30.1.09

idea untuk ubah dunia

Seperti biasa, topik yang aku gunakan untuk menarik minat kamu sahaja. tiada apa pon idea yang besar untuk mengubah dunia ini. sila jangan marah jika kamu mengharapkan idea untuk mengubah dunia. ini semua main fikir-fikir sahaja sambil memandu kereta haiwan ku.

1. membuat perkhidmatan bilik tidur. Bilik tidur ini saiznya dalam 3M x 7M sahaja. Perkhidmatan bilik tidur ini seperti hotel. tapi bilik tidur sahaja. Bayaran akan dikenakan 3jam, RM20. Bilik tidur ini seperti tandas la senang cakap. Lokasi Bilik tidur ini seperti di RnR, di Petronas melawati. Di tempat-tempat dimana budak-budak suka overnite.

rupa bilik tidur ini sperti tandas. satu bilik kosong, ada tilam dan bantal sahaja. tidak ada tv atau radio atau apa. dan air cond la. Khas untuk orang mahu tidur sahaja.

Pastinya anda semua ada pengalaman tidur dalam kereta kerana penat memandu. Bayangkan ada perkhidmatan bilik tidur ini. pasti seronok bukan?



2. Pelajar sekolah rendah tidak diajar untuk membaca al-quran, hafal doa ataupun cara sembahyang di sekolah. Benda-benda sebegitu diajar di sekolah agama sewaktu petang shaja.

Pendidikan Islam di sekolah sepatutnya mengajar pandangan islam tentang agama lain. ataupun pandangan islam tentang dunia. Ajar tentang mengapa islam ini agama yang paling sempurna. Ajar tentang agama islam itu sendiri. bukan ajar baca doa, baca quran atau cara sembahyang. Islam bukan mengenai itu sahaja bagi aku. Benda macam itu, belajar di sekolah agama petanglah.

Pengajaran pendidikan Islam ini sepatutnya lebih terbuka, baru budak-budak faham dan senang terima, dan tidak bosan.

Dengan keadaan dunia yang penuh pengaruh yahudi ini, sepatutnya budak-budak sudah diajar bukan cara benci yahudi. tapi cara lawan yahudi. ajar budak-budak cara berfikir.

jika kamu budak UIA, kamu akan belajar satu subjek tajuk Islamic Worldview. Subjek ini patut diajar dari sekolah lagi. Betul-betul mengubah pandangan.

cakap senangla, bukan?

jika kamu ada idea mengubah dunia. sila berikan pendapat. aku suka mahu dengar.

27 carutan balas:

Helmi Razali 30 Januari 2009 pada 4:17 PTG  

aku nak ubah dunia dengan kopi. jadi penjual kopi yang berjaya, supaya boleh jadi kaya. Dan zaman sekarang, orang selau tafsir kekayaan sebagai kuasa. dan kalau ada kuasa, baru boleh ubah dunia.

tapi betul cakap kau, kadang-kadang kalau nak buat sesuatu. kita kena mula dengan asas.

Shemmi 30 Januari 2009 pada 4:55 PTG  

aku nak dunia ni berubah dengan..

tiap2 negara (specially malaysia) menubuhkan sekolah khas bg setiap jurusan pekerjaan.
contohnya..bagi yg nak jadi cikgu, dari kecik2 lagi dah masuk sekolah cikgu2..
bg nk jadi ahli politik, kecik2 lg dh masuk sekolah aliran politik...

memetik kata2 Kopi jugaklah..nk buat sst kena mula dr asas..
dan asas sekolah2 'khas' aku ni mestilah berlandaskan asas yg betul & benar.


*maaflah, carutan nk mengubah dunia aku ni tak begitu handal..huhu..

AkuKopiKauSiapa? 30 Januari 2009 pada 6:31 PTG  

shemmi :
betul aku setuju dengan kau.

memetik kata Ibnu Sina, bila satu budak sudah berumur 14 tahun, bawalah die belajar jurusan yang die betul minat, tidak kira lah membaca ke, menulis, sains ke matematik ke. sbb pada umur macam tu minatnya adalah sangat passionate dan otak sangat kreatif.

aku nak tulis pasal benda nie la nanti.

mugiwara 30 Januari 2009 pada 9:19 PTG  

tadika = aku nk jd cikgu.
srk = aku nk jd doktor
smk = aku nk jd usahawan
sekarg = aku xjd satu pn di atas....

dunia aku berubah2. mungkin sbb ikut dunia yg dh berubah.

mungkin. kau lebih tahu daripada aku~

Minister Of Mind 30 Januari 2009 pada 10:35 PTG  

quote:
Pendidikan Islam di sekolah sepatutnya mengajar pandangan islam tentang agama lain. ataupun pandangan islam tentang dunia. Ajar tentang mengapa islam ini agama yang paling sempurna. Ajar tentang agama islam itu sendiri. bukan ajar baca doa, baca quran atau cara sembahyang. Islam bukan mengenai itu sahaja bagi aku. Benda macam itu, belajar di sekolah agama petanglah.
-------------------------------
aku setuju ngan carutan ko tue..

d7 30 Januari 2009 pada 10:51 PTG  

idea pertama itu sudah wujud di jepun..
tapi aku akan berbangga kalau incik kopi mampu membawa concept itu ke msia..

p/s: congrats kakak kamu bertunang esok ;)

bakrihafizhisham 30 Januari 2009 pada 11:48 PTG  

ahh.
aku paham.
tapi kalau ada tempat tidur begitu,
lagi banyak budak yang duk sana untuk beromen dan lagi jatuh akhlak.

memang lah akan ubah dunia,
tapi aku rasa lagi kepada keburukan.

yang agama tu,
boleh diajar,
tapi kena berpada pada dengan tahap mentaliti mereka.

di UK, budak budak diajar, bahawa ada 3 jenis hubungan, iaitu laki dan perempuan, gay, serta lesbian.

cube kau fikirkan kalau pelajaran keterbukaan itu diperkenalkan di negara malaysia yang kononnya tengah pesat membangun (lah konon),
dengan tahap pemikiran ibu bapa (yang berumur 20-an),yang biasanya bersikap lepas tangan, kau rasa macam mana?

aku rasa memang patut ubah cara pembelajaran dan pengajaran di malaysia ini, tetapi perlu juga berstruktur.

bagi yang inginkan anak mereka dalam streamline islam,
berlambak je sekolah agama dari tadika hingga ke menengah.
adik aku masuk jugak skolah tuh.
skolah hira'.
cuba tanya sesetengah kawan kau di uia, mungkin ada sesetengah mereka yang tahu.

ajil pun tahu kot (dia lecturer UIA, tapi aku tak tahu kau kenal ke tak).

owwh ya aku rasa memang ada ja struktur pemblajaran seperti yang kau sebut seperti hafal quran dan bagai2, tapi mungkin lain sekolah lain syllabus.

tapi itu aku rasa je lah, sebab aku ada ja menghafal dan baca doa dan blajar solat waktu skolah rendah dulu (serta menengah juga), tapi di menengah tu aku blaja solat2 sunat dan cabang kepada ibadah solat, walaupun aku bersekolah di subang jaya.

waktu aku di mrsm pendang kedah,
lagi la diterapkan.

dah macam entry pulak dah.
haha.
maaf ya

miss juju 31 Januari 2009 pada 1:43 PG  

idea pertama : yes aku setuju.
dapat mengurangkan kadar kemalangan. selain itu dapat menambah peluang perniagaan.
idea ke-2
boleh..tapi perlu dapat pertimbangan dari semua pihak....
kena masuk dewan rakyat dulu k0t..
sekarang bukan semua yg g sekolah agama belah petang tu? yer tak?

to bakri hafiz hisham :
yes malaysia dah maju dan sedang membangun.
segala kemudahan yang u dapat sekarang sebab malaysia da membangun dan membolehkan u untuk coment blog ney?
kalau tak u mungkin masih mundur seperti di afrika mungkin..

sory ter0ver...cam bgg bacer entry tuuu

Diloz 31 Januari 2009 pada 1:46 PG  

mungkin idea ini tak mampu mengubah dunia secara keseluruhannya,tapi dapat membantu Malaysia khususnya.Pekara-pekara macam ni memang budak2 oversea slalu bincangkan dan bandingkan dengan negara yang mereka tinggal.dalam kes aku,Jepun.tak boleh nak elak dari membandingkan.datang sini dulu baru nampak apa yang kurang.serious banyak.

Sistem pembelajaran paling utama.bukan setakat syllabus malah cara dan pendedahan aku rasa paling penting.pendidikan di Msia terlalu tertumpu kepada akademik.sangat akademik.pelajar hanya belajar untuk dapat A.general knowledge OUT.sosial OUT.cara nak adaptasi dengan persekitaran OUT.ini jadi masalah bila pelajar masuk ke alam kerja/universiti.apatah lagi oversea.

aku syorkan sistem yang lebih terbuka.'A' keseluruhannya.dan ditapis secukup2 nya.mentaliti perlu ubah.aku pasti ada caranya.

contoh mentaliti yang aku tak gemar,tak ada buruh melayu yang sanggup bina rumah bina bangunan.abes2 mat indon.sampai bila?lepas tu dok sibuk menganggur.di Jepun dari A sampai Z mereka buat sendiri.

apa2 pun masalah pun berpunca dari orang atas jugak.

AkuKopiKauSiapa? 31 Januari 2009 pada 2:33 PG  

mugiwara:
huhu..
biasalah..tapi mesti la kau lagi tau. sbb diri kau kan?

minister of mind:
terima kasih

d7:
oh. sudah ada eh? aku perlu lebih tambah pengetahuan tentang negara luar.

bakri hafiz:
buatla stricly one person, one room.
ataupun asingkan lelaki perempuan.
macam tandas la.

so tak jadi la ade org nak tipu

urm..
mungkin kau tak faham maksud keterbukaan yang aku cakap.

aku cuma cakap keterbukaan terhadap pembelajaran pendidikan Islam. cuba baca betul2 entri aku.

senang cakap.
cuba kau baca betul2. senang sikit faham.

sbb kau cakap seperti kau tak baca betul2.

bakri hafiz,
yang aku cuba tekankan, jangan sempitkan pendidikan islam ialah baca alquran, hafal doa atau apa-apa yang sperti itu. Islam ini sangat luas kan? semua orang tahu.
apa yang luasnya aku tak rasa semua orang tahu.

Sbb itu subjek Islamic worldview perlu diajar di sekolah-sekolah. baru orang tahu.

kau jangan cakap itu ini yang moden semuanya sekular. Tapi jika kau faham pandangan islam terkadap sekularisme itu sendiri dan segala macam -isme yang lain. kau tahu Islam itu sempurna dari pandangannya tentang dunia, akhirat dan pembangunan insan seklaipun. tapi itu yang tidak diajar.

dan apa yang aku harapkan, semoga ia diajar. di sekolah rendah mahupun sekolah menengah

miss juju:
mungkin peluang perniagaan. cuma harap jangan ada maksiat di situ.

ok,
mungkin subjek kefahaman islam itu ditambah. kira ada 2. fahaman islam dan pendidikan islam.

buang sahaja subjek sejarah ketamadunan. semua penipu.

Diloz:
aku sangat setuju kita terlampau ke arah akademik.

Bagi aku,
cara mudah mendekati sosial, pengetahuan atau cara bergaul atau cara berfikir ialah dengan akademiklah.

tapi pendekatan tu yang perlu berbeza, bukan?

pendekatannya ke arah akademik, tapi tetap membentuk sosialnya semua. kerana jika cukup semua kemahiran hidupnya, kalau tiada akademik tak guna jugak.

cara senang mengubah masyarakat, bunuh sahaja semua termasuk aku, kau dan semua pembaca di sini, satu bangsa. mulakan baru.

senangkan?

AkuKopiKauSiapa? 31 Januari 2009 pada 2:40 PG  

bakrihafiz:
sekarang baru aku faham asal kau tak faham.
kau tak faham dengan ayat pertama aku bagi isi ke-2.

"Pelajar sekolah rendah tidak diajar untuk membaca al-quran, hafal doa ataupun cara sembahyang di sekolah. Benda-benda sebegitu diajar di sekolah agama sewaktu petang shaja"

maksud aku,
bukan aku komplen kerana tidak diajar, tidak kira kau budak subang jaya atau damansara sekalipun. ia diajar satu malaysia.

apa yang aku cuba cakap,
supaya ia tidak diajar untuk subjek pendidikan Islam. Dalam subjek pendidikan islam. Syllabusnya harus berbeza.

pendek kata,
baca betul2 sahaja.

bakrihafizhisham 31 Januari 2009 pada 3:17 PG  

musyi:
thanks for correcting me.
sememangnya aku penuh dengan kelemahan lagi cacat cela.

tandas pun ada orang buat benda tu,
so aku rasa memang kuran sket la idea kau tuh.
apa katabuat tmpt tido terbuka atau patition guna langsir dan sebagainya?

sediakan tempat menyimpan barang berharga,
ataupun mereka boleh simpan didalam kereta.
ntah aku pun tak tahu kemana idea ni,
but nice attempt tho.
:)

juju:
aku tak nampak ke-releven-an kenyataan anda, sebab mungkin bahasa/point anda terlalu hebat hujahnya, tidak tercapai akal pemikiran aku.
maaf.

musyi:
terima kasih again.
moga moga malaysia ubah sepertimana yang kau sarankan.
tapi aku percaya perubahan bermla dengan diri sendiri.
berdosa bagi seseorang kalau berdakwah tetapi tidak mempraktikkannya.

AkuKopiKauSiapa? 31 Januari 2009 pada 3:57 PG  

bakri hafiz:
tidak apa. aku juga selalu salah baca.ataupun baca seklai lalu shaja. biasalah tu.

ye. aku sangat cuba untuk merubah. sangat-sangat.

semua:
semua orang kasi komen panjang lebar, senyum je aku baca. huhu

♥CHU♥ 31 Januari 2009 pada 8:14 PG  

idea utk ubah dunia itu hbt..
tp idea utk ubah diri sndri itu lagi hebat dan mulia, krna ruang itu xpernah dtutup utk sesiapa tmasuk diri aku yg xpernah mahu brubah. atau aku lbh ska mbutakan mata dan telingaku utk brubah.

bila diri sndr sudah brubah.
baru aku bsemangat utk ubah dunia ini mjadi lbh hbt dan bmakna kpda phuninya.

superhuman 31 Januari 2009 pada 9:08 PG  

aku sangat sangat setuju dengan idea untuk mengubah pengajaran tentang islam sewaktu sekolah rendah dari perkara2 asas fardhu ain kpd sesuatu yg lebih dapat membuka atau mungkin memperkenalkan kpd anak2 kecil ini tentang luasnya perspektif islam

asas perkara fardhu ain ini adalah lebih afdal sekiranya ia dididik sedari kecil lg,dan tanggungjawab ini terletak di bahu kedua ibu bapa


bak kata bakri,malaysia yg konon dah maju nie,kebanyakan ibubapa sibuk kerja siang malam hingga kadangkala lalai dalam mendidik anak-anak tentang asas2 dalam islam,tdk perlu prgi jauh rukun islam shj sdh cukup menerangkan,bukankah rukun itu asas?

(sgt tdk setuju dengan miss juju yg mentakrifkan kemajuan dan kepesatan malaysia sebagai keupayaan melayari internet dan memberi komen pd blog org,wth?takrifan pembangunan mempunyai skpy yg luas!dan kenapa mesti menggunakan afrika untuk menggambarkan kemunduran?takrifan kemunduran juga mempunyai skop yg luas)

maaf jika terkasar

wallahuallam


*kenapa aku mcm backing bakri nie?haha

AkuKopiKauSiapa? 31 Januari 2009 pada 9:29 PG  

cuma jangan memberi pendapat ketika marah.

zaRain 31 Januari 2009 pada 8:06 PTG  

entri yg haha mengundang konflik..

setuju ngn bakri .. pasal bilik .. bilik yg semcm tuh berlambak kat kl.. dan tempat plg senang utk org pg beromen(spt kata bak).. paper pon .. idea yg bagus juga..

ayah aku selalu kata.. kenapa org sebok membetulkan "walaaddek..walladd dolllinnnn.....".. (sebutan surah alfatihah..).. sedangkan kita sume tak tahu pon maknanye.. kan bagus kalau kita bole faham apa quran tuh cakap.. dan sekaligus sebutan kita akan jadi betul..

o tp pasal skola tuh.. sekarang dah tak sama mcm kita.. dah ada juga subjek sivik.. utk budak2 belajar tata tertib dan pengetahuan sivik.. dan dah ada juga bahasa arab..

malaysia sdg berusaha nk improve sebenar nye.. tp mungkin kerajaan cube buat step by step dr terus berubah sekali gus.. (kerajaan tuh sbenanye byk org yg pandai dan nmpak ni sume.. cume mugnkin politk dan mentaliti org saje yg jadi penghalang)

hans 31 Januari 2009 pada 10:24 PTG  

aku nak jadi seseorang yang boleh mengubah undang2 agar semua manusia tidak kira apa pangkat sekalipun mematuhinya tanpa mampu menggunakan kuasa wang tapi masalahnya setakat nih aku masih tak mampu...

bakrihafizhisham 1 Februari 2009 pada 12:39 PG  

zarain:
aku rasa kalau kita dapat sebut betul je dah bagus,
sebab tak susah mana alfatihah tu insyaAllah.
ada seorang rakan cina aku yang selalu lepak dengan kami yang islam, dan menanyakan,"apa guna baca quran kalau tak faham?".
aku terdiam.

dan hikmahnya, ialah kita dapat pahal.
heck, kite dapat pahal dengan hanya melihat quran sahaja (luaran/kulit quran).
tu belum baca lagi.
tu belum cubaan untuk membaca kalau kau baca terkentut2.
tu belum hafap lahi.
fuh memang banyak sungguh.

so kita buat apa yang mampu, dan terus berusaha untuk maju,
itu je yang penting kot.

orang yang jahat dan sentiasa cuba (dan berniat) untuk jadi baik lagi elok dari orang baik yang selesa dengan kedudukannya dan tidak mahu membaiki diri (walhal manusia penuh dengan cacat celanya masing masing).

ehh aku macam nak tulis jugak lah pasal topik nih macam ni musyi.
haha.

:D

miss bobby 1 Februari 2009 pada 1:36 PG  

halo bro, udah lama tidak berkunjung. gara-gara timbunan kerja dan segala.

Islamic Worldview? menarik. kau tahu? masa aku sekolah dulu. bukan setakat Islam saja masuk kelas PI. tapi non-muslims juga. aku faham juga apa kata kau. Islam tidak tertakluk kepada kewajiban solat, puasa ect itu sahaja. bayak lagi.

Indahnya makna Al-Quran, jarang kita dengar orang mahu cerita. ya. sebab tidak tahu. tidak di ajar. mmg boleh di baca atas usaha sendiri, tapi lebih bagus kiranya di ajar sebagai subjek. biar terbuka dan terbukti indahnya.

kadang-kadang (well mosty) yang baca Al Quran dan termasuk aku. tidak faham apa maksudnya. kecuali kalau rajin membelek sebentar tafsir. tapi itu pun masih kurangfaham kerna bahasa Al-Quran itu sangat indah. setiap ayat ada makna tersembunyi. :)

lagi satu. bukan aku ini berfikir gaya barat. tapi aku suka kalau sekolah di Malaysia kita ini ikut cara US. kalau kau minat subjek maths, kau pegilah kelas maths, rakan-rakan sekelas kau pun berbeza setiap kali. bunyi loceng saja, kau pegi bergerak ke kelas seterusnya. ikut minat kau. ikut kecenderungan kau. akhirnya kau boleh jadi apa yang kau mahu.

aku? sekolah SBP lima tahun. pure science. ikut saja sistem orang kasi. sebab belajar agak OK, masokkah ke SBP. ambil science. bukan tidak boleh buat. TIDAK minat.

mau tau apa jadi aku sekrang?

mmg bukan saintis. mmg bukan doktor. mmg bukan jurutera.

penulis sekerip. em-cee jalanan. mmg tiada kaitan dengan apa aku yang diterapkan di sistem sekolah.

kata orang, biar laah pupuk minat dari kecik. melentur buluh, biar dari rebung. alang alang menyelok pekasam. biar sampai ke pangkal lengan.

kau faham maksud aku? mungkin sedikit belit - belit.

s a L o m a 1 Februari 2009 pada 2:35 PG  

saya mahu orang tahu apa fungsi tandas.bagaimana guna tandas.apa fungsi tisu tergantung di sebelah kepala paip.apa fungsi flush.kenapa perlu target pada lubang mangkuk bukan tepi mangkuk.saya mahu orang tahu itu.

saya mahu orang tahu meludah itu boleh tapi berpada2 bukan sewenang wenang,bukan sebarang.tak rasa geli ke?tahu pun geli kalau waitress meludah dalam makanan dan hidang pada kamu.konsep nya sama,tapi meludah di hujung kaki saya tu lagi jijik saya rasa..

saya mahu orang tahu apa fungsi zebra crossing.kenapa ia berbelang dan kamu harus perlahan lalu berhenti bila ada orang melintas.kaji balik kenapa ia diadakan.letak situasi kamu sebagai pejalan kaki,dan fahami keadaan mereka.kamu rasa gagah memandu laju di zebra crossing?

saya mahu orang tahu,merenung orang lain dalam waktu yg lama adalah biadap.tak kisah lah apa niat kamu,siapa yang kamu renung,ia adalah biadap.faham betul2 fungsi mata.kenapa ia diguna untuk melihat bukan merenung.dan lihat lah benda yg indah2 sahaja, bukan semata dada seorang perempuan yg indah.biadap tahu?tak tahu malu ke?abaikan perempuan tu pakai baju apa.dia sudah cukup takmalu,kamu mahu bagi level kamu sama dia?

haha.ok.panjang sikit.tapi ini idea asas saya untuk perubahan dunia yg lebih baik.harap2. :)

AkuKopiKauSiapa? 1 Februari 2009 pada 4:54 PG  

tulis sebelum pulang ke uia,

untuk semua:
aku sangat sangat hepi mmebaca komen kamu semua. panjang2. dan betul2 baca. terima kasih.

akan aku reply satu demi satu nanti. tapi tinggal 5 minit sebelum pulang ke uia. jadi tidak sempat.

terima kasih atas pandangan semua.

echamdikya 3 Februari 2009 pada 3:25 PG  

hmm, bagi aku la memetik kata2 Kassim Ahmad dalam buku dia yg bertajuk "Mencari Jalan Pulang", dia ada tulis yang kita ni orang islam (melayu khususnya), cuma membaca AlQuran itu tanpa tahu pun apa maksud ayat2 tu. sama juga dengan kalau time berdoa lepas sembahyang...aku nak tanya, berapa ramai sangat diantara kita yang khusyuk 100% waktu imam atau (even berdoa sendiri) kalau tak faham maksudnya? mmg kita boleh hafal, cuma kalau boleh tahu la maksudnya...kalau tak percaya, cuba kalau imam tu baca doa dalam bahasa melayu, (contohnya time skrang ni selalu di masjid2 ada doakan untuk orang di Palestin)..time tu sure kita akan lebih khusyuk...
mungkin aku cakap ni mcm tak berapa kena dgn tajuk atau isi inti pati entri kau ni...aku cuma nak bagitau pendapat je...bagi aku, elok sangat kita hafal doa dan kalau hafiz AlQuran pun lagi bagus...tapi marilah kita sama2 tahu maksud ayat2 tu sendiri barulah kita dapat faham betul2 dengan lebih elok (harap2nya sempurna la) ibadah yang kita cuba nak buat tu...sama2 la kita fikirkan...sori kalau merapu tak kena tempat...anyway, aku suka keikhlasan dalam penulisan2 kau kat sini..teruskan dgn ikhlas tapi jauh tu...undur diri :)

~zazza~ 6 Februari 2009 pada 5:29 PG  

hello..nak bg komen ni..

ok..nak ubah dunia lebih baik..dan bebas dan aman..means x nak perang sana sini....mcm mane kite nak ubah dunia nie kalo masyarakat kite pon x bersatu hati??

u noe wat i mean right??

as we know..dunia nie akan berubah jika individu itu sedar dan dapat mengubah dunia nie..if masyarakat bersatu hati..dan berakhlak mulia..means..hal jenayah nie x berleluase..maka dunia nie aman ah untuk semua masyarakat..x takut da pasal pecah masuk ah..kes rogol ah..n more..

*pendapat gue saje..

(-__-)

hana 10 Februari 2009 pada 11:08 PG  

saya nak ulas.saya rasa betul kita patut diajar cara melawan yahudi.tp adakah sekolah kita dibekalkan senjata dan juga nuklear dan jika ya,tentu pelajaran itu telah lama diimplimetasikan.tak begitu?-hana-hahaha.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP