16.7.10

Sikit pasal lelaki dan perempuan

21

3

d40x>35mm>gambar lebih di sukasukaphoto

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Macam dah lama aku tak tulis isu pasal lelaki dan perempuan. Jadi aku pon tak tahu apa yang datang belakangan ini membuatkan aku nak tulis. Tapi dengan berbentuk point dan pendek-pendek sahaja. Bagi memudahkan pembacaan kamu.

1. Aku ada berbual dengan Wen, dia cakap, selalu kita nampak orang tak hensem dengan perempuan cun gila dan orang hensem dengan perempuan tak begitu cun adalah disebabkan beberapa perkara iaitu :

- orang hensem ini akan jual mahal, jadi kemungkinan untuk dapat awek cun adalah sangat sedikit disebabkan awek cun juga jual mahal.
- orang tak hensem ini tiada apa lagi yang boleh ditunjukkan, kalau jual mahal memang orang tak nak, jadi mereka terpaksa menggadai benda lain seperti sikap ambil berat dan menggunakan cara yang agak aggresif.
-maka sebab itulah wujudnya perkara yang kita lihat di sekeliling itu.

-Tiba tiba aku rasa tips yang aku beri dulu-dulu(klik label isu gadis dan lelaki) tentang cara menackle perempuan tidak berguna.

2. Lelaki dengan perempuan terlampau cun akan mempunyai ego besar disebabkan sifat bangga. Jadi dia akan lebih membiarkan sahaja gadisnya semasa di khalayak ramai disebabkan dia mahu tunjuk dekat orang yang, "gua awek cun gilak, gua tinggalkan aja.huh!".Lelaki sifat semulajadi ialah berlagak dan mahu menunjuk-nunjuk.

3. Aku terbaca, kau hanya boleh pilih tiga dari dua, 1. cun/hensem gila 2. Stabil emosi 3. Pandai dan kaya.

4. Istilah baru aku belajar ialah "lelaki gedik" Mereka ini ialah lelaki yang terhegeh-hegeh dan terlebih dan tidak cool lansung.Senang cakap.Poyo. Kesimpulan yang aku buat ialah, mereka ini banyaknya datang dari kawasan sepanjang jalan MRR2. Dari Cheras, Ampang hinggalah ke Gombak. Mereka ini jenis tidak menyelesakan bagi orang-orang cool yang datang dari Melaka.hahaha.

5. Aku juga perasan gadis sepanjang kawan jalan MRR2 juga comel-comel. Tapi banyak yang gedik. Senang kata bimbo(perkataan baru aku belajar juga)

6. Aku suka google. Hampir mengenai segalanya aku google dan aku rasa google ada jawapan. Tapi kawan aku dia google, "cara mengecilkan zakar"

tiada jawapan. Tak lah hebat sangat google. haha

7. Aku pernah baca, Dalam hidup ni kau akan jumpa tiga jenis orang. 1. Orang yang kau rasa perfect perangainya. 2. Kawan baik kau sendiri. 3. Orang yang kau rasa dia sama dengan kau.

8.Dan sangatlah menakjubkan jika kau jumpa orang yang ada ketiga-tiga kriteria terbabit.

9.Dan sebenarnya aku rasa aku dah jumpa.


blog comments powered by Disqus

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP