hari ini 46 : Sikit pasal hujung mingu
Disebabkan tak tahu nak update apa, aku update sahaja dengan label hari ini.
Hujung minggu ini sepatutnya menyeronokkan, ada ambil gambar tunang. Dan seperti biasa aku sentiasa teruja untuk ambil gambar orang. Aku tak tahu apasal, dia macam perasaan teruja yang kau bersemangat gila nak pegi ambil dan cuba nak buat sesuatu sampai jadi. Penat gila pon tak apa, janji jadi.
aku cakap dekat pasangan yang tema pertunangan kali ini ialah ganas dan garang serta menakutkan. Dengan bantuan Hanif dan Daus, aku rasa sikit-sikit jadi lah temanya. Terima kasih tidak terhingga kepada semua orang yang terlibat. Gambar kali ini jadi macam lain sikit aku rasa. Nanti aku upload. Tak siap lagi.
Ini tahun terakhir aku, jadi aku kena buat "project paper". Setelah di fikir-fikir. Aku ingin buat tentang isu pengangkutan. Yang mana bahagian yang aku paling berminat sekali dalam pecahan perancangan bandar.
Tajuk aku lebih kurang beginilah, tentang tahap penggunaan bus sekolah. ala.. bus sekolah yang warna kuning tu. Yup, aku tau tajuknya kedengaran bodoh sahaja. Aku baru degree la. Tajuk memang kena simple je dan kalau boleh case study je.
ok,
Sebab aku perasan isu bas sekolah ini kurang orang perasan dan ambil kisah, tapi sebenarnya ia boleh tahan juga memberi kesan terhadap kesesakan jalan raya.
Biar aku ambil contoh mudah, bila hari cuti sekolah, jalan tidak begitu sesak, bila hari sekolah jalan sesak gila. Hipotesis awal aku ialah orang hantar anak mereka semua pergi sekolah sebelum ke tempat kerja atau pon suri rumah menambahkan bilangan kereta yang terdapat di jalan raya kerana suami satu kereta, isteri satu kereta lain, hantar anak pergi sekolah. Jadi jalan sesak lah.
Jadi benda yang aku ingin tahu ialah mengapa orang kurang guna perkhidmatan bas sekolah? Berapa jumlah kereta di jalan semasa cuti sekolah dan bukan cuti sekolah. Apakah "route" yang diambil oleh pemandu di jalan raya? pergi sekolah kemudian kerja atau terus ke tempat kerja? Apakah kawasan litupan untuk satu bas sekolah? Apa pendapat budak-budak sekolah tentang naik bas sekolah ke sekolah?Tidak coolkah?
Mengapakah dalam cerita geng geng bas sekolah hanya ada lima orang je yang naik dalam satu bas pergi sekolah? Ini semua menyesakkan jalan raya.
Lebih kurang begitulah benda yang aku nak buat. Moga aku berjaya tahun ini.