23.8.09

benda (konon) kelakar minggu ini

Perlu tahu, aku tak suka ke pasar malam, bazaar ramadan, pasar tani atau apa kena mengena dengan pasar. Tak kiralah itu pasar malam macam mana aku tetap tak suka.

Tapi kadang-kadang aku ke pasar malam, bazaar ramadan atau apa-apa yang berkaitan sekali-sekala. Tapi pilihan aku mestilah pasar malam itu kecil. Tak banyak kedai. Contohnya, di Bukit Indah, Ampang, Depan masjid tu. Tapak Convest, UIA. Tepi-tepi KAED 2 tahun lepas. Dekat LRT dekat jaya jusco wangsa maju tu pon ok. Kedainya sikit, orangnya tak ramai, makanannya berbeza. Aku tak suka sebab nanti aku tak tau nak beli apa, berakhir dengan aku pusing banyak kali.

Benda kelakar minggu ini, yang aku lalui semalam di pasar malam atau bazaar ramadan atau apa-apa yang lebih kurang ialah. Orang membeli-belah sambil pakai helmet.

Sebab yang mungkin mereka pakai helmet:

1. Pencuri. Takut disebat dengan batang tebu di kepala. "Mencegah lebih baik dari merawat", Seperti nyanyian pakcik yang jual mask semalam di greenwood.

2. Angkasawan negara.

3. Tackle minah rempit. Untuk menunjukkan dirinya membawa motosikal.

4. Berjalan lebih laju bila pakai helmet. Konsep aerodinamik.

5. apa lagi eh??

19 carutan balas:

balqissy 24 Ogos 2009 pada 1:54 PG  

5. mungkin lebih nampak bergaya? mungkin...

Akmar Anuar 24 Ogos 2009 pada 2:11 PG  

dah biase je aku tgk org pakai helmet wat camtuh...

reverie 24 Ogos 2009 pada 2:15 PG  

beli belah makanan kat kedai mamak waktu matahari tegak naik atas kepala. memang pakai helmet. haha

naqibmiller 24 Ogos 2009 pada 2:29 PG  

no 4 tu macam siot je....
lame xupdate bro..
bz ker?

[ske] [tdo] [siang] 24 Ogos 2009 pada 4:52 PG  

h1n1 kan now

helmet ganti mask

jimat seringgit

mungkin

najwa hazirah halmi 24 Ogos 2009 pada 5:31 PG  

selalu jer kowt wa wat cmtuh..
makernyer..
wa teraser!titik!
=)

~nAbieyLa~ 24 Ogos 2009 pada 8:07 PG  

greenwood?tmpat aku nek bas.titik.

omarkhayam 24 Ogos 2009 pada 3:02 PTG  

ak tau sebab aper....dia fobia kena saman kat uia tak pki helmet.

boxx. 25 Ogos 2009 pada 1:40 PG  

mungkin bergaya. ataupun nak cover mukanya daripada dikenali. ataupun dia tidak mahu orang tahu bahawa dia pergi ke pasar malam. haha. =D

AZ 25 Ogos 2009 pada 5:31 PG  

malas nak simpan helmet dalam box belakang motor. ataupun, kalau tak ada box, dia tanak tinggal helmet kat motor. nanti kene curi. walapun ramadan tapi setan dalam diri tetap ada.

Raja Syahrul Helmi 27 Ogos 2009 pada 2:55 PG  

ataupun dia nak menyamun peniaga? angkat tangan! bak karipap tujuh!!

AkuKopiKauSiapa? 28 Ogos 2009 pada 4:01 PG  

azlina:
aku tau..tapi aku saje je.

ain:
huhu..harsh.

najwa:
kau wat macam tu?? jarang gile aku tengok pompuan buat macam tu. haha

reverie:
lagi panas beb..berpeluh telinga.

omar:
kau budak uia?

emma songall 28 Ogos 2009 pada 8:25 PG  

nak sorok muka buruk barangkali.

Aisyah 30 Ogos 2009 pada 5:41 PG  

ha'aahh haha. sllu nmpk. pakai helmet bagai nak cepat je pdhal die pun pusing 20 kali memilih ape nak beli.. ;p

Tanpa Nama,  31 Ogos 2009 pada 10:09 PTG  

sayangkan bini tinggal-tinggalkan
sayangkan anak tangan-tangankan
sayangkan helmet pakai-pakaikan
:)

ada van de kamp 4 September 2009 pada 9:48 PG  

dia malas nk bukak atau pegang. kalau ppuan plk mgkin x bukak sbb tudung dh renyuk bila pakai helmet. hehhe

ringo 16 September 2009 pada 6:54 PTG  

peminat nombor 1 peter cech

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP