Promosi paling hensem
Promosi ini adalah berkaitan dengan ambil gambar outdoor. Dimana saya akan ambil gambar anda secara percuma!!!. Cuma perlu belanja makan dan minum, ambil saya di UIA atau dimana-mana yang saya akan tunggu. Kemudian hantar saya balik.
Gambar-gambar tersebut akan diambil di kota Kuala Lumpur, lebih tertumpu di kawasan bukit bintang. Dan dimana sahaja tempat yang saya suka dan pastinya kamu yang akan membawa saya tanpa saya keluar sesen pon.
Jadi mungkin kita boleh naik tren, jalan-jalan di KL sambil ambil kamu, dan kalau boleh pada waktu petang sampai malam.
Anda cuma layak diambil gambar dalam promosi paling hensem jika:
1. Anda mestilah couple. Kawin atau belum saya tak kisah lansung.
2. Anda mestilah rock. Jangan malu-malu didepan kamera.
3. Mestilah berkenderaan sendiri supaya boleh ambil saya.
4. Saya tanak ambil gambar family untuk promosi paling hensem ini.
5. Anda mestilah berumur 29 tahun ke bawah.
Masa untuk diambil gambar adalah tertakluk kepada diri saya sendiri. Tapi saya akan beritahu seminggu awal.
Oh,
dan hanya satu pasangan sahaja akan dipilih.
Jadi cepat-cepat email saya dan beritahu mengapa anda perlu dipilih untuk diambil gambar. Sertakan sekali gambar kamu dan gambar pasangan kamu dalam email tersebut ke :
akukopikausiapa@gmail.com
Gambar-gambar contoh klik sini
Bila saya dah pilih siapa yang akan diambil gambar untuk promosi paling hensem ni, penyertaan lain semua ditutup.
Tujuan promosi ini dibuat:
Sebab aku sekarang geram nak ambil outdoor couple. Takda orang nak. So, aku kasi free je. Kalau tanak jugak aku tak tau lah.
12 carutan balas:
tarikh?
mau..but i hve no transport.. :(
gila ah,aku tak layak..
1)solo
2)malu depan cam,belakang pun
3)Lrt dan komuter bukan aku punya
4)tak hensem
5)ni je lepas.siot
akak mu lagi bole ka..?haahhaah
orkid:
tarikh tak tentu.
noyu:
takde transport bayar rm20.duit minyak aku. huhu
karatz:
penyataan pertama dah cukup.haha
kiree:
tanak!haha
gudluck
weh promosi sampai bila? aku belajar kat Miri. nanti balik semenanjung nak contact kau. boleh la boleh laaaaa
okay accap nak. so pilih la kitorg sbb kitorg tak malu dan fotogenik. hahhaa.
z:
sampi bila-bila aku decide.
bee:
tanak.
hahaha xde org nak sampai kene bagi free
weh cantik2 dowh portfolio ko
:)
aku geram sbb takde couple ..asek family je..
nnti sy tnye encik mukhsin (:
Catat Ulasan