15.3.11

Konflik hampir dewasa : antara dua jalan

Pastinya bila tiba suatu ketika, kau akan ada konflik tentang pilihan hidup kau. Konfliknya itu selalu berkaitan dengan masa hadapan. Iaitu untuk membuat sesuatu yang kau suka, atau membuat sesuatu yang kurang risiko, seperti kerja kerajaan.

Jika benda yang kau suka buat ialah pakai seluar dalam terbalik, mungkin kau perlu tolak tepi kesukaan itu. Benda yang kesukaan disini ialah sesuatu yang boleh dijadikan karier. Sebagai contoh kesukaan kau ialah berbasikal, kau mahukan karier kau sebagai tukang bawa basikal profesional.

Tapi risikonya besar, bukan?

Jika kau fikir, berapa lama kau boleh menjadi pelumba basikal? takkanlah sampai tua pon kau nak masuk eprtandingan lumba basikal? Akhirnya kau memilih untuk kerja makan gaji yang biasa, yang selalunya ia menjamin masa hadapan kau.

Tapi malangnya, kau akan hilang kesukaan kau. Sangat malang. Hilang seorang pelumba berbakat.

Macam aku contohnya,

Aku sekarang sedang tersekat antara mahu serius dalam fotografi atau membuat kerja yang aku sepatutnya buat. Iaitu perancangan bandar. Kedua-duanya bidang professional.

Tidak dinafikan aku suka ambil gambar, aku sudah fikir mahu buat fashion fotografi. Atau sekurang-kurangnya wedding yang ala-ala fashion fotografi punya. Tapi risikonya besar.

satunya, fotografi ialah teknologi dan bakat.

Teknologi berkembang. Setiap hari pasti ada benda baru. Aku cuma risau bila aku teruskan dalam bidang fotografi contohnya, aku akan tua, maka otak aku tidak lagi boleh "cope" dengan teknologi pada masa itu. Manalah tau sampai satu masa kamera pakai mata sahaja. Dah masa itu mata aku rabun pula. Apa macam mau tangkap gambar?

Bakat mungkin berkaitan dengan kreativiti. Kreativiti seperti trend. Ada satu masa orang yang pandai buat kerawang dan tulis-tulis perkataan mengarut bersimpang siur dibangga-banggakan kekreatifannya. Walhal sekarang orang yang buat album kerawang-kerawang dan tulis-tulisan dikutuk pula. Mereka mahu sesuatu yang simple.

Jadi aku perlu kata kreativiti seperti trend. Kejap orang suka itu, kejap orang suka ini. Mungkin masa muda aku sekarang aku boleh capai segala bentuk kreatif yang orang mahu. Bila tua? bila otak sudah karat? Mahu jadi apa lagi?

Aku tak mahu akhirnya aku cuma buka kedai kamera dekat pudu. Bagi diskaun melampaui batas kepada customer

Ia boleh jadi macam-macam. Boleh jadi kamu suka memanjat batu dan mahu travel seluruh dunia panjat batu. Mahu lari telanjang seluruh dunia dan harap ada orang sponsor kau.

Akhirnya ia berkaitan pilihan untuk hidup kau.

Kalau pilihan itu cuma beri kesan dekat aku mungkin aku akan buat apa yang aku suka. Masalahnya kita dikelilingi orang yang kau sayang, orang yang pandang kau dan malangnya, dikelilingi orang yang menghakimi kau.

9 carutan balas:

qi 15 Mac 2011 pada 5:51 PTG  

kau pernah baca The Alchemist dari Paulo Coelho. Buku ini mengisahkan tentang impian yang kadang2 orang tidak kejar sebab halangan2 seperti yg kau sebutkan. Cubalah baca, kot meberi kau semangat.

Iwan Shah Zainal 15 Mac 2011 pada 8:47 PTG  

buat 2 2...amek gmbr..ko berbakat kot

karatz 15 Mac 2011 pada 10:34 PTG  

wah kopi,entry kali ini sangat hebat.kena pada semua orang.kekeke.

mungkin masih ada jalan.mungkin tak perlu pilih salah satu.mungkin juga sepatutnya buat dua dua.
ahh,banyak sangat kemungkinan.dan zaman sekarang tidak pelik sangat kalau pilih dua dua pun.haha

Nadzirah Idris 15 Mac 2011 pada 10:35 PTG  

Sesuatu pilihan tu tak pernah salah atau pun betul.

yang penting adalah macam mana kau nak 'kerjakan' pilihan yang kau dah buat.

kuyam 16 Mac 2011 pada 1:54 PG  

ak pn minat gila bidang kecantikan
tp sekarang buat degree engineering
ouh~

AkuKopiKauSiapa? 16 Mac 2011 pada 5:02 PG  

idealist:
oh ye? nanti aku pegi library aku try carik k. tanx

rizwan:
tak boleh. aku nak ada life.

karatz:
haa..maknanya kau sedang ingin dewasa. hhuhu.takleh la dua-dua. penat. aku nak kahwin lagi. kang takkan bini kene tinggal je.

N:
terima kasih untuk nasihat tu.

diloz:
haha. agak dah.

kuyam:
bidang kecantikan eh? Macam menarik je bunyinya. Kalau boleh buat duit dengan banyak. apa salahnya kan?

Asrulsani 16 Mac 2011 pada 5:07 PG  

Kalau aku, kerja makan gaji dulu. At least boleh apply apa yang aku belajar masa di Uni dulu, cari pengalaman. Sambil tu buat la fotografi macam biasa, part time. Agak-agak income fotografi dah konsisten atau melebihi gaji yang kau dapat, kau buat la full time. Tapi sebelum resign memang kena fikir masak-masak... jalan selamat, buat part time.

Apa pun kau je yang tau apa yang kau nak.

misz aisya 18 Mac 2011 pada 2:58 PG  

hye..

i rasa, u pilihlah kerja perancang bandar tu. fotografi biarlah jadi sambilan je. sbb hobi dan minat ni boleh hilangkan stress u bekerja..

u boleh dpt dua2 so kenapa mesti nak tinggalkan salah satu?

ask Him coz He knows the best..

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP