16.8.10

Sebenarnya, benda yang kau carik?

ENTRI INI GILABABI JIWANG MELELEH NAK MAMPOS.

Memang macam orang biasa ini mahu kuasa, baik kuasa membeli, kuasa boleh keluar api ikut tangan,kuasa memilih dan paling penting perasaan yang ada kuasa itu.

Dan bagi aku benda yang kau carik sebenarnya, terhadap pasangan kau ialah bukan love, sebenarnya yang kau carik ialah perasaan power tu. Kiranya, perasaan yang kau tau ada orang akan support kau, ada orang yang akan dengar semua benda yang kau nak cerita, orang yang bagi kau semangat, orang yang kononnya menjadi penyebab, yang buat kau rasa hebat dan buat kau jadi better," better man".

Aku rasa, semua orang boleh bagi love dekat orang lain, siapa-siapa pon boleh. Aku boleh kasi love dekat makcik kau, atau dekat jiran kau. Dan makcik kau atau jiran kau pasti boleh menerima. Tapi persoalannya yang lebih penting ialah aku boleh ke buat makcik kau atau jiran kau rasa power dan lebih bersemangat dan terasa hebat?

Itu yang membezakan aku dan orang lain dan orang yang kau tak boleh ganti.

Kesimpulan,

sebab itu kau kena sayang Allah. Supaya kau sentiasa bersemangat hari ke hari, sentiasa ada sebab untuk hidup, kau mahu impress, kau tanak buat jahat sebab kau love Allah. Sebab itu orang cakap orang banyak iman ni tak pernah sedih. Sebab dia tahu ada yang support dia, dan buat dia mempunyai sebab dan bersemangat.

Selamat menyambut ramadhan

blog comments powered by Disqus

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP