review filem merong mahawangsa
Aku kurang suka tonton cerita melayu di wayang. Selalunya kerana penonton cerita melayu di wayang bising. Dengan bawak anak-anak. Buat bising. Pantang nampak babak lucah sikit sudah teruja dan jadi macam monyet. Tapi kerana aku nak buat review aku tonton juga.
Ok,
mula-mula aku patut cakap aku sedikit skeptikal dengan filem KRU. terbayang-bayang aku lagu "oh la la".Dengan sebutan "S" yang bodoh dari ahli kumpulan KRU. "syetiap masya..oh la la la."
Namun selepas menonton semalam. Jujurnya, aku sedikit teruja. Namun masih banyak lagi ruang kelemahan yang boleh dibaiki.
Tapi kalau nak dibandingkan dengan filem Malaysia, untuk filem Malaysia buat cerita epic. Agak sukar la. Jadi cubaan seperti ini perlulah dipuji. Asyik nak kutuk aja.
Untuk memudahkan review, aku bahagikan kepada beberapa topic.
Jalan cerita
Menggunakan jalan cerita epic yang tipikal. asal usul+ konflik campur lawan secara kecil kecilan +peperangan terakhir yang agung. Dalam setiap cerita epic pasti ada scene menaikkan semangat. Yang mana hero akan buat syarahan terkahir sebelum peperangan. Setiap cerita epic pasti ada babak tersebut.
Dalam cerita merong mahawangsa, aku patut cakap semangatnya tidak cukup. Encik Merong Mahawangsa punya syarahan memang baik, tapi cara ia dibuat, cara watak tambahan mendengar syarahan tersebut sungguh tidak menarik.
Bunyi
Dalam cerita ini benda aku paling puji ialah bunyi. Terutamanya semasa sesi berlawan. Dapat dengar bunyi pasir. Bunyi tumbukan campur bunyi besi. Bunyi pedang. Bunyik berjalan. Bunyi percakapan mungkin lemah sedikit. Sekurang-kurangnya tidak bunyi suara kena dubbing. Filem adflin shauki pon suara dubbing.
Maksudnya bila di laut suaranya macam dilaut, bila jauh suaranya jauh, bila di dalam bilik suaranya macam di dalam bilik.
Dalam filem merong mahawangsa. Suaranya sudah lagi sikit mahu capai bunyi yang begitu. Mungkin boleh ditingkatkan lagi. Tapi boleh dipuji.
Editing
Editing warna di awal dan di akhir cerita perlu dipuji. Di tengah-tengah macam tak edit lansung pon ada. Mungkin semasa proses editing tukang edit filem ini sakit perut semasa mahu edit bahagian tengah cerita ini. Kemudia kerana Yusry sudah tak sabar mahu siap cerita ini, Yusry sendiri yang edit. Kemudian bila tukang editnya balik dari toilet. Tiba-tiba dah sampai akhir cerita. Yusry buat tak tau.
Kerja kamera
Kerja kamera di awal cerita dan di akhir cerita menarik. Di tengah cerita habis jahanam kamera. Gambar masa malam tak cantik. Sudah tak macam malam. Macam salji pula. Namun banyak babak, pengarahan kameranya cantik. Tidak begitu simple, tidak begitu berseni seperti khabir bahtiar. Tapi sesuai untuk filem sebegini.
perwatakan
Watak dalam cerita ini sudah ada. Tapi kelemahan pelakon menyampaikan watak tersebut. Yang jadi mungkin embok(xtau nama betul) dan khir rahman. Yang si merong itu kononnya seorang yang kelakar, rileks, tapi kadangkala serius pon tidak begitu jadi. Yang marcus paling bodo. Yang laksamana cina dan princess itu lagi jahanam.
Rambut pak kesum
Aku begitu masalah dengan rambut pak kesum. Mungkin akibat bertapa di bawah airnya jatuh selama tujuh hari tujuh malam. Rambut pak kesum jadi sebegitu rupa.
buah dada embok
Buah dada embok dalam cerita ini begitu menjadi subjek utama dalam filem merong mahawangsa. Kadang-kadang dapat diperhatikan merong mahawangsa dan pak kesum sendiri usha buah dada embok. Namun watak embok betul-betul patut dipuji. Cukup melayunya.
hubungan merong mahawangsa dan marcus si raja
Aku syak diorang gay di awal cerita.
Keseluruhan
Aku tak berani cakap cerita ini wajib ditonton. Cuma aku patut cakap tidak rugi ditonton di wayang. Tinggalkan sedikit ruang syak wasangka. Jangan begitu letak harapan tinggi. Abaikan di tengah cerita. Maka mungkin anda akan suka cerita ini.
Sekurang-kurangnya cerita ini tidaklah sebodoh cicakman. Tidaklah sebodoh lagu oh la la. Tidaklah sebangsat razak mohaideen. Cukuplah untuk ditonton di wayang.
5 carutan balas:
Dan untuk skrip, tak asli sangat, padahal ini filem mengenai sejarah. Sepatutnya bahasa lebih klasik.
Dan sepatutnya puteri china bertutur dalam bahasa cina bila berdua bersama dengan dayangnya, ying ying. Ini memanjang cakap omputih, tak logik!
chu :
biasalah tu. kang kau tak paham pulak. Macam cerita gladiator. semua orang cakap omputih walau mereka semua dari rom. takde orang komplen pon.
mcm mner plak pendapt ko tntg certain babak yg x logik....cntohnya mase semua tntera jahat mati slepas pnjt menara tinjau yg kayu 2 padahal yg pnjt skit jer tp semua mati....and mase gna cermin mase nk bakar tntera jahat 2...mcm fake
Tade orang komplen sebab tade orang tahu orang rom pakai bahasa apa. Ke sebab tade orang komplen sebab orang rom memang pakai bahasa omputih. ke sebab orang tengok tutup mata?
Macam mana boleh tak paham pulak kalau guna bahasa cina. Then apa point subtitle. Cis.
hai encik kopi...dah lama tak komen kat sini ;)
apa2pon..encik kopi mmg slalu besh!!!
Catat Ulasan