21.7.10

Perasaan yang tak cukup

Kau pernah rasa ada satu perasaan ni macam yang tak pernah cukup. Kira, kau tak puas dengan apa yang kau ada? tapi bukan macam tak bersyukur, cuma kau sentiasa nak lebih dari apa yang kau ada sekarang?

Ada orang selalu sedar kemampuan diri, dan tak mahu berlebih-lebihan dalam apa yang dia ada. Dan baginya semua sudah cukup.

Aku cuma rasa aku seorang yang sangat selalu tidak puas, sentiasa mahu lagi dan lagi dan lagi. Aku rasa bagus juga sebab sekurang-kurangnya itu cara aku memperbaiki diri sendiri. Walaupun aku tau sebenarnya benda itu semua yang menyebabkan keserabutan.

Sebab satu cara untuk hidup senang dan bahagia ialah dengan bersederhana.

Tapi malang pula kerana benda yang aku nak lagi dan lagi dan lagi dan berasa tidak puas itu selalu benda yang tiada kaitan dengan akademik, contohnya kalau mengambil gambar dan kemudian edit, aku mahu puas hati. Aku keji gambar aku sendiri yang macam bodoh. Kalau buat kerja aku mahu sampai memenuhi citarasa aku, apa yang tidak memenuhi citarasa aku, bagi aku bodoh.

Tapi akhirnya aku sendiri tidak buat kerja mengikut citarasa aku sendiri. Sebab malaslah yang terutamnya atau tidak cukup masa. Jadi kadangkala kerja aku jadi bodoh bagi tanggapan aku sendiri.

Bagi aku, yang paling utama ialah, kau perlu tahu apa yang kau kejar, tidak kira kau bakal dapat atau tidak. Itu semua tolak tepi. Kau cuma perlu tahu apa yang kau kejar.

blog comments powered by Disqus

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP