMPUR.. jadi malaysia mggunakan kl..bukan aje utk memntapkan ekonomi tp jugak berusaha utk menjadikan kl sbg 'world class city' (tgk dasar kl yg baru ye).. sng cite kl jadi aset sbenanye
kaw kmpung pulak.. sbenanye skang sdg dibangunkn.. cume..mereka control.sbb ta mahu identiti kampung hilang.. justeru malaysia guna pendekatan utk create aktiviti ekonomi yg boleh beri peluang tp dlm masa yg sama tak menjejaskan alam sekitar atau identiti kg melayu.. contoh plg senang ialah HOMESTAY.. dan sekarang dorng galakkan Agriculture..sbb tuh dh byk org buat ternak lintah, cacing dan tanaman organik.. in fact, ini salah satu sumber utama malaysia sekarang..sbb malaysia antara pengeluar bhn mentah yg penting..
so..sbenanye perancangan tuh dah spread.. cume mngkin ada kelemahan sini sana dan perlu ditekankan lagi
tp skarang keadaan ekonomi tgh teruk..sume tgh pening nmpaknye
apa yg malaysia kurang ialah : IDEA BARU yg tak perlu ciplak dr negara lain..
wahaha kali ni aku dpt tajuk sosio lagi.. nnti kalau ada info yg gila bes.. aku mesti akan bgtau kau!
akupontaktau:
sebab susah, banyak campur tangan politik dan sebab tidak jujur.
reverie:
spread, perlu dengan perancangan, kalau tidak,jadi urban sprawl pon tidak bagus jugak.
aku tak cakap perlu bertumpu semua tempat, cuma supaya lebih banyak ruang, jadi lebih senang, kerana terlampau sempit.
karatz:
tapi kalau lebih banyak ruang, bandar pon macam kampung, sekurang-kurangnya berjiwa kampung, lagi seronok.
tanpa nama:
sama-sama
faiq:
aa...tak paham
bekam:
tak faham jugak.
zarain:
aku faham ape kau cakap, tapi ape yg aku nak cakap ialah, spread supaya lebih banyak ruang.
tapi mungkin akan membazir sumber yang sangat terhad. TANAH.
baguslah kau buat socio, ada info menarik kasi tau. aku buat traffic dan transport. Banyak polisi mustahil aku terfikir. pasti tak diterima.
ahaha.bagus juga.tapi aku tetap sukakan kampong yang sememangnya kampong.biarlah asli atau jakun tanpa pembangunan.sekurang2nya apa yang aku kecapi dulu,anak cucu juga dpt menikmati..tapi mana boleh gitu kan..haha
kdg2,bandar yang sesak padat..aku suka juga.kdg2 menyampah dan benci bagai pon terasa juga.mana2 bentuk pembangunan pon,ada juga yg tidak kena pd org lain.rasanya..
takpa,yg penting perancangan yg dibuat ambil kira smua faktor.lebih2 lagi alam sekitar..
setiap pembangunan yg dirancang,terutama oleh pihak swasta, adalah untuk wang.
pembangunan dikawasan bandar jelas boleh memberi pulangan yg tinggi dan cepat,berbeza dgn kaw. luar bandar.
untuk itu,mereka akan lakukan apa sahaja untuk memastikan perancangan pembangunan mereka mendapat kelulusan majlis dan sebagainya.
apabila wang menjadi keutamaan cerita, perancangan jatuh no. 2.
aku pun heran,seremban yg jauhnya cuma setengah jam dari KL mempunyai nilai kejatuhan yg sangat tinggi dari segi gaji,jadi camno tak semua orang nak keje kat KL?
entry ini adalah satu challenge yg hebat utk seseorang yg study urban planning macam aku.terima kasih.
mungkin satu masa nanti kita boleh collabo utk jadi sustainable developers sama2.
kan?
hidup ni perlukan makanan...
urban planner:
sustainable developer??
bekam:
tak habis habis kau hidup ni perlukan makanan. huhu
hmm..aku terfikir..
ekonomi penting..penting ntok develop..
jadi kne ada income..tp x pnah lak cukup?
o sbnarnya xde plan pon brp byk ekonomi yg cukup/o duit yg diperlukan ntok buat ngara yg sustainable..
so bila nak stop growth? mmg xleh stop..tp buat growth jd smart growth? aku nak pikir jap..nntla if da terfikir aku tulis kat ruangan ulasan ini lg....hmm..kompleks kan..mencabar..sbab tu aku suka planning..ehehe..
*aku tgh hairan..baru perasan..kat ruang pengesahan perkataan tu, "taipkan aksara yang anda lihat dalam gambar DIBAWAH" tp aku rasa gambar tu kat atas..hehe
Catat Ulasan