13.10.09

Cara bercakap paling mudah

Ini adalah salah satu cara bercakap paling mudah yang aku buat selalu, tapi kene tengok dengan siapa aku nak berbuallah. Kalau silap tu yang jadi tak bes tuh.ok

kunci untuk paling mudah bercakap dengan orang ialah sikap teruja. Kadar terujaan itu perlu mengikut pemerhatian kita terhadap orang yang kita cakap tu. Tapi yang penting mesti teruja. Kadarnya sahaja berbeza. Jadi, sebab rajin aku sediakan garis panduan untuk kadar terujaan.

Teruja kadar tinggi

Teruja kadar tinggi paling sesuai digunakan pada gadis-gadis bawah 60 tahun. Disebabkan perangai gadis tidak berubah sangat dari kecil hingga ke besar. Jadi, umur 60 tahun ke bawah pasti ok. Lagi, kepada laki-laki remaja, belum kahwin, 30 tahun ke bawah dan mempunyai hobi yang tidak kira kereta, gitar ke atau apa-apa sahaja. Teruja tahap tinggi selalunya berkesan.

Cara mudha untuk teruja kadar tinggi ialah dengan menggunakan ayat-ayat seperti "oh..ye ke?", "isyh..gile ah", dan "umm..apesal macam tu eh?"..Ayat-ayat nya mestilah macam teruja ingin tahu. Cara ini paling sesuai untuk gadis, kurangkan cerita pasal diri sendiri, beri pendapat bernas, jangan cakap main hentam, dan cuba untuk tidak bercanggah pendapat. Paling penting jangan buat-buat tahu benda yang kau tak tahu. Malah, cuba buat-buat macam tak tahu bila perkara itu adalah bidang terhebat gadis tersebut. Ini akan memberikan rasa konon macam gadis tu hebat dan kalau boleh buat-buat macam suruh gadis tu ajar kau tentang perkara tersebut.

Bila cakap dengan lelaki dengan kadar teruja yang tinggi lebih kurang sama caranya pada penggunaan ayat. Tapi, cuba serba sedikit bercanggah pendapat untuk membenarkan idea-idea bernas keluar dan menggalakkan perbincangan, beri lebih banyak idea bernas, tapi yang paling penting dan terpenting sekali dalam berbual dengan lelaki ialah perasaan rendah diri.

Teruja tahap sederhana dan rendah lain kali, ok? Banyak kerja tapi dah lama tak update blog, jadi tulis je sekejap.

lain kali tulis lagi,

5 carutan balas:

ringo 13 Oktober 2009 pada 8:04 PTG  

cepat la sambung.dah teruja nh

fezaL Mohd 14 Oktober 2009 pada 1:12 PG  

teruja melihat penulisan ko. haha

Shemmi 14 Oktober 2009 pada 2:33 PG  

oohh..perasaan rendah diri..ooo..oo...huhu...

*teruja tahap tinggi sekarang

Ahmad_akmar89,  24 Jun 2010 pada 4:19 PG  

wow..bguz2

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP