10.7.10

mesej-mesej tersembunyi

d40x>35mm>photoshop>baju bundle>selua bundle> belt danau kota> kasut pinjam>tmn tasik titiwangsa>testing shoot model.

Sekejap orang semua macam berminat untuk tau tentang mesej-mesej tersembunyi dalam movie macam dalam disney la, lord of the rings la. Macam-macam lagi.

Sebenarnya aku dah buat mesej tersembunyi sejak dari sekolah lagi,masa form 1 atau form 2, terutamnya dalam folio atau kita panggil buku skrap. Aku ingat masa itu folio geografi.

Aku cakap dekat kawan aku yang sebenarnya Cikgu Mazlida ni tak baca pon sebenarnya buku skrap kita, dia main tanda semua betul je. Markah dia kasi ikut kecantikan folio kau. Disebabkan aku punya tulisan buruk dan aku memang sangat cincai orangnya, aku selau dapat markah rendah lah.

kawan aku tak percaya,

Jadi untuk membuktikan kepada kawan aku yang Cikgu Mazlida ini tak baca pon buku skrap aku buat, aku test buat mesej tersembunyi.

Kira, dalam folio aku, ada sesetengah mukasurat, yang dalam perenggan dia, aku akan merapu, contohnya macam, "malaysia merupakan negara yang terletak bodoh dalam asia tenggara bersama -sama dengan negara lain seperti Cikgu Mazlida, singapura, thailand.bla bla bla"

Serius Cikgu Mazlida tak baca, sebab dia tanda betul je. Siut Cikgu Mazlida, dekat kelas cerita pasal kahwin aja tau. haha. Lepastu, semua subjek yang kena buat folio semua aku buat. Memang semua tanda betul aja. Markah lain-lain pulak tu. haha.

Lepastu dah masuk universiti, aku cerita kat kawan aku, dia cuba nak buat jugak, tapi dia tulis sikit aja,tak ganas lah. lepastu lecturer aku bulatkan.

Ok, dia baca.

blog comments powered by Disqus

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP