2.1.11

Short filem akukopi (4) : hon part 2

Babak 2:

kereta keluar dari rumah.

Kamera dari atas,(mungkin kamera kena duduk atas flyover), nampak kereta dia(proton saga buruk) tengah cucuk satu kereta rapat. lepastu dia terus hon.

Lepastu kereta tu macam ke tepi sikit. Beri laluan.

lepastu kamera dari sebelah lelaki tu pulak..

Dia bawak sama laju dengan kereta yang dia potong tadi, dia bukak tingkap. Lepas tu dia macam keluar kepala nak pandang kereta yang dia potong tadi. Bini dia macam geleng kepala lagi.

Babak 3.

Sampai dekat traffic light. Traffic light merah.

Kamera fokus dekat bumper depan kereta dia dengan bumber depan kereta belakang rapat gila babi.

Lepastu kamera fokus dekat mata dia.

Lepas tu keluar macam beberapa frame. 1 frame fokus kat mata dia. 1 frame fokus kat traffic light. 1 frame lagi fokus kat tangan dia(sedang macam angkat ready nak tekan hon)

Traffic light tuka je hijau, Dia terus tekan hon secara yang jenis panjang punya. Lepastu dah jalan, dia buat muka selamba.

Babak 4 :

Dia masih memandu, lepastu nampak ada orang bawak basikal lalu tepi jalan.

Dia pegi rapat dekat orang tu. Lepastu hon kuat-kuat.

Orang tu jatuh. Lepastu dia macam senyum nipis.

Babak 5 ;

Lepastu macam tunjuk banyak-banyak frame. Semua scene yang dia hon. Sekejap hon pakai tangan dengan bersungguh2, lepastu dia pakai siku, lepastu ada yang dia kepala, ada pakai kaki dia pijak-pijak hon tu. Mungkin ada yang dia pakai bontot.

Kira macam hon dengan bersungguh-sungguh la.

Babak 6:

Dia balik rumah.

tunjuk bini dia dengan bini dia atas katil. Bini dia tengah baca buku. Dia tengah tidur atas katil.

Lepastu kamera zoom terus kat kepala laki dia. Lepastu fade to white.

Lepastu masuk dalam mimpi laki tu.

Dalam mimpi laki tu dia sedang happy hon orang. Macam semua benda macam diperbuat dari kertas. Orang-orang yang dia hon tadi, termasuk dengan pakcik tu semua macam tengah menari beramai-ramai sambil pengang stereng dan tekan hon. Semua benda macam kartun. Macam kereta diperbuat dari kertas, awan dari kertas. warna-warni Kira kartun la.

Lepastu fade to black.

Lepastu tunjuk bini dia sedang pandang laki dia yang tengah tidur.

Kamera bergerak perlahan-lahan ke arah laki dia.

Lepastu laki tu sedang macam buat gaya tekan hon, muka tersengih-sengih. Sambil tidur.

Bini dia geleng kepala lagi.

Babak 7 :

Esoknya perkara yang sama. Dia pakai tie, sikat rambut, bukak pintu kereta, start enjin.

Lepastu dia punya muka terperanjat.

Stereng dia da takde.

dia carik-carik bawah seat, belakang kereta. Semua tempat dalam kereta.

Lepastu bini dia masuk kereta, bini dia tunjuk stereng.

Lepastu bini dia hon kat telinga dia pakai benda yang macam spray tapi keluar hon tu.

Lepastu keluar mesej yang menyatakan bahawa hon itu menjengkelkan.



*habis.

6 carutan balas:

susu 2 Januari 2011 pada 10:56 PTG  

menarik oii..cptla mula shoot, xsbr nk tgk

anaeeim 2 Januari 2011 pada 11:06 PTG  

en.kopi! cepat lah! nak usha! macam superb! kipidap! :D

admin@blogdiloz.com 3 Januari 2011 pada 5:54 PG  

hahaha.
gila bai.
kalau jadi boleh jual kat tv doh.
nak jadi crew boleh?
:P

iyllienaz 5 Januari 2011 pada 7:54 PG  

hahaha..aku suka part dlm mimpi dia tu..

. 5 Januari 2011 pada 7:57 PG  

kalau dah shoot, tolong heboh satu kampung ya. macam menarik!

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP