27.8.10

nasi kerabu yang tenang

Dekat UIA ni ada satu bazaar ramadhan.

Yang kecil, tidak banyak pilihan, tiada gadis comel kerana gadis comel semua makan di luar dengan lelaki masing-masing, berkonsepkan balapan, makanan yang tidak sedap dan kedekut dan mahal, dan senang cakap tidak seronok dan meriah.

Aku ingat hari pertama puasa aku cuma makan sisa-sisa lauk yang tinggal dari kedai jual nasi campur paling bodoh dan diboikot hingga ke hari ini oleh aku. Tapi takpe. Asal dapat makan.

Ok,

Tapi ada satu kedai nasi kerabu ini, yang sepanjang puasa ini, aku boleh bersahur dan berbuka makan nasi kerabu pon takpa. Sebab sedap. Aku seorang yang tak suka makan nasi kerabu sebenarnya. Sebab rupanya tak cantik, warna biru, dan selekeh.

Tapi nasi kerabu ini betul2 buat aku jatuh cinta.

Kedai ini begitu tenang, nasi kerabunya juga kelihatan tenang dan bersahaja. Mamat yang menjualnya aku selalu nampak di Blok Zubair tapi tak pernah tahu nama, Orang yang beratur di kedai Nasi kerabu tu tak gelabah macam di kedai lain. Pembeli di kedai nasi kerabu itu semua senyap dan tenang. Dan sabar menunggu. Keadaan seperti di alam lain di gerai nasi kerabu tu.

Serius woo..aku tak tipu..ni cerita betul ni.

Semua macam menghormati nasi kerabu yang tenang. Mahu beli pon kena tenang. Jika mereka kelam kabut mahu beli Ikan Bakar Duan, di gerai nasi kerabu mereka perlu tenang. Semua berdiri tegak, cakap pon perlahan-lahan dan hampir berbisik.

"be..kerabu aye se"

blog comments powered by Disqus

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP