23.2.10

Perempuan ini apa?

Mula-mula aku nak beritahu. Promosi paling hensem sudah tamat.

Aku rasa dulu aku pernah cakap pasal menghormti wanita dan betapa wanita sebagai tiang negara. Jadi aku terasa nak cakap lagi pasal peranan wanita tapi dengan isi yang lain.

Wanita ini peranannya sebagai pengimbang bagi kehidupan luar dan di dalam rumah. Kerana rumah ialah tempat dimana keamanan, rasa sayang, dan ketenangan sepatutnya dicapai. Jadi bila orang-orang di dalam rumah itu semua keluar, pastinya akan mengalami pelbagai benda, dan bila mereka balik ke rumah, wanita ini fungsinya akan menjadi pengimbang.

Dengan kewujudan wanita sebagai pengimbang dan lelaki sebagai ketua, maka akan jadilah keluarga yang penuh dengan rasa sayang dan kemudiannya akan wujudlah komuniti yang aman dan damai.

Jadi bila rosak wanita, maka rosaklah sesebuah keluarga itu, dan rosak teruslah sebuah masyarakat. Maka penting untuk lelaki sebagai pengawal dari wanita menjadi rosak.

Wanita ini peranannya lain dengan lelaki dalam menjaga anak. Wanita lebih kepada meluahkan rasa kasih sayang kepada anak dan lelaki selalunya lebih kepada memberi motivasi kepada anak.
Jika diberi rasa kasih sayang dari kecil kepada anak mereka, maka akan mewujudkan generasi yang kurang masalah sosial dan seterusnya memangkin negara.

Maka sebab itulah wanita ini tiang negara.


aku cuma tiba-tiba rindu mak aku.

12 carutan balas:

k|ree 23 Februari 2010 pada 4:13 PTG  

hurmmm...sokong 100% pendapat anda...kerana itu, Allah swt jadikan lelaki dan perempuan itu berpasang-pasangan...supaya saling melengkapi... :)

'Cikgu Padi' 23 Februari 2010 pada 11:54 PTG  

ala dah abis ke promosi ko...hahahha....nice post...lelaki dan wanita salaing memerlukan, tidak dinafikan wujuk ibu dan bapa tunggal mampu menzahirkan keluarga yang harmoni namun berdua itu lebih baik dan sempurna....

linda,  24 Februari 2010 pada 6:25 PG  

ingat Allah bila teringat mak.
go,go en. kopi!

Mimie Hamdan 24 Februari 2010 pada 7:25 PG  

kepada encik kambeng mak kami dah takda...

apiz... yer... mimie pun rindu mak... sememangnya bila perginya seorg ibu, rumah itu tidak akan sama.. perasaan bila memasuki rumah itu pun lain...

Al-Fatihah..

Chatterbox 24 Februari 2010 pada 12:00 PTG  

"Whatever u give a woman, she will make it greater. Give her sperm, she will give u a baby. Give her a house, she will give u a home. Give her groceries, she will give u a meal. Give her a smile n she will give u her heart. She multiplies and enlarges what she is given. So if u give her crap, be ready to receive a ton of shit!"

i read it somewhere tapi lupa kat mana, saje nak kongsi :P

CikMelur 25 Februari 2010 pada 3:36 PG  

wanita dan lelaki di jadikan tuhan untuk melengkapi dunia.

saling melengkapkan sesama sendiri :)

LQ,  3 Mac 2010 pada 1:36 PG  

"Jadi bila rosak wanita, maka rosaklah sesebuah keluarga itu, dan rosak teruslah sebuah masyarakat. Maka penting untuk lelaki sebagai pengawal dari wanita menjadi rosak."

---bila lelaki rosak pula, implikasinya bagaimana?siapa yg perlu mengawal lelaki daripada rosak?

Suffian Salim 4 Mac 2010 pada 9:48 PG  

Mak aku ade natural beauty..

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP