10.2.11

lelaki gula-gula dan cara memujuk

DSC_0026
cuma mahu beritahu hafizudinhamdan.com dah update. tiada kena mengena dengan entri.


bagi aku,

orang lelaki mereka lebih fikir secara logik manakala perempuan lebih suka sesuatu yang lebih ke hati. Maknanya orang lelaki suka sesuatu yang masuk akal seperti "mengorat siti nurhaliza"(masuk akal kan?) manakala gadis pula suka benda yang tidak masuk akal seperti "kalaulah boleh dipetik bintang ini satu persatu"(serius tak masuk akal)

Ini bukan diskriminasi, atau mengutuk gadis-gadis comel di atas dunia ini atau apa. Tapi jangan tipulah, kau mesti fikir macamtu jugak kan?

Jadi jika difahami konsep ini kita secara tak lansungnya terus dapat menyelesaikan misteri paling besar dalam dunia, iaitu cara memujuk wanita. walaupun tidak secara menyeluruh. Tapi mungkin sedikit sebanyak.

Ok,

Dari awal,dengan menggunakan contoh.

Mungkin gadis kau marah kau kerana lepak minum beramai-ramai dengan kawan perempuan kau. Kira mereka ini kawan sekolah lama kau. (sumpah ini bukan kes aku. Aku cuba bagi contoh aja). Mungkin bagi kau tiada apa masalah, tapi bagi yang gadis paling besar sekali masalah ini lah dia.

Jadi kiranya gadis kau kuat cemburu dan dia marah kau.

Maka, seperti kebanyakan lelaki yang lain di atas bumi ini. Mereka akan pening dan terkeliru. Dalam hati berkata, "aik? apehal nak marah ni? kawan sekolah je kot. Bukan ada feeling pon"

Lalu si gadis tidak mahu angkat telefon, cakap macam tiada mood, malas nak layan. Atau lebih teruk mungkin membalas dendam dengan mengorat driver taxi.

Kesilapan orang lelaki ialah mereka cuba menerangkan. Mereka cuba menerangkan mengapa gadis itu tak patut marah. Mereka cuba explain satu persatu. Mereka beri sebab mengapa gadis itu tidak boleh marah dengan tindakannya. Kemudian kejadian biasa ialah, perempuan itu tidak mahu dengar penjelasan dan kemudian bikin hati lelaki itu panas sebab gadis itu macam tak paham-paham kemudian lelaki pula yang marah. Yang gadis sudah malas mahu layan lelaki marah, kemudian sedapkan hati sendiri. Kemudian habis.


kan?

Kita berbalik kepada konsep logik tadi.

Gadis kurang logik, jadi mereka tidak mahu dengar logik. Mereka mahu sesuatu yang lebih fantasi. Atau sesuatu yang lebih ke hati. Jangan beri mereka sesuatu yang ke akal. Tidak berkesan.

Jadi cara menyelesaikan masalah ialah ;

Lelaki itu patut beri gula-gula. Gula-gula disini bermaksud ayat manis-manis.
kau tak perlu menerangkan mengapa yang gadis tak boleh marah, atau mengapa tindakan lelaki itu betul, kau jangan fikir siapa betul siapa salah. Kau cuma terus beri "gula-gula".

Contohnya dalam kes tadi, kau mungkin cuma perlu cakap betapa kau tiada feelingnya kau dengan kawan perempuan kau tu, atau kau cuma sayangkan gadis itu seorang, kemudian tambah efek pegang-pegang sana sini sikit. Kemudian sudah.

Contohnya macam budak kecik la kan.

bila budak kecik merajuk sebab tak boleh main pasir, kau tak boleh terangkan mengapa mereka tak boleh main pasir. Mereka takkan faham. Kau cuma beri mereka gula-gula supaya mereka lupa pasal main pasir tadi. Sama macam perempuan lah.

12 carutan balas:

sweetpearl24 10 Februari 2011 pada 6:40 PG  

owh, yeke mcm tu?

tapi rasanya lelaki pon x kurang jugak dengan merajuk atau cemburu taktentu hala nih, cthnya kawan saya (perempuan), diatu smpai x bole keluar jaln2 dgan kawan2, baek kwn laki ataupon perempuan, kalu keluar ja, sah2 kena marah, merajuk takmau angkat talipon lah, tu belum jadi isteri lg tuh konkong tak tentu hala, dah tak larat dengaq kisah perang diorang, ,haish...

ザ-sylver- S 10 Februari 2011 pada 6:54 PG  

setiap hari berape kali aa ko dengar cd Dr.Fadzilah Kamsah?



haha

mohamad afif ashfia 10 Februari 2011 pada 7:05 PG  

rasa macam betul..tp mmg betul lah kot apa kau kata. like.

syuddd. 10 Februari 2011 pada 7:23 PG  

Pada pendapat aku, yg tgh merajuk dgn kekasih hati, hujah kau nih ada betulnya.
Aku taknak dengar sangat pun kenapa dan mengapa dia buat begitu dan begini. Aku cuma nak dia amik balik hati aku ja. Bila dah ok baru bincang balik.


:)

Tanpa Nama,  10 Februari 2011 pada 8:18 PG  

kalau macam ni, oklah kot. normal kotkan. tapi kalau laki yang kuat merajuk pula camne? merajuk tak pasal2. hati macam perempuan, cepat sangat kecik hati. yang tu camne? huhuh

slay 10 Februari 2011 pada 6:13 PTG  

terbaik! aku dah boleh cari pasal dgn gadis ni. hahah.

Zuralimusa 11 Februari 2011 pada 2:18 PG  

HAHAHA sangat betul. Cerita macam ini tak boleh bagi ramai orang tahu nanti bersepah gula-gula dekat muka bumi ni, abeh logik akal ditendang sana sini =)

s a L o m a 12 Februari 2011 pada 10:45 PTG  

kalau gadis hanya tahu berfikir guna hati,kenapa lah ramai bayi dibuang.gamaknya,yang tolong buang tu laki kot.buang bayi tu logik.kan?haha

AkuKopiKauSiapa? 13 Februari 2011 pada 2:45 PG  

wani :

jenis laki yg aku tak suka.

sylver:
haha.tak penah weh

afif:
mungkin betul sebab kena dengna kau

syudd:
jadi kau perempuan yg jenis begitu

tanpa nama:
itu sensitif lebih.tapi pandai pujuk

slay:
cuba test drive sikit

melon:
sentuhan.

chu:
mungkin kau gadis begitu juga

saloma:
selalunya yang laki tu suruh buang bayi. Dan bagi aku kes buang bayi tak boleh kena lansung samaada logik atau hati.

Sebab dah ada benda lain dalam hati dan kepala mereka sampai mereka sanggup buang bayi.

Si Forever Alone 17 Februari 2011 pada 8:10 PTG  

geli ahh macam ni...

ngeh ngeh...

Iwan Shah Zainal 23 Februari 2011 pada 5:50 PTG  

aku rasa blog ko byk merepek jer skarang..tp still aku looking forward nk baca. Tapi post nih best hahaahs series!!!!!!

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP