4.1.13

selamat tahun baru dan sedikit pemahaman

Mula mula aku patut cakap selamat tahun baru. Walaupun sedikit terlambat. Tapi macam biasa setiap tahun baru orang akan cakap selamat tahun baru atau dalam bahasa inggerisnya happy new year. Maka aku pon cakap la happy new year.

Aku tak tahu sama ada kalau aku cakap happy new year ni efek dia sama macam aku cakap merry christmas. Kira aku macam kristian jugak ke macam mana aku tak tahu la. Tapi tak kisah la. Benda tu kau boleh baca tempat lain. Aku bukan nak cakap pasal benda tu ni.

Macam biasa tahun baru kau ada azam. So aku pon nak ada azam jugak. Contohnya aku nak jadi Muslim yang baik, menjaga kesihatan, dan menjaga kewangan.

Bila aku fikir balik. Sebenarnya cukup dengan aku menjadi Muslim yang baik. Sebab bila aku menjadi Muslim yang baik, aku pastinya akan menjaga kesihatan dan bersederhana dalam berbelanja.

Bercakap berkenaan menjadi Muslim yang baik.

Dulu kau selalu takut kalau tak sembahyang masuk neraka, tinggal solat asar macam berzina dengan ibu sendiri la, setiap solat kau tinggalkan dosa dia sama macam benda benda yang keji yang kau rasa takut untuk tinggalkan.

Kau jugak dengar kalau kau mengumpat macam makan daging saudara sendiri, nanti dekat neraka kau punya lidah kena bakar la. Kalau tak pakai tudung nanti rambut kau kena bakar lepastu puting kau nanti kena kepit lah macam macam cerita yang menakutkan.

Tapi masalahnya tak ramai orang yang takut dan masih tak menjadi Muslim yang baik. Aku pon tak baik. Jujurnya. Aku bukan Muslim yang baik. Mungkin baik hati, tapi bukan Muslim yang baik.

Jadi,

Aku fikir,

Tak boleh ke kalau kau jangan fikir benda yang menakutkan. Cubalah,

Cubalah macam, sembahyang bukan sebab takut masuk neraka atau apa apa yang takut. Sebab takut tu tak lama. dah besar sikit tak takut lah.

Tapi sembahyang sebab kau sayangkan tuhan. Apesal kau kena sayangkan tuhan? sebab tuhan dah bagi kau macam macam. Tuhan bagi kau air, udara kasi kau bernafas, keluarga, orang yang kau sayang, hidup kau. Tuhan bagi kau macam macam sangat. Lepastu kau taknak sayang tuhan? Lepastu kau ada hati nak sayang orang lain pulak? Lepastu kau putus cinta dengan awek kau, kau frust. Kau dah buat macam macam kat awek kau, tapi dia tak nak kau jugak.

Tuhan bagi kau macam macam, kau tak sayang pon tuhan, tapi dia tetap bagi macam macam. Kau tak malu ke? Kira tuhan punya power, bagi kau, kau cakap terima kasih pon taknak?

Kalau bab mengumpat ke, kau boleh je fikir macam kalau kau mengumpat akan menyakitkan hati orang, buat orang benci kat kau.

kalau kau mencuri akan menyusahkan orang.

Kalau kau pakai seksi kemungkinan nanti orang berminat rogol kau.

Kalau kau minum arak nanti kau akan buat benda bodoh.

Kira banyak benda tak elok nak dibuat, sebab benda tu memang tak elok. Tapi macam kau dan aku, yang peliknya, tak boleh fikir apesal benda tu tak elok.

So, itu azam tahun baru aku.




7 carutan balas:

nil 4 Januari 2013 4:43 PTG  

happy new year too. smg pncarian bhasil :)

encikzamru 5 Januari 2013 4:15 PG  
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
encikzamru 5 Januari 2013 4:16 PG  

selamat tahun baru mushi

Amar san 8 Julai 2013 10:40 PTG  

salam

bro bile ko nak kawen?

Dewi Aja 19 September 2015 4:42 PG  

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Tanpa Nama,  2 September 2016 1:28 PG  

zaman acah-acah buat blog, sume nak buat blog. pastu senyap. looooooollllllllllllllllllllllllllll

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP