diskriminasi
Aku seorang tidak suka dengan perkauman. Malah sangat membenci perkauman, aku idamkan kedamaian antara semua kaum di Malaysia terutamanya. Mengapa kalau yang bawak lori mcm orang gila diletakkan di orang india, bawak kereta sesukahati org cina dan melayu tidak ikut masa, dan segala-galanya yang melibatkan perkauman. Tidak adakah kaum Melayu yang membawa lori mcm org gila? mengapa tidak letakkan ke atas individu sahaja.
Pelajar UITM bising-bising tidak mahu kaum lain masuk belajar sana. universiti orang melayu kononnya, mengapa perlu ada kaum lain? bagus sangatkah pelajar UITM?(maaf jika sesiapa terasa) takut dengan cabaran kah? aku sendiri, bila MRSM meletakkan kuota 10% kepada pelajar bukan bumiputra, pada asalnya, budak-budak bukan bumiputra ini memang berada di senarai 10 teratas, tapi semester berikutnya, terdapat beberapa pelajar melayu yang sudah mencabar mereka. akhirnya taraf diri sendiri juga sudah meningkat. jangan takut kepada cabaranlah.
Aku tidak suka perkauman, mengapa perlu membenci kaum lain? kononnya kaum lain ingin menawan tanah melayu yang tercinta ini. jangan marah mereka. cabar mereka, buat apa ingin membunuh mereka, adakah menyelesaikan masalah? jika mereka pijak kita, mengapa tidak melawan? sibuk bercakap di kedai kedai kopi betapa kita patut melawan mereka. tapi seperti biasa, perbincangan habis di situ. esok semua lupa.
sedarkah?, jika tiada kaum lain di Malaysia ini, betapa jahanamnya Malaysia ini, betapa mundurnya melayu dan masih berbangga dengan kejayaan silam. jika setakat berbangga dengan kejayaan yang sudah dikecapi masa lampau dahulu, mengapa tidak teruskan sahaja? mengapa tidak cemburu dengan keupayaan orang-orang dahulu dulu dan membuat sesuatu yang lebih.
aku tidak benci kaum lain, malah tiada alasan untuk aku membenci mereka, apalah yang susah sangat untuk berkawan dengan mereka dan belajar dari mereka. hiduplah di takuk yang lama, jika sangat bodoh, dan sombong di tanah sendiri.
maki lah aku,
18 carutan balas:
haha.aku pun benci bila sekumpulan melayu pandang semacam bila aku lepak2 dengan kawan2 cina aku.dan sekumpulan cina pandang pelik pada rakan cina aku ni kerana melepak bersama aku.agaknya mereka tak sedar mereka berada di Malaysia.
aku setuju
semua kaum pun kena tolak ansur.bkn melayu atau cina atau india sj. tp semua. klu sume nk menang mmg haram la
aku rse,
kita mmg lihat kita yg lebih diskriminasi, tp sebenarnya golongan minoriti lebih kuat perkaumannya. sbb dorg sikit n rse perlu bersatu. complicated klu difikirkn sbb ini da mengalir dlm darah kita pon.
tp klu melayu takut cabaran tu mmg aku setuju sgt. penakut!
tepat doh mushi!
aku pelik gak aritu mmber aku kt uitm tu siap g perhimpunan pelajar melayu la bagai2 nk against kemasukan bukan bumiputra ni.
tp aku rasa, ada bukan bumi lg bagus sbb biar org melayu seperti aku juga sedar dah takde lah asyik nak berada dlm comfort zone!
hana : aku berkawan dengan india. lagi org pelik..haha
nasir : urmm..btol jugak..kaum minoriti lagi bersatu. n lagi menampakkan kelemahan melayu
imah : btol..comfort zone..apesal aku tak terpk ayat tuh..huhu
sy seorg yg racist. semua org racist even sikit pon mst ada punyer. tp sy lbeh sokong Malaysianisasi, ada ker term ni? haha. sy lbeh pro kalu kita semua tak kira apa bangsa kat malaysia ni dipanggil malaysian, bukan malay, chinese or indian. Mcmtu rasa lbeh muafakat. kan bagus begitu. n sy x sokong pon uitm yg buat demonstrasi segala walaupon kawan2 sy semua semangat nk participate. walaupon sy uitm. sy kan PKR, maaflah. haha.tapi mls lah. politik mengarut lah. sama jer.
Aku tidak suka perkauman, mengapa perlu membenci kaum lain? kononnya kaum lain ingin menawan tanah melayu yang tercinta ini. jangan marah mereka. cabar mereka, buat apa ingin membunuh mereka, adakah menyelesaikan masalah? jika mereka pijak kita, mengapa tidak melawan? sibuk bercakap di kedai kedai kopi betapa kita patut melawan mereka. tapi seperti biasa, perbincangan habis di situ. esok semua lupa.
Well said, Mushi.
beedadari : bangsa malaysia sudah lama diperketengahkan, tapi tak ramai yg nak wat.PKR free manson..haha
jannah : terima kasih
aku kawan gak ngan india.dia drummer band aku dulu.skang die da kat overc.rindu lak.haha.paling tak boleh blah,die pnah masuk nasyid,main percussion.bongok tol aku rasa die tu.haha
aku dah lama pk perkara ni.baru first time aku jumpe blogger yg same pemikiran dengan aku pasal bende ni..kalau xde cina dan india,malaysia xkan sampai tahap ni.malaysia is for malaysian.asyik2 nk jaga kepentingn melayu.jika berkate tentang kepentingn islam,aku stuju.tp jika kepentingn melayu?sampai bila2 la melayu~
kesian dengan kwn2 cina aku yg jauhhh lebey pandai.keje part time dkt kedai hp je.sedangkan aku yg jauh lebey xpandai?sedap2 hbs duit rakyat under jpa
encik tanpa nama :
mahathir sudah lama berfikir begini dan dihentam habis habisan
Aku setuju UiTM dibuka kepada bukan bumiputera.Tersangatlah setuju.
tora aman :
biar mereka tahu dimana mereka berdiri
About the UITM students refuse to let the non-bumiputra join UITM, I think it so obvious theyre (sorry to say this) dumb! Dont they see it that it means that theyve to work harder and study smarter to show that we malays are good.
Okay, saying we malays are discrimination too.
=S
yes there are..
and i dont know what those UITM students are very proud of with their university.
um..
they are scared, they afraid of challenge and what will happen to them if non-bumi join them.
Pity them, theyre proud of their stupidity
"jangan marah mereka. cabar mereka"
so true :)
mangkOk.
kau xskOla cina.
bkn smua akan pndapat cm kO.
kwn dgn cina.
baru kau taw cmne diOrg.
ak bnci prkauman.
tp ak fikir,prkauman tu dcetuskn oleh spe sbenanye.
manusia laen2.
mungkin kau nmpk cina tmpat kau
baek2.tp ak nmpk dua2.baek &
buroknya mereka.
aku kwn dgn smua.cina,india,
singh,org asli smua ak rembat.
isu UITM plak.
kau xsedar ke negara nie dh kucar kacer.
martabatkn dulu bangsa kau.
kuatkn dulu bangsa kau.
baru kita brtempur.
kalau ade U smua cina,kau rase
diOrg nk bg kau msk?
.betul kata kamu.
.setuju sangat.
.selalu saja.
.orang kita bicara berasap berapi.
.maki hamun dan mencaci.
.kata kaum lain itu hanya menumpang.
.tapi sendiri tak pernah sedar.
.mereka itu menumpang.
.tapi tau bawa diri.
.kita.
.kaum kita.
.hanya tau marah bila ditarik subsidi.
.hanya tahu maki bila ptptn tinggi.
.apa lagi?.
.banyak.
.dan tak pernah tahu bersyukur.
.huh!
sampai bila.
.aku pon tak pasti.
Catat Ulasan