29.3.10

Untuk budak kecil

DSC_7520
nikon d100,f/5.6, 1/4000, diedit dengan menggunakan perisian aperture

Mula-mula kamu perlu masuk blog ini. Gadis karate paling comel sekali.

ok,

Budak kecil ini seronok. Ikhlas. Hati belum tau busuk. Takda fikir apa. Tiada masalah lansung. Jadi cuba bayangkan kalau semua orang atas dunia ini tiada masalah, semua hanya seronok. Sama macam budak kecil lah.

Satu benda yang aku paling yakin ialah semua akan jadi bodoh, kucar kacir dan tidak menentu. Sebab itu perlunya ada masalah, supaya kau belajar dari benda yang salah.

Sebab itu tak boleh ada semua budak kecil, supaya yang besar belajar dari keikhlasan budak kecil dan budak kecil pula belajar dari kesilapan orang besar.

Dan sebab aku suka ambil gambar budak kecil. Ikhlas betul.

p/s:
try la at least. tolong.



Read more...

26.3.10

Meghargai kejahatan

Bila kau jalan-jalan, berkawan, berborak dengan orang, kenal orang baru, ada awek baru, pastinya perkara yang dibuat selepas kenal kita panggil sebagai menilai. Analisis segalanya untuk kau perlu teruskan perbualan atau matikan je perbualan atau tak mahu kawan lagi.

Proses analisa ini mungkin memakan masa beberapa tahun, beberapa bulan atau beberapa minit sahaja.

Selepas di analisa baru ada decision making.

Tapi persoalannya mengapa analisa selalu benda yang tidak baik, mengapa komen perihal bau badan? bulu ketiak tidak bercukur? bulu kaki berserabut? cepat marah? banyak komplen? tidak faham bahasa? kurang ajar?

Cuba sekali sekala menghargai kualiti, contohnya, orang yang kuat merajuk selalunya pandai pujuk, orang yang cepat marah selalunya cepat cool down, orang yang banyak komplen selalunya pandai buat decision, dan sebagainya.

Tapi apsal orang jarang nampak kualiti?

Cuba tengok orang yang kau tak suka atau benci dan carik kualiti dia. Ia akan buat kau kurang benci.

Masa tu kau rasa tenang sikit.

ah,



Read more...

25.3.10

Promosi paling hensem 2 dan portfolio

Promosi paling hensem kali ini tidak melibatkan ambil gambar anda secara percuma. Tapi melibatkan ikut aku pegi ambil gambar orang.

Pada hari sabtu(27.3) dan ahad(28.3) ni bertempat di taman tasik permaisuri.

Bukan aku seorang, ada daus dan juga hanif dan mungkin juga bib. Jadi jangan khuatir.

Percuma lah..takkan ikut aku ambil gambar kene bayar jugak kot. Nanti aku letak gambar yang korang ambil di blog aku. pastinya akan dikreditkan kat kau orang.

ini semua seronok-seronok sahaja. Kalau takda orang ikut pon tak apa. Tapi kalau nak ikut, kasi aku email di akukopikausiapa@gmail.com untuk mendapat detail.

Jangan malu lah, sekejap je ko kenal aku mesti ok punye..

benda yang korang kene bawak :
1.Camera. kalau boleh dslr lah. senang sikit nak control.
2.towel..konfirm berpeluh
3.Duit..sebba nanti ko kene belanja aku minum air kelapa. haha

sila beri tunjuk ajar kepada saya.

ok..

dari sukasukaphoto
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ini gambar time portfolio dan sedikit gambar random.

DSC_8341

DSC_0274
para gadis yang berebut ingin bergambar dengan aku.haha

DSC_0258 (1)
ini pantai consultant.
DSC_0249

DSC_0168

DSC_8299
depan KAED
DSC_0239
hanif dan daus lagi sikit nak jadi barongan
DSC_0225
selepas gambar ini diambil.zul(kiri) tercucuk keris di hidungnya.

DSC_0138

DSC_0311
aku suka ni..cuba teliti muka aisyah.hahaha

DSC_8449
di alamanda.

DSC_8472
mula-mula bangla tu ingat kita nak tolong dia..rupanya lagi sepahkan.

DSC_0334
jarang-jarang ada gambar aku tengah ambil gambar



Read more...

23.3.10

Hari ini 41 : Senarai terima kasih tidak terhingga

keluarga : Mula-mula aku patut berterima kasih kepada kepada akak-akak aku kerana sentiasa menyokong

Bib : terima kasih kepada bib sebab sentiasa menceriakan hari-hari.walaupun sering dihawaukan. orang melaka la katakan.

Hanif : Terima kasih kerana bagi pinjam kamera terlampau selalu. terima kasih bnayak.

daus dan zul : sebab dengar selalu

pembaca blog : memberi komen membina. terharu.

Habis dah nak berperasaan. Kemunculan entri yang lebih berkesan selepas ini.



Read more...

21.3.10

Khas untuk Nabila Farhana dan Raqib

kepada pasangan nabila farhana dan raqib,

kamu berdua boleh pegi mampos.



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP