sehari di pejabat pos
Setiap minggu aku akan ke post office. Pastinya untuk pos cd klien-klien aku yang disayangi itu. Sampai satu masa aku rasa aku dah obses dengan post office. Aku rasa mereka perlu kan re-branding. Supaya orang boleh obses dengan mereka. Sama macam orang obses dengan 'underground' di London. Orang mahu kumpul barang-barang 'underground'.
Aku rasa macam nak kumpul je kotak post laju dari kotak yang kecik sampai besar untuk buat hiasan. Dan kalau mereka buat kotak tu supaya nampak lebih cantik dan style. Mesti aku dah lama beli dah. Jadi pos malaysia, kamu memerlukan re-branding.
Aku baca "perkhidmatan yang disediakan" hampir setiap kali aku beratur. Aku rasa teruja sebab punya lah banyak perkhidmatan yand disediakan kat pos ofis.
Aku rasa aku dah kenal dah dengan semua pekerja post office kat UIA tu. Selalu aku mesti carik akak hitam manis sebab pos dekat dia murah sikit. Baru 4 ringgit lebih. Dekat brader rambut bajet beckham tu jap lagi kena 6 ringgit.
Masalh mereka ialah servis dia kurang mesra. Jarang senyum, dan kalau cakap dengan foreigner tu lagi macam nak jerit-jerit je.
Jadi sambil beratur aku buat kira-kira.
Aku anggarkan gaji mereka RM1800
Dalam seminggu mereka kerja selama 6 hari, jadi dalam sebulan mereka kerja 24 hari.
Setiap hari mereka kerja 8 jam. Maknanya dalam sebulan mereka kerja 24x8 = 192 jam
Anggaran setiap pelanggan mereka akan layan dalam masa 10 minit. Jadi dalam masa sebulan mereka akan memberi layanan terhadap, (192x60)/10 = 1152 orang.
Jadi, anggaran wang yang mereka terima dari setiap pelanggan ialah, 1800/1152 = RM1.56
Jadi setiap orang yang beratur cuma akan menerima layanan berharga RM1.56. Jadi patutnya post pon seringgit lebih jelah. Letak sampai 5 ringgit apesal?
5 carutan balas:
kapitalisme...
charge mesti melambangkan ke-kapitalisme-an...
kos bangunan, kos transport, bills, and etc.
"Tahu xpa!"service yg menyakitkan hati!
kos selepas urusan kat kaunter blum kire..
encik kopi mmg btoi sgt..
tak pernah lagi sepanjang hidup ni bila p pejabat pos jumpa kerani yg manis senyum ikhlas lembut tatabahasa depa..
sumanya macam semalam gadoh ngn laki atau bini pastu bila masuk ofis nk start keja kena marah ngn bos plak!!
apahal pon tak tau depa ni!!
hahahah...
Catat Ulasan