gambar seketul (14) : tripod
Sebenarnya aku takde pon tripod. Aku pinjam je orang punya. Aku rasa dah sampai time aku patut beli tripod sendiri. Aku nak yang warna hitam tu, yang atas dia bulat tu. Kira tripod yang nampak mahal dan solid. So aku boleh jalan-jalan dengan nabila farhana ambil gambar. Walaupun malu sebenarnya.
Aku baru beli bag kamera. Bag yang jenis sling macam crumpler tu. Supaya tak malu untuk bawak jalan-jalan, sebab sebelum ni aku pakai beg nikon yang buruk tu. Malu siut bawak jalan-jalan. Dahla buruk. Merosakkan gaya.
Aku punya target, aku nak banyakkan masa dengan kamera. Aku cuba buat habit, kemana-mana aku nak bawak kamera. Sebab sebelum ni, aku cuma bawak kamera untuk amik gambar orang je. Aku belum tahap sampai bawak kamera ke mana sahaja aku pergi.
Lebih-lebih lagi dengan trend budak-budak bawak kamera besar dan gantung kat leher. Aku jadi makin malu nak bawak. Kesian aku dan orang-orang lain yang betul passionate pasal fotografi. Kesian.
Oh. Sukasukaphoto dah update!!
Dan selamat tahun baru!!
4 carutan balas:
ah betul sangat lah tu kadang kadang aku nak ambil gambar nak bawak keluar camera pun segan sebab takut orang cakap setakat benda remeh pun nak tangkap semua kerana trend camera gantung leher urghh
"Lebih-lebih lagi dengan trend budak-budak bawak kamera besar dan gantung kat leher. Aku jadi makin malu nak bawak."
agreed
"Lebih-lebih lagi dengan trend budak-budak bawak kamera besar dan gantung kat leher. Aku jadi makin malu nak bawak."
setuju gak la walaupun aku takde kamera cam korang..
hahah...kuar ari jumaat bawa kamera apis...akak cakap..klu bawa je..tak amik gmba...wat sakit hati je...tp, hanya ada 2 keping je gambar yg di ambil...saba je la..
Catat Ulasan