11.7.09

Saya Jiwa Shuffler



Semalam aku berada di Melaka, saja jalan-jalan lagi, mula-mula ingat nak pergi cherating tapi bangun tidur rasa malas dan pergi Melaka cukuplah. Jalan-jalan nampak ada orang ni pakai baju tulis belakang "saya jiwa shuffler". Aku terkesima kejap. Sebagai orang melaka yang lahir di melaka dan berjiwa melaka. Aku terasa amat sedih dengan baju beliau. Bapak arr...............

Kejap lagi mahu bertolak ke UIA. Macam biasa seperti pelajar universiti lain, memang rasa malas. Tapi mahu ada azam barulah untuk semester baru mahu datang ni, sama macam orang lain jugak.

1. Mahu jalan kaki. Tidak mahu bawak kereta ke kelas.

2. Mahu breakfast tiap-tiap pagi.

3. Mahu membaiki sem lepas yang macam puki.

4. mahu jadi dikagumi semua orang.

5. Kurang bergaul dengan gadis

6. Berfikir terlampau di luar kotak

7. Menonton filem-filem unggul.

8. Kuatkan ingatan terhadap benda remeh.

Selamat pulang ke UIA kepada pensyarah, rakan-rakan seperjuangan, budak-budak sem baru masuk. Moga anda semua selamat.

Lepas ini jarang sikit update blog ya. Doakan macbook aku cepat dapat. Boleh online di studio. huhu.

bye.

10 carutan balas:

reverie 12 Julai 2009 2:13 PG  

Hahahaha! Baju macam itu sudah banyak la weh kat sini. Mula2 pun aku tak faham. Tapi lama2 baru aku faham, tak perlu nak faham benda macam ni. Diaorang mencari identiti tu.

[z@ck] 12 Julai 2009 6:10 PG  

bdak shuffle kt SP berlambak..
da macam pe lg CS..huh..

Shemmi 12 Julai 2009 6:01 PTG  

bukan tulis mcm tu aje..

pattern skg kot bersepah tee yg tulis sepoyo semacam..cthnya "saya sayang awek saya".. yark!...

ada ke org nk pakai tee camtu?


*tgk gmbr..mata fokus kt kaki yg ada tampal handyplast aje..haha..

♥«m!stAkêñ^!dêÑt!tÿ»♥ 13 Julai 2009 1:50 PG  

hohooo...cantek itu dua2 kaki...;|

selamat masok sem baru tuk anda~!!...ngeheh ...;p

fawzi saat 13 Julai 2009 6:21 PG  

kenapa cam puki? x best ke? huhu

.nabilah.owns.me. 13 Julai 2009 2:10 PTG  

HAHA .
bosan kot tgk baju tuh .
dah bnyk sgt .
AHHAHA .
eh ,
kau pon orang melake ke bro ?
aku study kat uitm alor gajah .
:)

asks 15 Julai 2009 3:19 PG  

smoga dpt macbook cpt.. kalo dh ada nti jga elok2.. aku baru pkai 3bln dh kna kebas..

pacik raman,  15 Julai 2009 12:27 PTG  

-aku harap azam no 5 tu tercapai, walaupun aku krg yakin...haha

-aku pelik ngan shuffler ni, aku tgk diorg ni mcm mamat thaipusam pijak bara api versi yg x jd punye..

balqissy 17 Julai 2009 12:42 PG  

bosan da ngan shuffle. budak2 betol. hahah

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP