7.8.10

Kaitan urbanisasi, MRR2 dan juga subang

Menurut adalah hasil perbincangan dengan hanif, pengaplikasian perancangan bandar terhadap sekeliling.


Mula-mula kita perlu faham apakah urbanisasi. Dalam bahasa ringkasnya urbanisasi ini ialah pembandaran. Perubahan sesuatu tempat itu dari kawasan luar bandar ke bandar. Dan jika kau tak faham apakah itu luar bandar dan bandar, marilah datang ke bilik aku dan meh aku hempuk kepala kau dengan seterika.

Definisi bagi MRR2 pula ialah kawasan sepanjang lingkaran MRR2 tersebut iaitu dari sungai besi sampailah ke gombak melalui wangsa maju, ampang dan tempat-tempat urban terkenal yang lain.

Subang pula merujuk kepada mukim di Daerah petaling, iaitu di mana penduduknya kenal satu sama lain, dan berpendapatan tinggi.

Seperti yang pernah diperkatakan sebelum ini, Orang-orang MRR2 ini macam pelik, yang mana orangnya banyak kelihatan di pavillion dan kamu nilai sendiri. Persoalannya mengapah mereka begitu?

sepanjang Mrr2 itu, urbanisasi datang kepada mereka, pembinaan jalan MRR2 menghubungkan mereka antara satu sama lain, jadi bila urbanisasi kurang terancang datang kepada mereka, maka wujud satu yang kita panggil sebagai kejutan budaya.

Kita ambil contoh mudah, ulu kelang itu sepatutnya kawasan yang agak ulu, sesuai dengan namanya. Limpahan pembangunan dari kuala lumpur, dihubungkan melalui Mrr2 menjadikan ia seperti sekarang. Maka orangnya akan menjadi tiada identiti dan masih ingin mencuba.

Contoh lebih mudah ialah seperti bagaimana satu kawasan kampung, yang kampung gila yang mengamalkan cara hidup melayu tiba-tiba dikejutkan dengan pembangunan, tiba-tiba gaji mereka jadi tinggi. Maka anak-anak mudanya seperti tiada identiti dan menjadi bukan diri mereka.

Hasilnya kita lihat di depan pavillion pada hari sabtu.

Maka bila beberapa orang yang tiada identiti ini menjadi konon hebat dalam satu kawasan, maka orang lain yang kononnya bersifat memberontak dan menolak gaya hidup melayu pon mengikut juga, masalahnya yang diikut itu pon tiada identiti. Maka lahirlah satu generasi yang melalui proses "urbanisasi tanpa identiti"(Hanif) yang akan berterusan sekian lamanya.

Pasti kau tertanya-tanya apa kaitan subang?

Subang, jika kau bukan orang Subang, maka kau takkan jadi subang. Bagaimana kau cuba, kau takkan jadi salah seorang dari mereka dan akan nampak kau bukan subang. Sebab "subang ialah urbanisasi"(Hanif).

Sebab itu sekarang bandar-bandar kecil seperti Melaka yang dulunya mereka mempunyai identiti sebagai negeri yang relax dan cool dan orangnya biasa-biasa tiba-tiba sekarang menjadi pelik. Ini akibat kehilangan identiti.

Hilangnya identiti mereka itu disebabkan oleh pengaruh luar yang salah ikutan.

*entri ini merujuk pada majority. Tidak spesifik. Terima kasih.


blog comments powered by Disqus

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP