19.8.09

salah faham manusia tentang perlakuan

Kalau dalam filem, payah kita tengok babak senyap dua watak atau lebih, selalunya akan diisi dengan dialog atau aksi-aksi supaya penonton tidak merasa bosan. Dalam realiti, babak senyap dua watak adalah perkara biasa. Dalam filem, dialog akan diisi untuk penonton, tapi kalau dalam realiti, dialog bukan diisi untuk siapa-siapa. Ia untuk diri si pendengar dan orang yang bercakap.


Kita lahir untuk orang, apa yang kita buat ialah untuk orang, Marah untuk tunjuk kepada orang, berlagak untuk tunjuk kepada orang, kalau bagus pon atas tuntutan orang lain.

Selalu aku dengar ayat, "buatlah benda untuk diri sendiri". Aku cuma rasa ayat tu penipu, kalau aku ikut ayat tu, aku takkan berada dimana aku ada sekarang dan disebabkan ayat tu aku sekarang apa yang sedang aku lakukan dan apa buruk yang aku pernah buat.

Cuba sekali, kau buat benda atas diri kau sendiri dan sebab diri kau sendiri, tanpa untuk puaskan hati orang lain. Sampai mana kau boleh pergi, mungkin sampai sini, sampai sekarang aku cakap ni.

P/s: menonton fiem pendek arahan budak-budak AAD. Aku tak boleh kontrol diri nak buat jugak. mungkin semester depan, sudah rancang dengan haniff. Jalan cerita mahu buat, konsep sudah ada. 

p/s kedua : sape hensem letak link aku, sape tak hensem takyah letak. 



8 carutan balas:

.:fifi:. 19 Ogos 2009 pada 9:02 PG  

klu girl plak,perlu link??
huhu

Tanpa Nama,  19 Ogos 2009 pada 10:09 PG  

kau paling tak hensem ar sebab tak letak link aku.

hahahaha.

Shemmi 19 Ogos 2009 pada 6:11 PTG  

yer yer...paling x hensem psl x letak link aku gak...


* hidup utk org lain..mungkin dgn cara tu baru bleh bina "hidup" utk diri sndiri..

a . i . n 20 Ogos 2009 pada 1:12 PG  

kalau macam tu kita buat blog untuk orang? tak juga. tak semua hal kita buat untuk orang. kita berak pun pasal kita sendiri yang nak berak. ada sesetengah situasi kita sedar kita buat untuk orang pasal kita dah tak tahu apa lagi nak dibuat untuk diri sendiri.

p/s:aku dah lama hensem.

betty 20 Ogos 2009 pada 12:12 PTG  

babak diam realiti mmg berlaku setiap hari. dan hampir setiap masa.babak tu (real) agak fun anyway sbb ianya berlaku bukan untuk siapa-siapa.amat semulajadi.

wah, nak bt filem pendek ya, aku mahu hantar proposal untuk watak utama. ha ha

emma songall 22 Ogos 2009 pada 11:07 PG  

eh, kira aq ensem kew?
aishh, silap perhitungan nih.

AkuKopiKauSiapa? 22 Ogos 2009 pada 9:19 PTG  

bettersingle:
perlu..supaya lebih cun.

diloz:
ok ok..jap aku letak..

ain:
urm..betul gak..terima kasih sang kacak. haha

lola-lola:
watak utama perlu berbogel.haha.

shemmi:
ade ar......ko koizora tu kan??? ade ar.....da lame letak ar...

emma:
ko mmg hensem dari dulu sampai sekarang. hhuhu

Amar san 11 September 2009 pada 10:29 PTG  

aku rase ko hensem (serius tak tipu, bulan posa mana leh tipu nanti hilang pahala posa)

lagi satu, aku pun hensem gak, kalo tak caya baca la blog aku.. jeng jeng jeng..

haha

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP