Jadi aku terdapat satu soalan di email aku. Yang aku rasa aku suka. Sebelum ini banyak gak orang tanya aku soalan-soalan. Tapi yang ini aku rasa berminat untuk copy paste disini. Jadi kalau rajin. Bacalah ya.
Soalan oleh estimaratikonita(bukan nama sebenar)
assalammualaikum...
hye mushi, aku selalu baca blog ko. story ko menarik. aku segan nak tanya kat blog. so aku mendengar nasihat ko supaya guna email saja.
kesah aku macam ni,
ada mamat kat tempat aku keje. dia baru jer masuk kerja kat situ. lebih kurang 2 atau 3 kali aku ada cari pasal sket ngan dia. dia pun ada jugak buat perkara yang sengaja wat aku marah. kitorang tak gaduh directly, biasanya menggunakan orang tengah. dan aku pun tak pernah bercakap ngan dia.
tapi lama lama, aku rasa macam suka kat dia. ermmm susah jugak aku nak explain suka macam mana. tapi tetiba jer aku rasa macam suka kat dia lah. kalau boleh dalam 1 hari tu lebih sepuluh kali aku wat wat terserempak ngan dia. tapi tak tau la dia perasan ke tak. aku tak tau dia suka kat aku ke tak. aku tak tau dia dah ada awek ke tak. ada sekali ari tu aku mengambil langkah drastik dengan menghantar sms kat dia. hampeh! tak balas pun. so aku rasa dia mungkin tak suka kat aku.
tapi kan mushi, dah 2 bulan dan aku masih mengharapkan dia. macam mana ek?
p/s: ko jawab betul betul sket, jgn main main, jawapan ko menentukan masa depan aku nih.
thankz in advanced
Jawapan oleh hafizudin hamdan(ya..ini nama sebenar beliau) a.ka akukopi a.k.a mushi
w'salammaaf lambat sikit reply email ko..
mula-mula kau perlulah tahu status die. sama ada die dah ade awek ke, manalah tahu die dah kawin ke. Barulah boleh start keje.
Tapi untuk mudah aku bagi kau 2 situasi. iaitu dia dah ade awek dan single.
UNTUK ADA AWEK DAH.
Kalau dia ada awek, mungkin itu sebab utama dia tanak layan kau dan dia tak suka kau, tapi mcam biasalah, die tetap lelaki kan, selalu lelaki ada awek macam mana pon mesti die layan jugak.Kalau kau still nak kat die jugak kalau die ade awek ialah dengan cuba cari alasan kerja, masa kau sms tu jangan lah cakap hi terus, lelaki selalnuya tak suka perempuan yang buat 1st move. Nak-nak lelaki yang cool macam kau suka ni, sebab ikut cerita kau aku rasa lelaki ni pastinya hensem, berambut pendek, agak tinggi sikit, berjalan agak bongkok sikit dan kurus. betul?
Bila kau sms kau pastikan message atau perbualan kau tu sedaya upaya berbentuk kerja, contohnya macam, eh..bos cuti eh minggu depan? pinjam tong sampah kat bawah meja kau tu? ade highlighter? pinjam pen. benda-benda kecil macam tu je.
Dan bila kau rasa dia ade awek, elakkan soalan macam "awek sihat?", itu soalan biasa nak tau ade awek ke tak, sebaliknya cuba tanya macam, "cuti aritu aku bosan gila duduk rumah, ko watpe weekend aritu?" dan biasanya laki akan jawab macam,"dok umah je, tengok tv.bla bla", atau keluar tengok wayang." dan masa ni barulah kau celah, "ngan awek?" then nanti die baru jawab.
Perlu diingat jangan la hari-hari kau tegur, cuba selang sehari, 2-3 hari sekali, barulah kau boleh tanya soalan berat sikit pasal awek ke ape ke.
ok?
Teknik buat-buat terserempak tu bagus, tapi jangan lah sampi sehari 10 kali, nanti nampak sgt kau desperate, yg penting janganlah macam tunjuk sangat, cuba act cool, dan paling penting mulakan komunikasi.
Ok, kau hanya akan tahu kau berjaya kalau dia ada awek bila die dah start cerita problem die ngan awek die, masa ni aku boleh kasi kau jaminan 70% berjaya. Pada masa-masa ni paling penting ialah kau layankan je dia cakap, sebab ini teknik biasa lelaki yang ade awek nak start tackle orang. Bila kau layankan, kau kena hipokrit sikit yang kononnya kau adalah berlawanan dengan sikap awek die tuh,
logiknya ialah bila orang ada masalah dengan awek ni, die akan mencari perempuan yang berlawan dengan sifat buruk awek die tuh. Tapi paling penting, kau jangan tunjukkan terang sangat yang kau berlawan, sebaliknya biar dia analisa sendiri sifat kau, sebab orang lelaki biasanya hebat analisis. Jadi kau gunakan kelebihan lelaki tu supaya die boleh analisis kau.
Sebagai contoh, awek die kuat gile babi marah2. Suka maki hamun, Kau janganlah sengal sangat cakap, "i baik, i tak marah-marah, i tak pernah mencarut tau, awww!" kalau macam tu mungkin kau perlu di siku, kau cakap macam, "oh..yeke?.urmm.." ok, cukup. Then dah abis proses tu boleh lah kau ajak die makan ke, apa-apa lah. Yang penting cuba jadi macma sifat berlawan dengan awek dia.
Ok, lepas tu kau kene pandai-pandai, nanti die mesti suka kau, then nak kat kau.
KALAU TAKDE AWEK
kalau die takde awek dan die tanak layan kau ada beberapa sebab, 1. mungkin kau bukan taste die 2. Mungkin die memang tak suka kau 3. Atau mungkin die seorang yang pemalu 4. Mungkin die sangat hensem dan die rasa kau tak layak(lelaki pandang luaran, perlu diingat, tubuh badan pon luaran, bukan dalaman, walaupun ianya di dalam baju. haha.) 5. mungkin die gay 6. mungkin die memang malas nak ade awek. 7. apa-apa saja kemungkinan yang kau dapat buat
Tapi jangan risau, segala kemungkinan itu boleh diubah dan buat dia suka kau.
Kunci utamnay seperti yang aku cakap sebelum ni ialah komunikasi. Wujudkan komunikasi, guna teknik aku cakap kat atas.
Kemudian perlulah jual mahal, jangan tunjuk desperate.
Kau perlu analisis nya dengan perempuan lain, adakah mesra? adakah memang jenis dingin dengan wanita? Atau adakah dia digilai wanita?
Tapi tak kira apa kemungkinan die, kau cuma praktikkan benda yang sama macam aku cakap untuk ada awek, Mulakan perlahan-lahan, jangan terlampau rushing. Jangan tunjuk kau nak tackle die dulu. Cuba carik apa lebihnya kau berbanding orang lain, contohnya kau hebat dalam acara lompat tinggi. Cuba cari kesempatan untuk kau tunjuk kau hebat dalam acara lompat tinggi atau lari berganti-ganti.. Tu contoh jelah.
Kadang-kadang lelaki ni suka sebab awek dia terer. So dia akan macam teruja lah.
Ok?
Urm.. bagi aku 2 bulan mengharap dia adalah satu tempoh yang cukup lama lah. Aku rasa kau betul-betul suka,jadi cuba lah tackle, tapi tolong, jangan nampak desperate, jangan kasi die rimas kat kau, lagi ok kau kecewa sendiri daripada kau tahan malu gila babi kalau die cita kat semua orang betapa desperatenya kau kan?
ok.?
eh..boleh aku copy paste benda ni tak letak kat blog aku? nama kau aku buang lah. Belakangan ni takde idea lah. huhu.kalau takleh takpe.
Yang ikhlas
-akukopiguarockgilababi-
Mesti malas nak baca kan? haha
Read more...