22.10.09

sikit pasal mengumpat

Tahu tak kamu mengumpat tu macam makan daging saudara sendiri.

Sebab bila mengumpat, nanti kasi orang lain turut rasa benci pada orang yang tak bersalah.

Sepatutnya bila orang yang kuat mengumpat ni kita tanak kawan dengan dia sebab dia macam orang yang makan daging orang lain. Tapi sekarang, sebab takut kena umpat, takut kena kutuk, semua orang nak kawan dengan orang yang kuat mengumpat ni.

Semua orang jadi takut kalau dia ada masalah dengan orang yang kuat umpat ni.

Takut kene umpat?

Takut kena kutuk.

Jadi orang yang mengumpat ni jadi satu macam kuasa besarlah, makin berkuasa dengan kuasa umpatan, kuasa kutukan, kuasa menghasut supaya semua orang benci dengan orang lain yang kadang-kadang tiada masalah pon.

Kasihan,

kasihan untuk kamu.

19 carutan balas:

misz benida 22 Oktober 2009 pada 9:00 PG  

gila pth btg idung aku..
haha..
aku pon xsuke ngumpat..
cme aku pntang dgr org bgosip..
haha..
mlut xlh ttp wei..

a . i . n 22 Oktober 2009 pada 1:23 PTG  

entri yang emosi dan marah sebenarnya.

Tanpa Nama,  22 Oktober 2009 pada 4:31 PTG  

kalau la smorg boleh faham concept ni sgt mudah hidup sy. sgt2 mudah. walaupon statement "you are nobody until your are talked about" dan " they are just jealous" mcm cool, tapi sbnanyer tak cool. mengumpat mst nk menda tak baik dan menyusahkan. emo gak ni. huu. so kpd yg berkenaan, get a life! sekian.

apekzer 22 Oktober 2009 pada 6:55 PTG  

sangat sesuai dengan masanya dan keadaan entry ni. tak kesah lah pada siapa atau untuk siapa, yang penting mmg tabiat ni pato di berhnetikan secepat mungkin.
cukup-cukuplah tu. ustat aku pnah bagi statement yang event buruk mane pun perbuatan seseorang tu kita tade hak untuk menyampaikan perbuatan tu kepada orang lain kerana sesungguhnya satu keburukan orang atau keaiaban orang maka di hari akhirat kelak tuhan akan membuka sepuluh keburukan atau keaiban kita. bayangkan lah. bukan saja nak bercakap tentang agama atau nak tunjuk baik tapi nak jelaskan point penting dia kat sini yang mengumpat atau membawa mulut tu tak bawa apa2 kebaikan pun melainkan keburukan.

jadi tahniah kepada encik akukopi kerana menyiarkan naskhah ini. semoga ada insan atau kita sendiri bermuhasabah dan seterusnya berubah menjadi lebih baik.

bukannya nak lagak baik. cuma kurang selesa dengan kezaliman yang berlaku.

Tanpa Nama,  22 Oktober 2009 pada 7:06 PTG  

aku sokong!!!

kerajaan patot buat sesuatu tentang hal mengumpat ni.

patot wartakan dekat berita tv atau suratkhabar tentang pengharaman aktiviti mengumpat ni.

ntok mengelakkan dia lagi. gubal undang2. sesiapa yang didapati mengumpat hukum masok penjara 2 bulan atau bayar denda kepada orang yang kena umpat tu pakai duet sendiri. tak boleh pinjam sedara mara.

kimak nye pengumpat. mejhanamkan community sekeliling je.
macam mana bangsa kita nak maju kalau hangpa smua tak bangun dan berubah.

marah betol aku. tu pakai tnpa nama.

AkuKopiKauSiapa? 22 Oktober 2009 pada 8:32 PTG  

apekzer:
tadi dalam kelas ungs dia cakap pasal backbiting is like eating the flesh of your brother..canibbal..siapa suka cannibal?
tu yg buat aku terfikir.

tanpa nama:
haha...sampai kerajaan kene tangkap pengumpat??gile ar..haha

beedadari:
huhu..

ain:
mane ade marah..ok aje..cikgu aku ajar sebeleum aku tulis nih..tu aku teringat.

misz enida:
mengumpat tu bes..diiringi gelak ketawa macam sial. Tapi sebenarnya takde motif pon orang mengumpat..cuba bagi reason apesal?

Razman 23 Oktober 2009 pada 1:23 PG  

sila sambung entri ini dengan tajuk "banyak pasal ngumpat"..

explen dgn lebih detail..

popsoda,  23 Oktober 2009 pada 2:57 PG  

yup. aku sokong dengan ko dan apekzer. tapi, apa-apa pun, manusia takkan pernah sempurna. mungkin kita sendiri tak sedar yang kita pernah umpat orang lain. tapi, itu biasa. orang tak sedar kan? tapi, yang spoil tu ialah orang yang takut diumpat dan takut dikutuk, maka dia pun akan join kumpulan2 pengumpat. dan aku ulang sekali lagi ayat ko paling bawah tu,

kasihan...

kasihan sungguh mereka yang berfikir begitu..

admin@blogdiloz.com 23 Oktober 2009 pada 4:20 PG  

ramai orang bila ditegur mengumpat akan bagi alasan "kami tak mengumpat,kami bagitahu".

yelah.

misz benida 23 Oktober 2009 pada 11:09 PG  

yup xde motif lngsng..
ntah la..
bnda tu scra spontannye..
nti la aku wak bncian apsal org ske ngumpat2 ni..

ringo 23 Oktober 2009 pada 5:47 PTG  

tiada orang yang mengumpat tentang kebaikan orang lain.hanya keburukan.haha.
umpat megumpat ni bila kena kat kita rasa geram gila babi.
tapi kadang2 tanpa sedar,kita telah mengumpat orang lain.itu yang perlu dielakkan

encikzamru 23 Oktober 2009 pada 11:01 PTG  

susah benor nak cari ko..
aku nak pulangkan sijil ko
dah 5 taun aku simpan..
sijil projek add math zaman sekolah dulu
ke ko nak aku pgg sampai bila2?
aku xde hal..

Luna 24 Oktober 2009 pada 11:34 PTG  

kalo dia le cakap sal org len kat ko, pe jaminan dia tak cakap sal ko kat org len.

mari kita duk jauh dari org camni.

Tanpa Nama,  25 Oktober 2009 pada 2:03 PG  

sebenarnya tanpanama rasa mengikut analysis:

'selalunya memang masyrakat yang suka mengumpat ni datang dari jauh"

so kita memang dah jauh dari mereka tapi bila mereka duduk dalam komuniti kita mereka akan sentiasa mempraktikkan ape yang mereka biasa buat iaitu mengumpat.

kerana selalunya orang2 dalam komuniti pasti sudah biasa atau lali dengan perbuatan mengumpat ataupun di umpat. makanya segala macam benda yang berkaitan umpat akan diaggap relevan.

jauh tu selalunya dalam.

kalau kat malaysia orang kata pedalaman.

bahsa pasar: kampung


so mengumpat: kampung style

Tanpa Nama,  25 Oktober 2009 pada 2:11 PG  

nampaknya tanpa nama tertinggal sedikit point.

bagi mengelakkan salah paham tanpa nama akan menjelaskan sedikit.

bukan niat tanpa nama untuk mengeji atau mengutuk atau MENGUMPAT kejadian kampung itu ataupun stail kampung itu.

kerana tanpanama juga berasal dari kampung. dan tanpanama percaya semua orang pun berasal dari kampung di malaysia ni kerana tiada tempat di malaysia ni terus menjadi bandar.

kaji sejarah melaka dahulu kala jika ingin mengetahui bagaimana pembangunan malaysia. dari kampung menjadi pekan, dan menjadi bandar setrusnya kota dan metropolitan. tanpanam tidak mahu ulang.


so terus kepada pointnya ada banyak lagi stail2 kampung yang positif yang kita boleh lakukan dan lebih relevan untuk semua manusia khususnya umat islam.

so mengapa nak bawak tabiat kampung tu kemana mana sahaja kita pergi sedangkan perkara lain kita meniru urban atau bandar. kalau nak betul2 true kampung baik tak payah pakai baju kemeja dan seluar khakis ke kuliyah. Pakai baju melayu dan berkain pelikat kemudian berkaki ayam.baru true kampung. kemudian mengumpat. haa.. ini baru boleh direspek. memang kampung habis.

jadi ambillah ciri2 kampung yang positif dan buanglah yang negatif.

persatuan melayu kita pun guna tagline tu.

"amar makruf, nahi munkar"

renung2kan dan selamat beramal.

tanpa nama bakal menjelma

AkuKopiKauSiapa? 25 Oktober 2009 pada 8:53 PG  

RAzman:
huhu..banyak pasal mengumpat eh? tak bes..itu kira pengulangan.

popsoda:
urm..itulah yang aku cakap..takut kena kutuk..join kumpulan paling besar yang mengutuk..lama-lama..dah tak tau nak kutuk sapa..kutuk sesama sendiri..

diloz:
itu alasan biasa..bagitahu untuk burukkan..

mizz benida:
sebab seronok..

ringo:
kalau cerita pasal kebaikan takpa..kalau tegur kena depan-depan..kalau puji kena belakang-belakang.

zamru:
ko kat mane da??

luna:
urm..tiada jaminan..kena baik-baik aje..dan jangan cerita sembarangan.

tanpa nama:
kau dahla bahasan diri tanpa nama..guna nick tanpa nama..dan bukan kau sorang guna nick tanpa nama..susah betul..huhu

ok..

tak semestinya orang kampung walaupun selalunya memang orang kampung..dan tak semestinya orang melayu..semua orang pon gemar mengumpat kalau tak apasal plak nabi muhammad dah warning pasal orang mengumpat kan?

maknanya mengumpat ni perkara biasa dari zaman dulu.

nak elakkan memang susah.
nak jauhi orang macam ni pon susah sebab mereka berada di sekeliling kita..\\kalau kita nasihat..nanti kita kena umpat pula.


jadi berbaik-baik jelah dengan semua.

sekurang-kurangnya cuba..


Sila menjelma.

balqissy 27 Oktober 2009 pada 5:13 PG  

ngumpat ni style ---> kata orang yang suka mengumpat. hahahaha

ah, benci.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP