tentang tarikan : dari segi perancangan
benda yang kadang-kadang kita tak perasan bila buat perancangan ialah tentang tarikan. Tarikan ini membuatkan orang mahu buat seperti yang kita rancang atau tidak.
Sebagai contoh, orang rancang untuk mewujudkan satu komuniti yang rumahnya semua tidak berpagar. Kononnya untuk menggalakkan interaksi sosial, supaya mereka semua keluar rumah, berborak di depan rumah, dan mewujudkan semangat kejiranan.
Tapi orang yang rancang itu cuma rancang. Apakah tarikan yang membuatkan mereka mahu keluar rumah dan berborak? apa yang ada di depan rumah mereka untuk mereka keluar? menarikkah?
Kita strategikan orang supaya orang ikut strategi kita, tapi apa yang memberi strategi kita itu sebagai satu tarikan kepada orang? secara tak lansung memaksa mereka buat sesuatu seperti yang dirancang.
Tarikan supaya mereka buat tanpa mereka sedar kita sudah rancang sebenarnya.
Banyak orang rancang untuk orang lain, tapi mereka lupa perancangan memerlukan orang untuk ikut rancangan itu.
Kita mahu kawal orang, tapi perangai manusia tidak suka diarah, jadi kita beri mereka tarikan, supaya mereka sendiri ikut rancangan tanpa sedar.
2 carutan balas:
kita hanya m'rncg Tuhan yg tentukan segalanya(ayat klise)
pemikiran pelajar URP. :)
bagus2 !
Catat Ulasan