5.7.10

sikit pasal masa dan ruang

Untuk orang yang mahu lupa,

1. Pasal masa

1.1 Antara cara mendapat masa dan ruang ialah dengan berhenti bercakap mengenainya, atau bagi orang yang suka gila menulis seperti aku ini, aku perlu berhenti menulis pasalnya juga. Atau update status-status yang berunsur sepertinya juga.

1.2 . Dengan cara itu, aku mendapat masa dan ruang. Buat-buat bodoh macam tak tahu apa-apa. Macam tiada perasaan. Yang mana akhirnya aku betul-betul jadi tidak berperasaan dan seperti tidak kisah pula. Iaitu keadaan aku sekaranglah.

Ia OK untuk berpura-pura macam kau tak nak tahu, tidak kisah, tak mahu apa-apa. Sebab nanti satu masa kau akan jadi begitu akhirnya. Mari kita panggil ia sebagai, "seperti sudah sebati". Masa itu sudah tawar hati. Dah mati la hati.

1.3 Orang cakap, "tapi tak boleh fokus lah", bagi aku, kalau begitu, buat sesuatu yang kau akan memerlukan fokus terlampau, contoh mudah ialah bermain snooker, main dart, membaca buku atau hisap rokok. Dimana dalam proses hisapan rokok, memerlukan proses hembus dan tarik, dan fokus melihat proses pembakaran berlaku. Bagi aku, ia memberikan aku masa dan ruang. Seketika.

4. Itu pasal masa, ini pasal ruang.

4.1 Ruang memberikan kebebasan bergerak, jadi dengan mendapat ruang kita mampu bergerak. Jadi kepentingan ruang ialah untuk bergerak atau dalam bahasa inggeris dan supaya kau faham apa aku cuba cakap ialah, "move on".

4.2 Ruang juga boleh menggambarkan vakum, yang mana vakum mampu menyedut, menyedut balik apa yang kau dah buang.

6 carutan balas:

k|ree 6 Julai 2010 pada 1:30 PG  

pasal ruang
1. bebas bergerak....bukan bergerak ke 1 tmpt...tapi,bole macam2 tempat...

2. menyedut balik....memang boleh sedut...tapi,jangan tersalah sedut...nanti vacum boleh stuck...rosak...

AkuKopiKauSiapa? 6 Julai 2010 pada 6:27 PG  

apehal lak nih!!komen ni makin lama makin bangsat.

syuddd. 6 Julai 2010 pada 7:30 PG  

Aku suka pasal "berpura-pura tak nak tahu, tidak kisah". Aku pun tgh buat. Buat seperti tiada perasaan terhadap apa pun yg berkaitan dgn dia.
Mmg berkesan.
Sampai mak aku risau dan cuba menasihati aku
"org bunuh org sbb orang tu takdak perasaan tau"
takot aku bunuh dia agaknya.eh idea yg baik.

AkuKopiKauSiapa? 6 Julai 2010 pada 11:46 PTG  

syudd:
takpe. nanti mesti kau berperasaan balik. sbb kau normal kan.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP