Terima Kasih Keretapi Tanah Melayu
Semalam, aku berjalan menggunakan perkhidmatan tren, setelah sekian lama. aku sangat berterima kasih kepada KTM atas perkhidmatannya yang lembab seperti menggunakan arang sebagai bahan bakar utama telah berjaya membuatkan aku tunggu lebih lama dan mendengar sekumpulan orang memasang lagu techno menggunakan hp dengan kekuatan maksima di KL sentral seperti satu KL sentral ingin mendengarnya..
Amat berterima kasih sekali lagi kerana membuatkan aku tunggu lama apabila tren yang sepatutnya tiba setelah 15 minit menunggu dibatalkan akibat kecekapan perkhidmatan KTM dan ditambah lagi 20 minit mase menunggu tren tiba jurusan pembatalan tren tersebut. KTM sentiasa mempunyai nilai yang baik, iaitu menggalakkan pergaulan di Malaysia.
SYABAS KERETAPI TANAH MELAYU!!!
6 carutan balas:
ahaa! dah la buat sy tersepit 4 tahun lepas! oh wait, bukan KTM yg buat, tp AWAK! huhu. btw KTM mmg hebat! :p
wahaha
aku da xnak naik ktm da.
naik rapid pon ok lagi.
aku pnah tunggu dkat stengah jap dlm tren. panas plak tu!
apa slh org tu psg lagu techno ek?
lg pulak.. duk kat malaysia ni.. sumer org kene sabar.. tak kira tempat waktu dan hari
perkhidmatan yg sgt melayu!
kepada advanc :
1. org tu dok kat sebelah aku
2. aku tak suke lagu techno
3. die pasang pki hp dan sound die mcm pecah2 sikit n tak sedap, dan kuat, n sakit telinga
4. setakat pasang lagu techno tu mungkin aku boleyh sabar..tapi harap maaf..aku tak suka menunggu lama.
sarkastik. aku suka.
Catat Ulasan