30.3.11

satu wanita dan dua lelaki

magik kan?


Mungkin penggunaan kata wanita tidak begitu sesuai untuk digunakan di sini. Satu sebabnya ialah wanita digambarkan sebagai seorang yang lembut, elegan, dan matang. Mungkin perkataan yang lebih sesuai digunakan ialah perempuan. Perempuan bunyinya lebih tidak dewasa, lebih suka main-main dan tidak serius.

Ada sesetengah perempuan yang cepat lupa. Mereka cepat lupa apa yang mereka pernah buat dan apa yang orang pernah buat terhadap mereka.

Mereka juga kadang-kadang lupa apa yang orang buat untuk masa depan mereka, mereka anggap sebagai main-main. Malahan lebih teruk mereka tidak hargai.

Contohnya jika ada orang kumpul duit, perlu kerja bersungguh-sungguh untuk mereka. Jadi kebanyakan masa orang itu akan sibuk, jadi perempuan yang tadi lebih gemar untuk mencari lelaki lain.

Itu perempuan, kurang hargai apa yang orang laku untuk mereka kerana mata mereka buta dan mati rasa.

Kebanyakan masa kita maafkan mereka kerana tak boleh kehilangan mereka. Walaupun secara jujurnya mereka tidak layak dimaafkan.




Read more...

20.3.11

tips mencari jurugambar perkahwinan

Orang kalau nak kahwin benda paling penting ialah mencari jurugambar kahwin. Pastinya nak hasil yang cantik. Yang kamu boleh tengok lama sepanjang tahun dan kekal sampai bila-bila tak bosan.

Untuk itu kamu perlukan jurugambar kahwin yang pandai. Bukan setakat saudara-mara yang mempunyai dSLR kemudian kamu panggil dia jadi jurugambar kahwin kamu dengan bayaran RM500 sekali dengan sticky album. Lepastu kamu sendiri akan menyesal. Sebab kahwin bukan macam raya. Setahun sekali.

Tapi sebelum kamu pilih, pastilah kamu kena tahu cabang-cabang fotografi. Jadi baru kena dengan citarasa kamu.

Sebab ada orang pandai amik potrait atau fesyen, ada orang pandai ambil landskap, ada orang pandai photojournal, ada orang suka macro. Ada orang pandai event. Macam-macam.

Kadang-kadang ada orang memang pandai amik gambar, memang cantik gambarnya bila dia pegi travel. Kamera gabak mahal puluh-puluh ribu. Tapi pastikah kamu yang gambar kahwinnya cantik?

Kerana di Malaysia ini banyaknya potret dan journal sahaja.Jadi biar aku terangkan dua sahaja. Penerangannya berdasarkan taste kamu.

Potrait dan fesyen
Jika kamu suka gambar yang static. Tidak bergerak sangat. Gambar mungkin pelik dan simple. Lebih kepada kecantikan. Kamu akan suka yang begini. Gambarnya selalu dekat-dekat. Pakai prime lens macam 35mm,85mm dan 135mm.Lens paling wide pon 24mm.Lebih mengutamakan detail-detail seperti baju pengantin kamu, bunga dan benda kecil-kecil. Sesi outdoornya pasti seronok dilihat. Mungkin ini yang paling seronok dilihat dalam album kahwin kamu. Sebab pastinya kamu nak tengok album kamu banyak gambar kamu yang cantik-cantik kan? nak tengok gambar orang lain buat apa?

contoh :

http://www.rachelksumnerblog.com/
www.heandshephoto.com/

Journalist
Orang-orang begini lebih suka gambar moment. Gambar orang sedang menangis. Sedang gelak ketawa. Sedang teran berak. Sedang menahan nafsu. Bagai-bagai lagi. Jadi kamu akan boleh bayangkan bagaimana outputnya nanti? gambarnya pasti gambar orang sedang gelak ketawa. Gemar menggunakan wide lens. 10-24mm dan 70-200mm. Gambar melengkung-lengkung. lebih kepada candid. Tapi sesi outdoornya mungkin dia agak sukar. Jadi mungkin dia cuma suruh kamu buat biasa. Jalan-jalan. Kebanayakan fotografer kahwin di Malaysia stylenya begini. Aku pon tak faham apesal.

aku tak berapa minat cara journalist.Boring bagi aku. Jadi kamu boleh masuk sini untuk reference :

www.wpja.com/




Kesimpulan
Kedua-duanya cantik. Ia terpulang kepada kesukaan kamu. Macam aku pastinya aku memilih potret photography. Sebab ia lebih seronok. Dan selalunya layout albumnya lebih simple dan tidak serabut. Lebih-lebih lagi aku nak tengok muka aku. Bukan muka orang lain. Sebab itu aku lebih ke arah potret.

Namun, wedding photographer selalunya master kedua-dua gaya. Journal dan potret. Tapi seperti biasa. Pasti ada satu gaya yang dia paling suka. Itu yang bezakan. Dan itu yang kamu perlu pandai pilih.

Selamat memilih.



Read more...

15.3.11

Konflik hampir dewasa : antara dua jalan

Pastinya bila tiba suatu ketika, kau akan ada konflik tentang pilihan hidup kau. Konfliknya itu selalu berkaitan dengan masa hadapan. Iaitu untuk membuat sesuatu yang kau suka, atau membuat sesuatu yang kurang risiko, seperti kerja kerajaan.

Jika benda yang kau suka buat ialah pakai seluar dalam terbalik, mungkin kau perlu tolak tepi kesukaan itu. Benda yang kesukaan disini ialah sesuatu yang boleh dijadikan karier. Sebagai contoh kesukaan kau ialah berbasikal, kau mahukan karier kau sebagai tukang bawa basikal profesional.

Tapi risikonya besar, bukan?

Jika kau fikir, berapa lama kau boleh menjadi pelumba basikal? takkanlah sampai tua pon kau nak masuk eprtandingan lumba basikal? Akhirnya kau memilih untuk kerja makan gaji yang biasa, yang selalunya ia menjamin masa hadapan kau.

Tapi malangnya, kau akan hilang kesukaan kau. Sangat malang. Hilang seorang pelumba berbakat.

Macam aku contohnya,

Aku sekarang sedang tersekat antara mahu serius dalam fotografi atau membuat kerja yang aku sepatutnya buat. Iaitu perancangan bandar. Kedua-duanya bidang professional.

Tidak dinafikan aku suka ambil gambar, aku sudah fikir mahu buat fashion fotografi. Atau sekurang-kurangnya wedding yang ala-ala fashion fotografi punya. Tapi risikonya besar.

satunya, fotografi ialah teknologi dan bakat.

Teknologi berkembang. Setiap hari pasti ada benda baru. Aku cuma risau bila aku teruskan dalam bidang fotografi contohnya, aku akan tua, maka otak aku tidak lagi boleh "cope" dengan teknologi pada masa itu. Manalah tau sampai satu masa kamera pakai mata sahaja. Dah masa itu mata aku rabun pula. Apa macam mau tangkap gambar?

Bakat mungkin berkaitan dengan kreativiti. Kreativiti seperti trend. Ada satu masa orang yang pandai buat kerawang dan tulis-tulis perkataan mengarut bersimpang siur dibangga-banggakan kekreatifannya. Walhal sekarang orang yang buat album kerawang-kerawang dan tulis-tulisan dikutuk pula. Mereka mahu sesuatu yang simple.

Jadi aku perlu kata kreativiti seperti trend. Kejap orang suka itu, kejap orang suka ini. Mungkin masa muda aku sekarang aku boleh capai segala bentuk kreatif yang orang mahu. Bila tua? bila otak sudah karat? Mahu jadi apa lagi?

Aku tak mahu akhirnya aku cuma buka kedai kamera dekat pudu. Bagi diskaun melampaui batas kepada customer

Ia boleh jadi macam-macam. Boleh jadi kamu suka memanjat batu dan mahu travel seluruh dunia panjat batu. Mahu lari telanjang seluruh dunia dan harap ada orang sponsor kau.

Akhirnya ia berkaitan pilihan untuk hidup kau.

Kalau pilihan itu cuma beri kesan dekat aku mungkin aku akan buat apa yang aku suka. Masalahnya kita dikelilingi orang yang kau sayang, orang yang pandang kau dan malangnya, dikelilingi orang yang menghakimi kau.



Read more...

14.3.11

gambar seketul (17)

Aku suka gambar ni sebab background dia. Malangnya aku pakai aperture 2.0 background jadi blur. Sepatutnya pakai f/11. Rugi. Di IKEA

Baru lepas beli kaca mata hitam. Jujurnya aku menyampah pakai sunglass. Tapi memikirkan nanti nak jalan-jalan di Bangkok, kena ada satu, Jadi beli jua.

Ini kedai di CM. Tapi aku rasa nabila Farhana nampak comel dalam gambar ni.

Ini lagilah comel. Cair.....


Macam dah lama tak bercerita sambil upload gambar.



Read more...

12.3.11

review filem merong mahawangsa

Aku kurang suka tonton cerita melayu di wayang. Selalunya kerana penonton cerita melayu di wayang bising. Dengan bawak anak-anak. Buat bising. Pantang nampak babak lucah sikit sudah teruja dan jadi macam monyet. Tapi kerana aku nak buat review aku tonton juga.

Ok,

mula-mula aku patut cakap aku sedikit skeptikal dengan filem KRU. terbayang-bayang aku lagu "oh la la".Dengan sebutan "S" yang bodoh dari ahli kumpulan KRU. "syetiap masya..oh la la la."

Namun selepas menonton semalam. Jujurnya, aku sedikit teruja. Namun masih banyak lagi ruang kelemahan yang boleh dibaiki.

Tapi kalau nak dibandingkan dengan filem Malaysia, untuk filem Malaysia buat cerita epic. Agak sukar la. Jadi cubaan seperti ini perlulah dipuji. Asyik nak kutuk aja.

Untuk memudahkan review, aku bahagikan kepada beberapa topic.

Jalan cerita
Menggunakan jalan cerita epic yang tipikal. asal usul+ konflik campur lawan secara kecil kecilan +peperangan terakhir yang agung. Dalam setiap cerita epic pasti ada scene menaikkan semangat. Yang mana hero akan buat syarahan terkahir sebelum peperangan. Setiap cerita epic pasti ada babak tersebut.

Dalam cerita merong mahawangsa, aku patut cakap semangatnya tidak cukup. Encik Merong Mahawangsa punya syarahan memang baik, tapi cara ia dibuat, cara watak tambahan mendengar syarahan tersebut sungguh tidak menarik.

Bunyi
Dalam cerita ini benda aku paling puji ialah bunyi. Terutamanya semasa sesi berlawan. Dapat dengar bunyi pasir. Bunyi tumbukan campur bunyi besi. Bunyi pedang. Bunyik berjalan. Bunyi percakapan mungkin lemah sedikit. Sekurang-kurangnya tidak bunyi suara kena dubbing. Filem adflin shauki pon suara dubbing.

Maksudnya bila di laut suaranya macam dilaut, bila jauh suaranya jauh, bila di dalam bilik suaranya macam di dalam bilik.

Dalam filem merong mahawangsa. Suaranya sudah lagi sikit mahu capai bunyi yang begitu. Mungkin boleh ditingkatkan lagi. Tapi boleh dipuji.


Editing
Editing warna di awal dan di akhir cerita perlu dipuji. Di tengah-tengah macam tak edit lansung pon ada. Mungkin semasa proses editing tukang edit filem ini sakit perut semasa mahu edit bahagian tengah cerita ini. Kemudia kerana Yusry sudah tak sabar mahu siap cerita ini, Yusry sendiri yang edit. Kemudian bila tukang editnya balik dari toilet. Tiba-tiba dah sampai akhir cerita. Yusry buat tak tau.

Kerja kamera
Kerja kamera di awal cerita dan di akhir cerita menarik. Di tengah cerita habis jahanam kamera. Gambar masa malam tak cantik. Sudah tak macam malam. Macam salji pula. Namun banyak babak, pengarahan kameranya cantik. Tidak begitu simple, tidak begitu berseni seperti khabir bahtiar. Tapi sesuai untuk filem sebegini.

perwatakan
Watak dalam cerita ini sudah ada. Tapi kelemahan pelakon menyampaikan watak tersebut. Yang jadi mungkin embok(xtau nama betul) dan khir rahman. Yang si merong itu kononnya seorang yang kelakar, rileks, tapi kadangkala serius pon tidak begitu jadi. Yang marcus paling bodo. Yang laksamana cina dan princess itu lagi jahanam.

Rambut pak kesum
Aku begitu masalah dengan rambut pak kesum. Mungkin akibat bertapa di bawah airnya jatuh selama tujuh hari tujuh malam. Rambut pak kesum jadi sebegitu rupa.

buah dada embok
Buah dada embok dalam cerita ini begitu menjadi subjek utama dalam filem merong mahawangsa. Kadang-kadang dapat diperhatikan merong mahawangsa dan pak kesum sendiri usha buah dada embok. Namun watak embok betul-betul patut dipuji. Cukup melayunya.

hubungan merong mahawangsa dan marcus si raja
Aku syak diorang gay di awal cerita.

Keseluruhan
Aku tak berani cakap cerita ini wajib ditonton. Cuma aku patut cakap tidak rugi ditonton di wayang. Tinggalkan sedikit ruang syak wasangka. Jangan begitu letak harapan tinggi. Abaikan di tengah cerita. Maka mungkin anda akan suka cerita ini.

Sekurang-kurangnya cerita ini tidaklah sebodoh cicakman. Tidaklah sebodoh lagu oh la la. Tidaklah sebangsat razak mohaideen. Cukuplah untuk ditonton di wayang.



Read more...

9.3.11

khas untuk geng-geng nasyid

Masa aku menulis ini sebenarnya aku sedang membuat project paper. Yang tajuknya mengenai pengangkutan jalanraya. Tapi disebabkan aku terfikir benda ini jadi lebih baik aku tulis sahaja kerana buat project paper itu sangat bosan.

Ok,

Masa sekolah dulu, ada satu geng ini yang aku panggil sebagai geng-geng nasyid. Mahu kenal geng nasyid ini bukan sukar sangat. Pastilah yang suka mendengar lagu nasyid.Kemudian bila bercakap mereka macam meneran sikit. Macam sedang tarik suara. Mungkin masa aku bercakap dengan mereka mereka sedang prektis suara, siapa tahu bukan?

Aku tak begitu kisah kalau mereka suka dengar lagu nasyid. Mungkin itu citarasa mereka. Malahan mereka bebas untuk mendengar apa lagu sekalipon. Mahu dengar kicauan burung setiap hari pon aku tak kisah.

Apa yang aku mahu cerita ini ialah orang yang suka berprasangka buruk, bercerita buruk, mencari kesalahan orang lain, suka menyanyi di waktu lapang, dan sebenarnya suka seks. Atau kata lainnya miang.

Aku tak tahu apasal, tapi sejak dari sekolah dulu, aku perhatikan orang begini semuanya yang datang yang dari aku panggil sebagai geng nasyid.

Aku tak nafikan ada geng nasyid yang baik. Yang betul-betul baik. Dengan semua orang dia boleh masuk. Dengan orang yang jahat nak mampos pon dia boleh masuk. Dengan geng baik nak mampos pon dia boleh masuk.

walaupun begitu, yang aku tengok yang betul-betul baik luar dalam dan hubungan mereka dengan orang lain bukanlah dari geng nasyid. Tapi golongan yang biasa-biasa sahaja.

Miang pon satu. Cuba tengok masa sekolah dulu. Yang kuat cerita blue masa dalam kelas. Yang kuat pegang-pegang murid perempuan. Banyaknya ustaz kan? Jarang gila aku dengar yang cerita blue dalam kelas cikgu-cikgu lain.

Sudahla gemar mendengar nasyid, suka meraba pula. Gila ka?

Orang lain biasa-biasa. Tidaklah suka dengar lagu nasyid sepanjang masa. Sekurang-kurangnya orang lain tahu menjaga hubungan mereka dengan orang lain.


dah. sambung keje. maaf yaat terabur. Harap faham maksud.



Read more...

6.3.11

impian saya dalam fotografi

d90>sigma 10-20


Aku betul-betul berminat dalam fashion photography. Bukannya fashion photography macam model-model duduk tepi sungai, berpakaian seksi dan control cahaya dengan sangat perfect.

Aku nak jadi fashion photographer yang buat konsep. Mungkin konsep aku mengarut sikit. Fashion photography yang ala-ala gambar tumblr.

Mungkin sebab itu gambar-gambar potret yang aku buat aku lebih suka simple.Dan begitu mementingkan background. Tanpa angle pelik-pelik. Tanpa kepala terkeluar dari sebatang pokok. Tanpa gambar merenung masa hadapan di tepi jambatan.

ok.

p/s : sekarang kurang idea untuk tulis blog. dah. masuk hafizudinhamdan.com.



Read more...

3.3.11

gambar seketul (16)


update di hafizudinhamdan.com



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP